Pada 2 Februari 2022 yang lalu, telah berlangsung acara gilang gemilang dan meriah anjuran Qayra Beauty iaitu QB Grand Million Award di Grand Riverview Hotel, Kelantan. Majlis ini khusus untuk meraikan kejayaan team Qayra Beauty Empire yang berjaya merekodkan jualan jutaan ringgit pada tahun 2021 dan juga majlis perlancaran produk terbaru Qayra Beauty iaitu slimming girdle.
Majlis QB GRAND MILLIONARE AWARD dirasmikan oleh founder Qayra Beauty iaitu Puan Noor Faqirah bin Abdullah yang ayu berbusana putih. Ucapan perasmian yang sangat ringkas dan padat serta membangkitkan semangat team Qayra Beauty untuk terus meroket pada tahun ini.
Perlancaran Produk Terbaharu Slimming Girdle
10 000 unit dikeluarkan pada awal perlancarkannya sudah mendapat sambutan hangat dan sudah habis stok! Maka kena tunggu lah dan booking untuk dapatkan produk terbaharu ini!
Majlis yang meriah ini turut di warnai dengan nyanyian merdu dari finalist AJL, Khai Bahar.
Top 1 Leader Qayra Beauty Empire tahun 2021 dengan jualan sebanyak 2,623, 070.00 . Puan Wan Nor Eziatul Azlin membawa pulang sebuah kereta Myvi sebagai suprise reward dari founder Qayra Beauty Empire.
Tentang Founder Qayra Beauty Empire
Puan Noor faqirah bt Abdullah yang berusia 27 tahun berasal Pasir Tumbuh , Kelantan .Beliau merupakan anak ke 8 dari 10 adik beradik. Mula berniaga sejak tahun 2018 lagi. Sejurus selepas bersalin anak sulung. Dengan nekad ingin ubah nasib hidup kerana selama 9 bulan mengandungkan anak sulung , beliau berniaga di pasar ikut suami di RTC Runjong demi mencari rezeki dengan menjual laksa.
Pada tahun 2019, beliau mulakan keluarkan produk sendiri. Pada peringkat awal memang tiada sambutan. Pada pertengahan tahun 2019 , produk makin dikenali ramai disebabkan feedback founder sendiri yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kg dalam masa hanya dua bulan sahaja!
Pada tahun 2020, Qayra Beauty Empire semakin dikenali dan berjaya kumpulkan agen seramai 500 orang, kemudian semaking berkembang di mana pada tahun lepas 2021, jumlah agen yang berjaya di bawah naungan Qayra Beauty Empire seramai 6,000 orang.
Qayra Beauty bermula dari zero modal, zero ilmu dan terpaksa pinjam duit raya anak untuk mulakan bisnes, sekarang jumlah jualan Qayra Beauty mencecah 17 juta untuk 2021.
Bagaimana Qayra Beauty Bermula?
Inspirasi untuk keluarkan produk selepas
loss 15 kg dari berat 86 kg dalam masa 2 bulan sahaja. Mulakan RnD dan penghasilan produk dalam
kuantiti yang ratusan botol pada awalnya. Selepas feedback yang diterima
memberangsangkan kini penghasilan hingga ratusan ribu botol produk HKT.
Jamu QayraBeauty adalahberasal dari akar
kayu yang diperolehi dari ayah beliau. Ayah beliau merupakan penjual akar kayu
di RTC Tunjong dari dulu hingga kini. Pada awalnya tidak percaya dengan jamu
kampung, namun lepas bersalin , cuba dengan herba kampung dan mendapat kesan
yang sangat efektif dalam menguruskan berat badan. Formula jamu kampung telah
di upgrade dan mulakan proses pengilangan produk Herba Kurus Tradisional ( HKT
) Rekod Penjualan HKT untuk 2021 adalah 200,000 ribu botol.
Harapan dan
Impian Qayra Beauty
Harapan dapat luaskan lagi empayar dan membina team lebih ramai lagi dari 6000 orang hari ini kepada 20,000 orang , InshaAllah. Pihak qb juga bercadang melebarkan sayap bisnes ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapore pada masa akan datang.
Target jualah Qayra Beauty pada tahun 2022 adalah 25 Juta berbanding 17 juta pada tahun 2021. Impian Qayra Beauty Empire miliki bangunan Qayra Beauty , disekitar wakaf che yeh.
“ Untuk membeli tanpa tengok harga,
kena bekerja tanpa tengok waktu”
Produk Qayra
Beauty
Berikut adalah rangkaian produk keluaran Qayra Beauty
- Herba Kurus Tradisi - Slimocha , Slimberry dan Slimnut - Maajun Premium Dan produk yang baru sahaja di lancarkan Slimming Girdle.
Ciri keselamatan dan keaslian produk
dari Qayra Beauty
Sistem hologram dan juga tiada jualan
dengan pemborong. Maka jualan hanya boleh dilakukan oleh agen berdaftar sahaja.
Ia memastikan kawalan harga, dan garis panduan penjualan dari HQ dipatuhi oleh
agen-agen.
Untuk maklumat lanjut dan berminat untuk menyertai agen Qayra Beauty Empire hubungi :
Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta | Assalamualaikum & hai semua! Baru-baru ini, Sis Gee berkesempatan menghadiri ke Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Sdn Bhd yang diadakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Malam anugerah diadakan bagi meraikan kejayaan seluruh pasukan Jajja Chinta yang telah bertungkus lumus membuat jualan sepanjang tahun 2021.
Majlis bermula seawal jam 8 malam dengan ketibaan para tetamu yang terdiri daripada kakitangan Jajja Chinta, Ejen dan juga Stokis syarikat Jajja Chinta yang sangat bergaya menggayakan pakaian yang bertemakan Black dan Gold.
Kenali Siapa Pengasas Jajja Chinta Sdn Bhd
Jajja Chinta dahulunya sangat terkenal kerana kedai rambutnya yang berkonsepkan muslimah, eksklusif dan harga yang murah. Sis Gee sendiri pernah menggunakan servis Jajja Chinta Salon. Sangat suka dengan servis mereka, Gee bawa anak pula untuk mendapatkan servis potong rambut di Jajja Chinta Salon.
Untuk pengetahuan korang Puan Jajja Elyana mulakan kerjaya beliau sebagai tukang gunting rambut seawal usia beliau 19 tahun lagi. Beliau memulakan perniagaan Jajja Chinta pada tahun 2013 namun pada tahun 2015, Puan Jajja Elyana terpaksa menutup operasi salonnya kerana tidak mampu untuk menanggung kos sewa kedai.
Puan Jajja Elyana kemudiannya berjinak-jinak dalam perniagaan penjualan produk rambut dengan menjadi wakil jualan sahaja. Berkat usaha, hasil jualan beliau agak memberangsangkan kerana mendapat sambutan ramai. Pada tahun 2017, Puan Jajja Elyana mengeluarkan produk rambut beliau sendiri dan terus maju sehingga ke hari ini telah melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.
Tahun 2021 : Cabaran Yang Hebat Buat Jajja Chinta
Siti Hajar Eliyana Muda atau dikenali sebagai Puan Jajja, selaku pengasas Jajja Chinta sangat bekerja keras bersama pasukannya sepanjang tahun 2021. Mereka sangat terkesan dengan pandemik Covid 19 di mana salon - salon rambut tidak dapat beroperasi kerana kawalan perintah pergerakan dan SOP yang perlu diamalkan.
Selain itu, ada juga kakitangan Jajja Chinta yang dijangkiti Covid 19 dan menyebabkan premis perniagaan mereka terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi untuk satu tempoh kuarantin mereka.
Namun, Pn Jajja tetap gigih dengan niat mahu melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pasukan Jajja Chinta sehinggalah melahirkan salah seorang stokis Jajja Chinta berjaya menghasilkan jualan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.
Jajja Chinta Menjadi Platform Usahawan Berjaya
Pn Jajja sendiri turun padang membuat bengkel dan kelas-kelas perniagaan untuk semua usahawan Jajja Chinta. Walaupun tidak dapat bersua kerana Perintah Kawalan Pergerakan, namun Pn Jajja mengambil inisiatif untuk memperkuatkan hubungan sesama pasukan Jajja Chinta secara online.
Ejen dan Stokis Jajja Chinta bukan sahaja terdiri daripada kalangan penduduk Terengganu sahaja, malah seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Malam Anugerah Meraikan Usahawan Yang Berjaya
Pada malam Gala Diner yang Gee hadiri ini, ramai usahawan diraikan dengan pemberian sijil penghargaan, trofi dan juga jambangan wang kertas. Kagum rasanya bila usahawan negeri kelahiran sendiri sudah berjaya melahirkan jutawan lain juga dan juga bantu lebih ramai wanita yang berjaya khususnya.
Puan Jajja berkata,
Kami berazam untuk membentuk sekurang-kurangnya 30 jutawan lagi dengan sasaran jualan keseluruham RM30juta pada tahun ini.
Produk Rambut Jajja Chinta Di Iktiraf Halal Jakim
Semua rangkaian produk Jajja Chinta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Begitu juga setiap proses pengeluaran produk akhir, setiap proses di buat secara ujian klinikal yang terperinci bagi menghasilkan produk yang selamat digunakan dan juga berkesan.
Terbaru! Jajja Chinta mengeluarkan produk serum rambut anti frizz di mana dapat membantu masalah-masalah rambut seperti rambut berbau, keguguran rambut, rambut kering, rambut bercabang dan banyak lagi manfaat Advance Hair Anti-Frizz Serum ini. Bau dia pun sangat wangi dan menyegarkan!
Tahniah Jajja Chinta Dan Semoga Terus Sukses!
Jajja Chinta pada hari ini sudah memiliki 4 cawangan salon rambut di Dataran Austin, Wakaf Beruas dan Tanjung di Kuala Terengganu serta di Sura, Dungun. Korang yang ingin menjana pendapatan dengan Jajja Chinta atau ingin mendapatkan produk rambut keluaran Jajja Chinta boleh hubungi Jajja Chinta pada link di bawah ini.
Kulit Cantik dan Sihat Dengan Cosmoderm Vitamin C Glow-C | Assalamualaikum dan hi korang! Entry bab mencantikkan kulit ni memang Gee suka sangat share! Tambah pulak jenama yang memang Gee sendiri amalkan dari dulu. Hihi. Bila usia dah nak penghujung 30-an ni, memang rasa sangat penting penjagaan kulit wajah. Kalau kurang penjagaan, kulit sangat mudah untuk kelihatan kusam, kulit kering, dan jeragat mula kelihatan. Nak juga bila dah usia 40-an, orang nampak kita persis awal 30-an kan?
Nak kulit nampak muda, mestilah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Salah satu cara adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pengambilan buah-buahan sangat penting seperti buah Oren kerana ia kaya dengan Vitamin C. Vitamin C ini sangat bagus untuk kesihatan kulit dan juga kesihatan dalaman di mana Vitamin C dapat meningkatkan antibodi badan seseorang. Vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperkenalkan Cosmoderm Vitamin C Glow-C
Cosmoderm bukanlah jenama asing di Malaysia. Gee sendiri sudah mencuba beberapa produk keluaran mereka dan alhamdulillah setelah mengamalkan, kulit jadi semakin sihat. Bila dapat tahu Cosmoderm mengeluarkan rangkaian penjagaan wajah baru Vitamin C Glow-C terus rasa nak dapat cuba! Lagi mudah untuk dapatkan Vitamin C secukupnya untuk kulit!
Cosmoderm Vitamin C Glow-C terdiri daripada Glow-C Detox Cleansing Gel, Glow-C Radiance Toning Essence, Glow-C Super Boosting Serum dan Glow-C Brightening Mosture Solution.
Kesemua rangkaian penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C ini akan membantu mencerahkan kulit wajah, merawat kulit dari dalam, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan juga merangsang pengeluaran kolagen bagi membantu kulit kelihatan muda.
Ketahui Bagaimana Cosmoderm Vitamin Glow-C Bantu Kulit Kembali Anjal dan Muda
Cosmoderm Vitamin C Glow-C selamat digunakan kerana ramuan formulasinya bebas paraben, tiada bahan pewangi dan juga bebas SLS/SLES. Cosmoderm Vitamin C Glow-C sangat kaya dengan antioksidan di mana ia dapat menghalang kerosakan kulit yang disebabkan radikal bebas seperti pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.
Cosmoderm Vitamin C Glow-C dapat mengurangkan pengeluaran melanin so nanti kulit korang akan lebih cerah dan lebih anjal. Fungsi ini juga dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata serta memudarkan bintik-bintik hitam.
4 Produk Utama Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C
◉ Glow-C Detox Cleansing Gel
Step pertama dalam rutin penjagaan wajah adalah membersihkan kulit wajah terlebih dahulu. Kulit wajah terasa segar dengan ramuan Orange Essential Oil. Caranya seperti biasa basahkan muka dengan air, kemudian picitkan sedikit Glow-C Detox Cleansing Gel dan seterusnya basuh ke seluruh wajah. Kemudian, bilas dengan air bersih.
◉ Glow-C Radiance Toning Essence
Step kedua adalah menyegarkan kulit wajah dengan Glow-C Radiance Toning Essence. Rutin ini sangat penting kerana dapat membantu merangsangkan kembali sel kulit yang tidak aktif dan akan meningkatkan keupayaan penyerapan kulit wajah bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah.
◉ Glow-C Super Boosting Serum
Glow-C Super Boosting Serum ini mengandungi 5000mg Vitamin C di mana ia dapat membantu mencerahkan kulit dan memudarkan bintik - bintik hitam dengan berkesan. Nak kelihatan muda mesti amalkan Glow-C Super Boosting Serum ini kerana dapat menggebukan kulit dengan meminimakan garis-garis halus serta kedutan pada wajah.
◉ Glow-C Brightening Moisture Solution
Step yang sangat penting dan jangan skip! Mengandungi 1000mg Vitamin C, Glow-C Brightening Moisture Solution dapat membantu mengembalikan kelembutan dan keanjalan kulit wajah korang. Selain itu, ia juga dapat membantu seimbangkan tona kulit yang tidak sekata.
Pengalaman Sis Gee Menggunakan Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C
Honest review! First, impression, Gee sangat suka bau rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C yang terbaru ini. Gee mulakan dengan step membersihkan wajah. Buih dia tak banyak, tapi bila bilas dengan air, memang terasa kulit bersih dan segar! Kemudian, step penyegarkan dengan toner pun best. kulit terasa tegang dan anjal je kulit. Hehe. Sapuan serum dan pelembab Cosmoderm Vitamin C Glow-C terus menjadikan kulit bersih dengan sempurna.
Jom korang cuba Cosmoderm Vitamin C Glow-C untuk kulit lebih cerah dan cantik! Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan info di pautan kat bawah ini :
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar | Assalamualaikum dan hi semua! Pejam celik, sekejap je dah pun berlalu tahun 2021. Tak lama lagi, sekolah pun akan dibuka semula. Sudah menjadi kebiasaan, bila tahun baru, pakaian dan kelengkapan sekolah mesti beli yang baru. Namun, tidak semua mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan keperluan persekolahan dek kerana perlu mengutamakan keperluan asas yang lain dahulu.
Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.
Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.
TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.
Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.
TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.
Anak Teruja Sekolah Dah Buka, Tapi Ibu Yang Gugup | Assalamualaikum dan hai semua! Finally sekolah dah buka!! Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah. Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan?
Alhamdulillah. Geng 4A dah mula kembali ke sekolah. Perkara pertama terlintas semasa pengumuman pembukaan sekolah sudah pastilah tentang risiko jangkitan covid.
Tapi, kehidupan harus diteruskan. Pembelajaran di rumah selesa tapi rasanya keberkesanan tu sangatlah kurang. Ibu pun Google buat carian tentang silibus mereka. Hihi. Nak tau tak, mereka harus ke sekolah juga. Dan sudah pasti ibu membuat persiapan juga.
Bukan apa, sekarang dah tak sama macam dulu, ada beberapa rutin baru mereka harus amalkan. Antaranya, menyediakan sanitizer dan juga tisu basah di dalam uncang comel untuk mereka simpan di dalam beg sekolah supaya tangan mereka sentiasa bersih.
Selain itu, mereka juga dibiasakan dengan pemakaian mask. Apa yang paling merisaukan adalah apabila anak-anak demam, batuk dan selsema. Salah satu cara untuk menguatkan imun badan mereka adalah dengan memberi mereka makan supplement yang bagus. Mencegah lebih baik kan? Bagi Gee, tidak salah untuk kita melabur sedikit untuk kesihatan ahli keluarga.
Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Suplemen Yang Bagus
Pemakanan yang sihat sangat membantu badan membina sistem imun yang kuat. Kanak-kanak mana yang tidak suka makan jajan bukan? Tapi, bagi Gee, kita boleh cuba tukar kepada ‘snacking’ yang sihat seperti pengambilan buah – buahan, kekacang dan juga bijirin.
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin akan hanya menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.
Memperkenalkan Eskayvie Junior: Suplemen Murah dan Selamat Untuk Si Kecil
Pemilihan suplemen kesihatan yang bagus sangat memerlukan penelitian yang rapi oleh ibu ayah. Kita mahu berikan suplemen yang terbaik dan selamat untuk anak-anak. Setiap suplemen yang diberikan kepada si kecil haruslah suplemen yang bersih, selamat dan berkesan.
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.
Ketahui Manfaat Cendawan Susu Harimau
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.
Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.
Pentingnya Multivitamin dan Mineral Pada Kanak-Kanak
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu :
◈ Melengkapkan keperluan nutrisi.
◈ Menyokong penglihatan.
◈ Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory).
◈ Melindungi diri daripada jangkitan.
◈ Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak.
◈ Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf.
Ketahui Kebaikan Kolostrum
Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).
Antara manfaat kolostrum adalah :
◉ Meningkatkan sistem imun badan.
◉ Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan.
◉ Kesan anti-mikrob dan anti-virus.
◉ Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit.
◉ Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Tonton Video Pengenalan Diffenz Junior Oleh Dr Syid
Tingkatkan Imun Badan Anak Dengan Eskayvie Diffenz Junior
Eskayvie Diffenz Junior boleh diamalkan seawal usia 2 tahun hingga 12 tahun. Harga juga sangat berbaloi iaitu RM60 sahaja sebotol. Apa yang penting, kita dapatkan suplemen terbaik bagi member perlindungan terbaik untuk anak-anak. Pengalaman suplemen yang konsisten dapat menghindarkan jangkitan virus dan kuman berbahaya.