Assalamualaikum..
Apa manja-manja tu?hehe..
Malam tadi rakan blogger
Sis Hawa ajak daftar kat website
HYPR untuk jana income. Aku yang dah ready nak beradu terus membulat je mata. Tak ambil masa lama terus register. Senang & simple aje step register HYPR ni. Kurang seminit dah siap daftar. haha.
Jom kenal APAKAH HYPR ni?
HYPR ni adalah satu platform untuk mempromosikan jenama-jenama Malaysia melalui web HYPR. Kita ( influencer ) di jemput untuk menyertai HYPR dengan berkongsi setiap promosi, brand & produk yang tersenarai. Apa yang kita perlu buat hanyalah berkongsi setiap promosi di media sosial kita. Menariknya, setiap unique click akan dibayar oleh HYPR.
Yang mudahnya kita tak perlu nak tulis entry review produk bagai. Cuma share sahaja dia Facebook sebagai contoh, setiap click dari friends kita kat facebook akan dibayar oleh HYPR.
Ni permulaan aku register & share promosi kat facebook.
|
Baru register & share 1 promosi dapat 0.66sen.. |
NAK DAFTAR?
Dah daftar nanti korang boleh tengok promosi apa yang ada. Korang boleh terus share promosi di Facebook. Lepas share & ada yang click, maka income korang akan bertambah.
Ni selepas aku share 2 promosi di facebook :
Tu tak sampai 5 minit tau!hehe.
Nanti kita dapatlah cash out duit tu. Best kan?
Ni baru namanya sambil duk goyang kaki, duit masyukkk...haha..
Dah tunggu apa lagi tu?Pi daftar cepat!
Takde blog?Bukan blogger?Takpelah. Asalkan korang ada email. Semua ada email kan?Cepat click untuk daftar, follow simple steps nak sertai HYPR.
<<< DAFTAR SINI >>>
Sejak buat blog baru dengan nama sendiri ni, rasa semangat lain macam pulak. Bagus ke tak bagus ni!hahahaha.
Ni watermark aku. Cantik tak?hehe.
Okey. Ceritanya aku tempah design blog & urusan pembelian domain dari
Sis Hawa . Sis Hawa pun ada ambil tempahan logo & watermark jugak. Bila tengok apa yang dia designkan kat blogger lain macam lawa.
Maka, aku pun mintak Sis Hawa buatkan aku seketul watermark. Dan menariknya, Sis Hawa dah tahu apa yang aku nak!
Eh!Kalau korang nak tahu sebelum ni aku malas tau nak letak watermark kat gambar. Tapi bila fikir balik, macam bagus jugak ada watermark ni. Sebabnya bila kita letak watermark so orang tak boleh nak senang lenang curi kita punya gambar.
|
dapat tadi terus letak kat gambar |
Korang sila terjah blog
Sis Hawa . Sebab korang dapat tengok semua hasil tempahan yang dia dah buat. Apa yang best harga sangat affordable. Newbies macam gee sangat dialu-alukan. Sis Hawa pulak tak kedekut ilmu. Baru je kenal tapi macam dah berkawan lama. Banyak tips berguna dia kongsi untuk newbies macam gee. Million thanx Hawa!
So lepas ni, aku akan guna watermark ni untuk setiap gambar aku.
Lalalalalalaaaa...
SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MUHAMMAD AQIL!!
Aqil is my number four!Alhamdulillah...Lahir 21 Ogos 2016, jam 10.46 pagi, 3.04kg.
Gee & husband terasa sangat bersyukur di saat kelahiran Aqil. kami dari anak sulung, sampai ke anak ke 3 memang buat surprise kat labour room. eh!scan haruslah!tapi awal-awal pesan kat doktor supaya rahsiakan jantina baby kami sebab kami nak tahu bila baby dah keluar nanti. hehe.
so, my number one Muhammad Arsyad. number two Nur Amani. number three Nur Ardini.
maka bila pregnant ke 4, memang jauh dari dasar hati nak baby boy. tapi kami buat tak tahu je sebab yang paling penting nak anak sihat. so bersabar lah kami menunggu saat kelahiran Aqil.
Bila sampai waktunya. sakit dari awal subuh 21hb Ogos. tapi gee layan kan je. lepas husband hantar Arsyad & Amani sekolah, dia dah bungkus siap-siap makan pagi. owh!masa tu adik ipar gee ada dah standby kat rumah. so nak tinggalkan budak-budak tak payah nak pikir dah. Thank you Cik Li!
sempat tau makan nasi lemak. sambil-sambil layan contraction. pastu jemur baju dulu. dalam pukul 9pagi bertolak ke hospital.
bila doct check rupanya bukaan dah pun 4cm. Alhamdulillah. so terus masuk labour room. cepat kan?Alhamdulillah.
saat kelahiran Aqil. gee sangat tak terdaya. mata tak boleh nak buka. tapi husband duk cakap bukalah mata tengok. dipaksakan jugak. lepas tengok baby & jantina Aqil, aku rasa Allahu, inilah hikmah yang Kau berikan pada aku yang sangat susah nak dapat apa yang aku inginkan. kerja yang best, gaji mahal. rupanya Dia bagi hadiah lagi besar. Muhammad Aqil pelengkap keluarga gee. Husband & gee sangat bersyukur dikurniakan 2 zuriat lelaki & 2 zuriat perempuan.
Alhamdulillah Aqil dah setahun. semoga membesar dengan sehat, menjadi anak yang soleh & pintar untuk agama & bangsa.
|
gambar family paling sempurna..haha.. |
Musim cuti sekolah datang lagi. Kali ni seminggu kan sampai ke Raya Haji. Wah seronok lah kalau kalau yang bekerja dapat cuti seminggu sama dengan budak sekolah. Boleh ambil peluang cuti panjang ni untuk balik kampung kan.
Walaupun kampungku & mertua dikatakan sangat dekat, tapi kalau nak balik rasa macam orang Kuala Lumpur nak balik Terengganu. Ada beberapa perkara bagi aku WAJIB untuk aku selesaikan sebelum balik rumah mak or mertua.
( 1 ) BASUH SEMUA BAJU KOTOR
Kalau tak nak baju menimbun lepas balik bercuti baik korang setelkan dulu semua baju kotor yang ada. Macam aku ni yang anak 4 lagi lah. Sekejap je penuh sebakul baju kotor. haha. Nanti lepas balik dari kampung at least tak lah banyak sangat nak basuh. Kang tak cukup ampaian pulak nak jemur!hadoi!
Aku ada 2 orang anak sekolah. Lagilah kena basuh dulu baju sekolah & kasut sekolah. Kalau extra rajin dan ada masa, aku iron siap baju sekolah diaorang. hehe.
( 2 ) LIPAT, GANTUNG SEMUA BAJU
Ni lagi lah korang kena setelkan sebelum balik kampung. Kebiasaannya aku sebelum balik kampung 2 bakul penuh aku lipat baju. Siap stay up lagi sebab nak setelkan semua. Sebab kalau lipat baju waktu dengan budak-budak ni naik stress tau!yang bongsu tu suka sangat tarik kain yang dah lipat. Pastu mana yang perlu gantung, kasi setel semuanya. Balik dari kampung tengok bakul baju belum lipat kosong, rasa ringan sikit kerja rumah nanti.
|
cantik kan? Gambar dari Google |
( 3 ) KEMAS DAPUR, CLEAR SINKI, SIMPAN ATAU BUANG BAKI MAKANAN
Sinki WAJIB clearkan tau!Makanan semalam yang tak habis kalau nak simpan letak kat bahagian beku. Kalau makanan yang memang tak tahan lama tak payah simpan dalam peti. Ambil bawak balik kampung sekali. Sebab nanti bila lama tinggal dalam peti, semerbak bau masham peti tu nanti. Ada masa lebih?kemaslah dapur serba sikit. Lap kat dapur tu, lantai mop sikit. Biar sedap mata memandang. Nanti balik rumah tenang je jiwa raga tengok dapur bersih je kan. hehe.
|
berangan jap dapat dapur macam ni! sumber gambar dari Google |
( 4 ) KEMAS RUMAH
Aku suka kemas rumah sebelum balik kampung. Tapi ada jugak ketikanya memang tak sempat nak kemas. So kemas mana yang patut je la. Kalau ada masa, kemas satu rumah. Vacum. Simpan segala toys. Nikmatnya bila balik dari kampung nanti tau! Dah lah penat kan. Balik rumah bersepah. Lagi bertambah lah penat & stress tengok rumah bersepah. Kalau sempat sental toilet sekali. haha. Nanti rasa lapang je dada nak tinggalkan rumah.
|
cantikkan?not my house btw.haha.. sumber dari Google |
( 5 ) BUANG SAMPAH
Buang sampah SANGAT WAJIB! Nanti kalau tak buang sisa-sisa makanan boleh berulat & bau busuk seluruh pelusuk rumah. Sebab tu kalau ada anak kecik kena kemas rumah dulu sebab kadang-kadang diaorang ni makan merata!Makan nasi kat meja makan. Tapi sepanjang jalan ke sinki penuh nasi bertaburan atas lantai. Phewwww...
|
Suka la tu bila rumah dah kemas! |
Si Arsyad & Amani bila tengok rumah kemas tersusun pandai pulak memuji. Cantiknya rumah. Bersih. Tapi bila start main mainan ke menulis ke tak hingat dah! #bertabahlahibu
Yang balik kampung tu berhati-hati ye. Penat drive berhenti kat tempat yang selamat. Minum kopi, makan cekelat. hehe.
HAPPY HOLIDAY SEMUA!