Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com | Assalamualaikum dan hi korang!! Ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation murah? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?
Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?
TeamCetak.com Perkhidmatan Printing All In-House Production
TeamCetak.com ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan. Untuk pengetahuan korang semua, TeamCetak.com ni berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang custom jersey, printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju & custom jersey di Shah Alam, Selangor iaitu:
1. Kilang Printing T Shirt Silkscreen
Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain. Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing SilkScreen ni.
2. Kilang Custom Jersey
Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la Jersi sublimation.
Jersey sublimation ni tengah trending sekarang. Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design.
Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah baju program, custom jersey murah & sublimation printing tak payah pening-pening nak cari kilang yang boleh buat A-Z. Dari design sampai lah ke jahitan semuanya TeamCetak.com ni buat tau.
Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.
Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TeamCetak.com ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat. Tak perlu merata nak cari servis yang berbeza.
3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer
Nak tempah pakaian dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal?
Ha... Disini mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan Raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.
Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya. So korang tak perlu risau kalau tempah jersi & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit sendiri. Harga custom jersey kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga Kilang kan!
6 Sebab Kenapa korang kena print baju murah di TeamCetak.com?
Harga Murah Terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang)
Cepat siap & berkualiti
All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer sendiri. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat)
Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan)
Penghantaran ke Seluruh Malaysia
Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.
TeamCetak.com juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat.
Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.
Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ.
Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.
Jika korang nak printing baju murah, nak custom Jersey sublimation murah, uniform atau cenderahati korporat harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman dibawah.
Atau korang boleh datang terus ke showroom mereka pada alamat dibawah:
MAFEYA SDN BHD (Team Cetak) 32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. TEL: 03-55236690 / 017-2290994 Email: ohtshirtselangor@gmail.com
MAFEYA SDN BHD (Kedai Sublimation) 30, Jalan Keluli AN 7/AN, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor
MAFEYA SDN BHD (Oh! Tshirt) 17-A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
English Breakfast di Ziq Bakery Kuala Terengganu | Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak update entry santai-santai kat blog. In syaa Allah, 2023 Sis Gee akan update more story mory. Hihi. Rindu sangat kat kawan-kawan zaman rajin blogging dulu. Gi jalan komen kat blog u ols. Sis cuba okeh!!
Entry kalini, Sis Gee nak share tempat breakfast ala-ala omputeh di Kuala Terengganu. Nak share sebab personally, Sis Gee sendiri sangat suka dan dah repeat banyak kali. Siap bawa adik untuk join terjebak sama. Pastu dia pulak yang craving. Haha!
Ziq Bakery Kuala Terengganu Bukan Sekadar Kedai Kek
Untuk pengetahuan para pembaca yang berada di luar Terengganu, Ziq Bakery ni sangatlah terkenal di kalangan warga penduduk Terengganu sebagai sebuah kedai kek dan dessert. Sis Gee sendiri mula-mula kenal Ziq Bakery sebab beli kek birthday. Menariknya, korang boleh beli kek bajet yang cantik dan murah kat Ziq Bakery ni. Gee sendiri biasa beli kek size cute tapi design comel-comel untuk birthday anak-anak kat Ziq Bakery ni. Harga pun murah serendah RM25 camtu. If korang nak kek premium ada je kat sini, pilihan pun banyak.
Ziq Bakery Terkenal Dengan Nama Kedai Pink
Baru beberapa tahun ni, Ziq Bakery ni di renovate semula menjadi cafe yang lebih cantik dan selesa untuk dine in. Bangunan kedai Ziq Bakery berwarna pink sehinggakan dikenali dengan panggilan nama Kedai Pink. Dekorasi dalaman memang sangat improve compare kedai lama. Kalau nak dine in mengopi dengan kawan-kawan memang sangat selesa! Korang boleh pilih nak dine in bahagian dalam kedai yang berhawa dingin atau lepak luar untuk hirup udara segar.
Repeat Banyak Kali Makan English Breakfast di Ziq Bakery
Tempat cantik, kalau makanan tak menarik tak menjadi juga kan? Hihi.. First time Sis Gee mencuba English breakfast kat Ziq Bakery ni bersama Rumet, Aqil dan Amani. Masa tu, kami tak tahu lagi size portion makanan dia dan bila makanan sampai, semua macam hahhhh!!! Siapa nak habiskan semuanya? Hihi.
Ni menu favourite Sis Gee
Ya! Portion makanan sangatlah besar untuk sarapan pagi. Dan bagi Gee, sangat berbaloi dengan harga. Range harga set yang Gee selalu order lingkungan RM10-RM15. Pastu boleh mengopi sekali. Tapi untuk korang yang bukan coffee lover, ada banyak je pilihan minuman lain yang non-coffee.
Selain menu English breakfast ini, ada banyak lagi menu dessert dan kek yang ada kat Ziq Bakery ni. Nama pun bakery kan? Kalau lunch, ada pelbagai menu masakan panas dan juga makanan ala barat juga. Setakat ni, semua menu dia portion sangat besar. So sangatlah berbaloi dengan harga.
Sis Gee recommend untuk korang rasa sendiri pula! Kalau datang Kuala Terengganu, boleh lah try! Kat bawah ni Sis Gee share location dan social media Ziq Bakery. Boleh check it out!
Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.
Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%, Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.
Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko.
Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan. Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini.
Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.
Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.
Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.
Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.
TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.
Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan. Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.
TOP bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.
“Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini,” kata Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.
Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023.
“Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah,” tambah Cik Carmen Foo.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133.
Jom Ketahui Rahsia Tidur Nyenyak Dengan Eskayvie Mindtropic | Assalamualaikum & hi korang! Eskayvie merupakan sebuah jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia dengan kejayaan Eskayvie Diffenz yang terjual mencecah jutaan unit semenjak negara kita dilanda pandemik Covid-19.
Selain Eskayvie Diffenz, banyak lagi produk-produk di bawah jenama Eskayvie juga mendapat tempat hati kalangan pengguna antaranya adalah seperti Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie i-Qids untuk golongan kanak-kanak dan Eskayvie Phytax untuk golongan yang berusia.
Kali ni Sis Gee nak kongsikan kepada korang semua produk terkini daripada Eskayvie iaitu Eskayvie Mindtropic yang dilancarkan pada Oktober lepas. Eskayvie Mindtropic ini diformulasikan khas untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur serta mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan lena.
Sukar Tidur Dan Tidur Tak Nyenyak
Sis percaya ramai di antara kita yang alami masalah sukar tidur pada waktu malam dek kerana pelbagai faktor yang menyebabkan kita sukar tidur dan dapat tidur lena kan?
Antara faktor yang dialami ramai orang adalah kerana terlalu memikirkan masalah hidup yang tidak ada kesudahannya. Benar, setiap orang ada masalah! Tetapi yang menjadi perbezaan adalah bagaimana cara kita hadapi masalah tersebut dan mengatasinya. Antara faktor lain adalah terlalu asyik dengan media sosial dan sibuk dengan kerja yang menyebabkan kita tidur lewat dan tidak dapat tidur nyenyak.
Sis akui, Sis juga antara salah seorang yang kadangkala tidur lewat malam demi untuk menyiapkan tugasan. Kadangkala bukan sengaja kita tak nak tidur awal tetapi atas tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan, jadi tugasan tersebut perlu disiapkan walaupun terpaksa korbankan waktu tidur.
Paling stress bila tugasan tu tak dapat disiapkan pada waktu yang sepatutnya sehingga menyebabkan Sis sukar nak tidur kerana memikirkannya. Lagi bertambah haru bila sampai terbawa ke dalam mimpi yang menyebabkan Sis tak dapat tidur nyenyak dan terjaga daripada tidur. Nak tak nak, Sis ambil keputusan paksa diri siapkan tugasan tersebut dengan berjaga waktu malam.
Jadi bila tak dapat tidur yang secukupnya, badan Sis rasa tidak bertenaga dan cepat moody. Nak uruskan aktiviti harian pun rasa tak bersemangat sebab badan rasa letih. Kesannya apa yang Sis buat hari tu jadi tak produktif.
Sebagai seorang ibu, isteri dan wanita yang bekerjaya, Sis memang perlukan rehat yang secukupnya untuk melakukan aktiviti harian dan menguruskan rumah tangga dengan baik.
Kesan-Kesan Jika Tidur Tidak Mencukupi
Apa yang Sis tahu, sikap suka tidur lewat, ada masalah sukar nak tidur serta tidur yang tidak mencukupi ni sebenarnya tidak sihat untuk minda dan tubuh badan kita. Nampak macam perkara kecil kan? Tapi kesannya untuk jangka masa panjang sangat menyeramkan tau.
Sis ada buat research sikit mengenai kesan-kesan jika seseorang tu sering tidur lewat dan tidak dapat tidur yang secukupnya.
Kat sini Sis nak kongsikan juga pada korang semua untuk manfaat bersama.
1. Badan Penat Ketika Bangun Tidur
Paling jelas, badan akan rasa sangat letih dan penat setiap kali bangkit daripada tempat tidur. Meskipun pada persepsi kita tidur 4 hingga 6 jam sehari sudah mencukupi, ia adalah tidak benar. Ini adalah kerana tubuh tidak dapat rehat dengan secukupnya lalu menyebabkannya tidak sempat untuk menjana semula tenaga.
2. Pertambahan Berat Badan
Semasa tidur, badan dapat mengawal hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar dengan sebaiknya. Disebabkan itu, kita akan kerap rasa lapar dan cenderung untuk makan lebih daripada keperluan jika tidak mendapatkan rehat yang secukupnya. Ini sekaligus akan mengakibatkan berat badan meningkat dengan mendadak.
3. Emosi Kurang Stabil
Menurut kajian, individu yang hanya tidur sekitar 4 jam sehari akan mengakibatkan stres, kemarahan, keletihan dan kepenatan yang melampau. Ini juga akan menyebabkan seseorang itu sering melakukan kecuaian seperti selalu menjatuhkan barang kerana keupayaan otak dan hormon yang tidak stabil.
4. Kehilangan Fokus Dan Memori
Individu yang tidak mendapat tidur yang secukupnya mudah hilang fokus dan memori juga tidak kuat seperti individu yang tidur secara normal.
5. Masalah Kesihatan Makin Teruk
Bagi individu yang sudah mempunyai kondisi kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan lain-lain, kurang tidur hanya akan menyebabkan ia menjadi lebih teruk dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut.
Eskayvie Mintropic Bantu Atasi Masalah Sukar Tidur Dan Tidur Lebih Nyenyak
Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan daripada Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.
Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan penggunanya mudah untuk tidur dan mendapatkan tidur yang nyenyak.
Di bawah Sis senaraikan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.
Phosphatidylserine
● Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung.
● Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
● Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
● Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
Ashwagandha KSM-66
● Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
● Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
● Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
● Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
Bacopa Monnieri
● Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat.
● Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
● Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
● Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
Magnesium
● Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak.
● Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
● Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
Selenium
● Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
● Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
● 100% Bahan Semula Jadi
● Rasa Tropika Yang Enak
● Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
● Tanpa Gula Tambahan
● Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
1. Mengatasi gejala Brain Fog
2. Merangsang perkembangan sel otak
3. Menguatkan memori
4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
7. Menjadikan lebih ceria & gembira
8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic adalah dalam bentuk tablet kunyah dan amat mudah diambil dan sesuai diambil tanpa air.
Cara pemakanan untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
Cara penyimpanan: Simpan dibawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.
Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic
Di bawah ini Sis kongsikan antara feedback pengguna-pengguna Eskayvie Mindtropic untuk rujukan bersama.
Sejak pelancarannya, ramai yang telah memberikan maklum balas yang positif selepas mencuba dan mengamalkannya. Rata-rata pengguna yang dah amalkannya tidak lagi mengalami masalah sukar tidur dan dapat tidur lebih lena berbanding sebelumnya. Mereka juga rasa cergas dan lebih ceria selepas bangun pagi. Bila dapat tidur yang secukupnya, sudah pasti emosi mereka lebih terkawal dan perasaan lebih tenang untuk menghadapi rutin harian.
Korang juga boleh tonton video perkongsian dari Puan Wan Noor Saliha yang sebelum ini alami masalah susah tidur sehingga memberikan kesan buruk terhadap kerjayanya namun segalanya telah berakhir dan kini beliau dah mudah tidur dan dapat tidur nyenyak setiap hari.
Buat masa ni Sis belum cuba lagi Eskayvie Mindtropic ni. Tapi Sis tengok ada antara rakan Blogger lain yang dah mencuba dan mengamalkannya. Antaranya adalah Blogger Cekgu Norazimah, Shahada Fauzi dan Yaya Natsumi. Dari maklum balas mereka, rata-rata antara mereka berikan maklum balas yang positif selepas mengamalkannya dan membuatkan Sis juga teringin mencubanya.
Sis harap dengan selepas mencuba Eskayvie Mindtropic ni, Sis akan lebih mudah tidur dan dapat tidur yang nyenyak setiap malam. Baru la setiap pagi bangun dari tidur Sis akan lebih bertenaga dan lebih ceria untuk melakukan aktiviti harian dan menguruskan rumah tangga dengan lebih produktif.
Tidur Nyenyak Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik
Manusia memerlukan tidur yang secukupnya untuk memberi rehat pada minda dan tubuh badan. Tempoh tidur yang terbaik adalah 8 jam sehari untuk minda dan badan berehat selepas sibuk dengan pelbagai aktiviti harian yang dilakukan.
Dengan tidur yang mencukupi badan akan lebih bertenaga dan mood juga akan lebih ceria meneruskan aktiviti harian dan segala yang dilakukan akan lebih produktif berbanding individu yang tidak mendapat rehat yang secukupnya. Selain itu juga ia dapat mengurangkan risiko diserang penyakit-penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.
Bagi korang yang ada masalah sukar tidur atau tidur tak nyenyak boleh la cuba Eskayvie Mintropic ni. Mungkin dengan produk ini ia dapat mengatasi masalah yang korang alami sekarang ni. Belum cuba belum tahu kan? Yang penting kita ikhtiar.
Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic ni atau nak buat pembelian, korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.
Thank you yang sudi baca entry post ini dan juga post yang lain 💜
#EskayvieMindtropic
#JanganStresStres
DuitNow QR Sure Can! Serendah RM1 Sahaja Pun Boleh | Assalamualaikum & hi korang! Sis Gee excited nak kongsi dengan korang pengalaman terindah untuk sis dan family bila mana kami dapat merasa naik Belon Udara Panas yang didatangkan khas oleh DuitNow ke Karnival Jom Heboh di Terengganu pada hujung minggu 7 & 8 Oktober 2022 yang lepas.
Kalau membayangkan belon udara panas, sudah tentu sudah terbayangkan bayaran yuran yang akan dikenakan. Begitu juga sis, mind set dah fikir mesti kena bayar berpuluh ringgit atau mungkin 3 angka juga, sebab barang permainan rare! Hihi.
Pengalaman Pertama Kali Menaiki Belon Udara Panas
Hari pertama Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, sis hanya berdua dengan rumet datang untuk mencuba sendiri pengalaman pertama ini. Awal pagi kami dah terjah booth DuitNow untuk daftar dan bertanyakan tentang harga tiket.
Sis dan rumet agak terkejut bila dimaklumkan harga tiket hanya RM1 seorang dan paling menarik sekali, hanya perlu Scan QR Code Sahaja untuk membuat pembayaran RM1. Sis datang berdua dengan rumet, maka kami hanya perlu bayar RM2 sahaja untuk 2 orang. Murah kan?
Bila tiba giliran kami, kami diberi penerangan dengan ringkas tapi padat penuh dengan info perihal keselamatan bila menaiki belon udara panas. Disebabkan lokasi agak berdekatan dengan pantai, maka mereka perlu berjaga-jaga dengan keadaan angin serta cuaca. Kebetulan pula masa turn kami, hujan dah mula turun dan berangin, makan belon udara panas terpaksa di turunkan dan akan di pasang semula selepas cuaca reda.
Alhamdulillah hujan tak lama, dan kami tak sabar untuk merasai pengalaman kami. Acah-acah me time dengan rumet tanpa #Geng4A . Hihihi. Kapasiti muatan belon udara panas 200kg, tak boleh terlalu ringan atau terlalu berat. Slot yang dibuka limited untuk 60 penumpang ke 80 penumpang sahaja untuk satu sesi. Yang datang awal pagi memang murahlah rezeki dapat beli tiket, kalau datang lewat memang tak dapatlah nak menolong.
So nanti, akan datang kalau DuitNow dan Jom Heboh datang kat negeri korang bawa belon udara panas ni, korang remark sesiap tau, reminder dari Sis Gee ni.. Datang awal pagi sebelum jam 8 pagi okeh!
Seronok? Teruja? Semestinya YA! Kami bayar RM1 dengan DuitNow, dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas! Walaupun ia diikat dan tempoh masa lebih kurang 15 minit sahaja, namun, bagi kami berbaloi dengan harga.
Owh! Semestinya #Geng4A juga merasa pengalaman naik belon udara panas ni. Hari ke 2 Karnival Jom Heboh kami bawak semua anak-anak untuk merasai pengalaman yang mungkin hanya sekali seumur hidup ini.
Bayar RM1 Dengan DuitNow Dapat Buat Face Painting
Selain daripada tawaran menaiki belon udara panas dengan hanya RM1, DuitNow juga menawarkan kupon berharga hanya RM1 untuk buat Face Painting dan juga bermain buih sabun. Semestinya Ardini dan Aqil paling excited nak buat face painting. Biasanya kalau dalam shopping mall, harga pun bermula dari RM10-RM20 seorang. Kat booth DuitNow, mereka hanya mengenakan bayaran RM1 sahaja dan hanya perlu scan QR Code untuk bayar RM1 seorang. Mudah kan?
Yang bongsu paling excited pilih tema hantu/tengkorak. Yang girls nak tema butterfly. Macam-macam taste korang, nasib baik seringgit je. Hihi.
Hasilnya memang wow!! Sangat halus dan cantik lukisan face painting diaorang. Penuh sabar tau, lukis dengan teliti especially Aqil punya lukisan tu agak complicated. Haha!
Bayar dan Transfer Dah Semakin Mudah Dengan DuitNow
DuitNow QR Sure Can! Untuk korang yang belum tahu, DuitNow merupakan satu cara pembayaran dan penerimaan wang dengan cepat melalui Internet Banking dan juga Mobile Banking korang. DuitNow QR pula sangat memudahkan untuk korang mahu buat urusan transfer atau terima duit dengan hanya scan QR Code di kaunter pembayaran dengan pembayaran online banking korang ataupun akaun e-wallet.
Serendah RM1 korang dah boleh scan untuk bayar tau! Sis Gee memang suka cashless, so lepas ni memang semakin mudah! Even nak beli roti harga RM1.20 pun dah boleh scan QR Code bayar guna DuitNow. Dont worry, kalau roti harga RM1.20, memang itu bayaran yang korang perlu bayar. Tiada caj tambahan dikenakan. Best kan? Nak shopping pun senang! Scan saja QR Code DuitNow!
Jom Shopping Hanya Perlu Scan QR Code, DuitNow QR Sure Can!
Lepas ni, kalau nak membayar, nak membeli, bila nampak je kat kaunter bayaran ada DuitNow QR Code, semua akan jadi mudah! Scan je untuk buat pembayaran. Yang penting, selamat! Cash di tangan pun tak perlu prepare banyak, hanya untuk tujuan tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut tentang DuitNow, korang boleh dapatkan info lanjut di link yang Sis Gee dah sediakan kat bawah ini :