Jalan - Jalan Penang : Bukit Bendera, Mee Sotong Hameed Pata & Hameediyah Nasi Kandar | Story mory day 3 Public Transport Trip di Penang diteruskan. Nak baca story mory day two boleh baca kat << SINI >>. Day 1, bertolak ke KL. Day 2 bertolak dari KL ke Butterworth dengan ETS Train. Ni story Day 3 pulak.
Hari kedua di Penang, kami merancang untuk explore Bukit Bendera memandangkan harga tiket masuk murah je dan sangat sesuai untuk aktiviti bersama anak-anak. Aku dah lupa tahun bila last sampai di Pulau Pinang. Yang aku pasti sepanjang umur Aqil 3 tahun ni, memang takde pergi bermalam dan bercuti di Penang. Harga Tiket Bukit Bendera@Penang Hill RM12 Adults RM6 Kids
Harga Tiket Terkini Sehingga Nov 2019
So for that reason, aku rasa boleh juga kami masukkan Bukit Bendera sebagai travel list kami. Seperti dirancang, kami gerak seawal pagi yang boleh. Al maklum sahajalah, aktiviti luar bersama anak-anak kecik ni mesti start dari awal pagi sebabnya kalau makin lewat, energy diaorang pun semakin kurang.
Ahli Rombongan Public Transport Trip 2019
Kalau breakfast di luar pasti mengambil masa yang lama. Maka kami alas perut di homestay sahaja. Dan tidak dilupakan segala snek, roti, biskut dan coklat untuk bekalan nanti! Owh yes lagi satu air mineral. Memang sangat diperlukan tambah lagi kami ni on Public Transport Trip.
Family Portrait di Lobi / Perkarangan Kaunter Pendaftaran Bukit Bendera
Untuk korang yang merancang percutian bajet di Pulau Pinang, korang boleh masukkan Bukit Bendera @ Penang Hill ini dalam intenary korang. Harga tiket hanya RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak yang berumur 4 - 12 tahun.
With Sistas
Pengembaraan dan keterujaan bermula bila dapat naik train. Salah satu keseronokan anak - anak bila dapat ke Bukit Bendera! Disebabkan trip Gee ni on weekdays, seminggu sebelum cuti sekolah, so crowded memang kurang. Tak perlu nak menunggu lama untuk que beli tiket, que untuk naik & turun train. Hehe!
Rugi Pulak Tak Bergambar Kat Sini
Dah sampai atas, sementara mood anak-anak memuncak, kami terus buat family photoshoot & group photo! Hahhahaha! Well behaved!
Keterujaan Bermula!
Terasa juga angin sejuk. Dan semestinya menikmati panorama cantik Bandar Georgetown. Ada banyak spot menarik untuk ambil gambar compare beberapa tahun yang lepas. Good job!!
Sisters. Missing Lagi Sorang Orang Melaka. Kiki.
Kami sempat masuk ke Little Village. Nak masuk ke Little Village ni kena bayar dan ada juga disediakan pakej harga yang menarik, Memandangkan ada kanak-kanak ribena yang ramai, maka berbaloi juga untuk masuk sebab ada banyak benda diaorang boleh explore.
Lagi Family Photo di Bukit Bendera @ Penang Hill
Paling teruja adalah dapat memakai kostum dan bergambar sebanyak mana yang boleh! Apalagi? Memang habis semua kostum, semua pakat cuba pakai termasuklah yang menulis ini! Haha!
Kostum Cantik Dalam Little Village
Dah puas bergambar, kami susuri pula bee centre. Kat sini boleh merasa madu lebah asli tau! Dan kalau nak beli dapat harga lagi murah compare beli di luar Little Village. Banyak juga perkongsian berkenaan penghasilan madu lebah.
Mudah Nak Ambil Gambar Sebab Setiap Point Ada Crew Yang Standby Untuk Ambilkan Gambar. Terbaik!!
Ada banyak tempat jual toys! Owh ni salah satu cabaran ye. Mohon mak mak dan bapak bapak kekal teguh dan cekal! Hahahahah! Port bergambar pun banyak! Berbaloi juga la masuk sini.
Amani di Love Lock
Next kami ke Love Lock. Ni style macam kat Paris ke mana ntah. Ku Kunci Cintamu. Ah gitewww! Lawa juga bergambar kat Love Lock ni.
Ada banyak lagi attractions kat sini yang kami tak masuk, sebab semuanya kena bayar. So, maybe next trip. Haha!
Layan lagi gambar kami di Bukit Bendera @ Penang Hill.
Salah Satu Aktiviti Best Untuk Anak-Anak.
Anas Tengok Apa Tu?
Kalau Tak Silap RM1 untuk 3 Minit. Sorry Dah Lupa!Haha!
Meriah Rombongan Kami!
Princess Ariana
Princess Amani
Little Princess Ardini
And Here The King Anas
Here The Little Prince Aqil
Ummi Abi Pun Nak Bergambar. Hihi.
Lagi Port Bergambar di Little Village
Lagi Big Family Photoshoot
Amani In Action
On The Way Turun Bawah
Nak Juga Bergambar Dengan Rumet😚
Mee Sotong Hameed Pata di Padang Kota Lama
Dari Bukit Bendera@Penang Hill, kami naik grab untuk ke Padang Kota Lama. Tempat yang dituju adalah makanan yang mesti makan di Penang iaitu Mee Sotong Hameed Pata yang terletak di Padang Kota Lama. Pada mulanya, Gee tak tahu yang mee sotong ni adalah tarikan utama. Bila tengok diaorang semua order, apo lagi? Tak kan sis nak order tom yam pulak kan? Terus order 2 mee sotong untuk aku dan juga rumet. Anak - anak makan nasi goreng dan char kuew tiaw.
Mee Sotong Hameed Pata
Rasa mee sotong Hameed Pata ni lain, rare dan tak pernah aku makan. Macam mee goreng tapi tak sama dengan mee goreng biasa tu. Pastu dia letak sambal sotong kat atas. Sambal sotong tu yang bagi umph pada mee tu. Rasa dia pedas! Tapi makan nak bertambah wei! Murah je satu pinggang RM5 hingga RM7 sahaja.
Kat sini style food court tau. So, ada banyak lagi pilihan makanan lain yang ada. Kalau tak suka mee sotong, korang boleh order makanan lain. Owh ye! cendol kat sini pon sodap!! Aku mampu sudu dari mangkuk adik je sebab dah overload. Hahahhaa!
Family Photo di Padang Kota Lama
Selesai makan mee sotong Hameed Pata jangan lupa bergambar di Padang Kota Lama. Kebetulan cuaca elok, memang lawa gak lah kami punya photoshoot. Hahahaha!
Mak Ngah dan Aunty
Makan Malam di Hameediyah Nasi Kandar
Hameediyah Nasi Kandar adalah nasi kandar ke dua yang kami cuba sepanjang trip ke Pulau Mutiara ini. Mesti nak makan local food jugak. Malam-malam pun hadap nasi kandar. Well! Kat Penang nasi kandar on 24 jam hokey! Peliknya, orang-orang Penang takde gemuk mana pun. Haha!
Aku Suka Kuah Campoq!
Tempat ambil makanan dan tempat makan Hameediyah Nasi Kandar di asingkan antara 2 kedai. Lepas ambil makanan, kena pergi kedai sebelah untuk cari tempat duduk. So, takdelah gangguan orang beratur untuk ambil makanan.
Pinggan Aku Je Sempat Snap Sebab Semua Lapar dan Kanak - Kanak Ribena Berdrama Sinetron. Haha!
Bagi aku, kat Hameediyah Nasi Kandar, kuah-kuah dia best! Biasa aku suka kuah campur. Cuma kalau ayam goreng aku tak berapa berkenan. Mungkin tak kena dengan selera aku. Hihihi. Namun. Hameediyah Nasi Kandar agak tersohor juga. So, korang mesti datang sendiri rasa!
Aqil Selepas Drama Sinetron 10 Episod
Mahal Gambar Ni. Anas Kena Consult Dengan Abah & Mummy. Kiki.
Abi & Ummi Makan Dengan Tenang Tanpa Drama Sinetron. Hahaha!
Done story mory day 2 di Penang. Ada lagi satu hari lagi di Penang nak kongsi kat sini. Done for now darls! ❤
#sisgeejalanjalan
#publictransporttrip
Jalan - Jalan Penang : Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari | Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang. Dari terminal feri, pengembaraan bermula di Pulau Pinang! We are ready to explore! First! Semua lapar bila dah hampir 5 jam belum isi sesuatu makanan yang berat dan mengenyangkan.
Nak baca entry berkaitan trip ini yang aku dah update boleh refer sini :
Sampai seberang memang waktu lunch! Semua kebulur dah. Kami order Grab Car untuk ke Nasi Kandar Deen Maju. Well, datang Penang haruslah makan nasi kandar! Dan Deen Maju antara nasi kandar yang highly recommended!
Aku dan nasi kandar bertemu jodoh masa study kat Kedah dulu. Masa tu memang favourite Nasi Kandar Ayam Berempah Kuah Campoq! Perghhh! Eh jap! Aku lupa ayam berempah ke ayam goreng apa, tapi warna oren terang tuh! Memang sedap gila!
So datang ke Penang, aku dah ada expectation untuk merasa nasi kandar kat sini. First kami cuba Nasi Kandar Deen Maju. Pheww! Beratuq panjang! Tapi okey lagi sebab masa kami sampai restoran baru di buka jam 2 petang. Kalau lambat, selamatlah beratur selang beratus manusia. Haha! Kedai selesa, meja makan banyakkk! So, kalau sampai mesti terus cari meja!
Lapar punya pasal, ini je gambar makanan ada! Haha!
Oh hoi! Patutlah ramai beratuq! Memang berbaloi beratur setengah jam pun. Memang sedap menjilat jari! Hahahaha! Kalau aku memang nak kuah campur. Kalau korang nak request kuah apa, sila maklumkan awal-awal sebelum hujan kuah di atas nasi anda! Haha!
Penang memang syurga makanan! Datang Penang apa yang best? Mesti makanan berada carta teratas! Haha! Petang hari yang sama, kami teruskan lagi food hunting kami. Next buat pertama kali aku makan Pasembur! Dari tempat penginapan kami naik Grab Car ke Gurney Drive. Walaupun baru kul 3 petang tadi dah pekena nasi kandar, ni kul 5 makan lagi pasembur! Korang rase?
Tapi bagus juga bila datang bukan dalam keadaan perut yang berkeroncong. Pemandu grab dah pesan awal, pasembur ni boleh buat kita bayar ratus - ratus ringgit tau! Main semua benda nak, tambah - tambah tengok udang, ketam yang besar - besar! Bila dah nafsu memuncak, time bayar baru rasa ketaq lutut! Hahahah!
Tempat kami tuju Pasembur Disco / Pasembur Menari / Pasembur Joget! Banyak nau nama tetapi kedai yang sama! Lot gerai nombor 9 kalau tak silap. Pasembur Menari ni memang dah viral, masuk tv, masuk surat khabar tau! Cuma aku tak berapa nak alert. 😅
Konsep self service. Pilih je apa yang korang nak! Harga ada siap ditulis tapi kalau korang rasa nak berkira-kira lah. Kalau rasa nak enjoying the food, pejam mata sudahlah! Hahahah!
Lepas pilih-pilih, abang kedai akan potong - potong dan bubuh kuah pasembur. Kata orang, waktu potong dan buh kuah tulah dia akan menari. Tapi kami tak dapat tengok show sebab tak berkebetulan pula.
Sepinggan yang kami ambil dalam harga RM30 ke RM40. Boleh makan sehingga 4 orang. Rasa kuah dia sedap juga manis - manis dan pedas. Kalau korang sejenis suka gigit lada buat ulam tu mungkin tahap kepedasan 3 per 10 je kot. Hahahha! Overall bagi aku, sedap dan terasa nak repeat lagi next time!
Seterusnya!! Datang Penang pasti pekena cendol! Cendol dia sedap wei! Tak sama macam cendol kat Ganu punya sebab kat Ganu extra manis. Hahahaha! Sini, mungkin original so manis - manis gitu je. Aku punya cendol pulut special! Ui tengok gambar pun buat aku meleleh! Hahahha!
Ni baru kisah day one di Penang tau! Ada lagi banyak story mory nak kongsi! Nanti sambung lagi hokey!
Boleh tengok highlight di Instagram @hazirahmohd 😊
#sisgeejalanjalan
#publictransporttrip
Program Komuniti McDonald's Bantu Rakyat Pantai Timur | 24 November 2019, bertempat di McDonald's Gong Badak, Kuala Terengganu satu majlis program komuniti McDonald's telah disempurnakan dengan jayanya. Aku sempat juga diberi peluang untuk bersama - sama sertai program komuniti ini. Bukan Sis Gee seorang sahaja yang hadir atas tiket blogger, bahkan ada lagi beberapa rakan blogger yang lain juga.
Ini bukan program komuniti McDonald's pertama yang aku pergi. Dari sudut pandangan peribadi aku, program komuniti sebegini bagus juga diadakan bagi membuka mata syarikat korporat yang lain bahawa masih ramai masyarakat sekeliling kita masih memerlukan bantuan keperluan untuk meneruskan kehidupan. Bukan mereka mahukan kehidupan yang selesa dan mewah tapi sebenarnya hanya sekadar dapat memenuhi keperluan hidup.
Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Dalam majlis tersebut, seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu.
Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak - kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.
“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Yang Berhormat Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,”
Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.
Menurut Azmir,
Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.
Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.
Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
Ulas Azmir lagi,
Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Program “Kembali ke Sekolah”
Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.
RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layarihttps://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
Day Two Public Transport Trip, ETS Trip to Butterworth | 17hb November, Ahad. Public Transport Trip diteruskan!! Nak baca Story Mory DAY ONE boleh baca SINI . Trip diteruskan dengan lebih meriah dengan adanya adik beradik Gee yang lain, ipar duai & anak sedara!Semuanya ada 8 dewasa & 7 kanak-kanak riang. Haha!
Tiket ETS dah beli awal 3 minggu. Harga tiket ETS ke Butterworth untuk adults RM59, kids 4y - 12y RM34. Teringin jugak nak merasa Business Coach tapi berbeza harga dalam RM20, so kita try next time kalau ada rezeki. hihi.
ETS ada 2 jadual ke Butterworth iaitu jam 8 pagi dan lagi satu tengahari. Untuk tidak merugikan masa, kami ambil tiket pagi. Bangun pagi seawal 4.30 pagi sebab nak bersiap semua. 6.30 pagi order grab car untuk ke KL Sentral. Grab car sangat berguna bila nak buat public transport trip ni! Haha!
Lebih baik sampai awal daripada ngam ngam sampai. Sebabnya train jalan sharp 8 pagi. Macam naik flight juga, kalau lambat melepas laaaaa... Kami sampai KL Sentral jam 7 lebih. So sempat juga tapau Latte Panas McDonald's. Hahaha!
Perjalanan ETS KL Sentral ke Buterworth mengambil masa dalam 4 jam 30 minit. Seat kami di coach B. Kanak-kanak riang siap buat playgroup! Hahaha! Jam pertama masing-masing behave di tempat masing-masing. Jam kedua dah mula membuat lawatan ke seat kawan-kawan. Hahahahahaha! Jam ketiga bila dah separuh stock makanan habis, mulalah berjalan ke cafe.
Cafe ada di coach C. Pheww nasib baik seat kami bukan sekali dengan cafe! Range harga untuk makanan dalam RM7 ke RM9 macam tu. Coffee RM2.80. Lasagna Chicken dia sedap jugak!
Jam ke ke empat, diaorang mula buat ETS Train like their own! Selamber je keluar masuk coach lain! Boleh bayangkan mak mak & bapak bapak punya testing vocal ketika itu. Adeh!
Aku suka bila ETS ni tengah speed sampai ke 140+ km/h. Haaaa korang boleh tau kelajuan sebabnya ada dipaparkan kat skrin! Kat skrin tu ada lah mention next station, final station, speed. Sambil-sambil menunggu untuk sampai, boleh layan movie gak kat TV. Takdelah bosan sangat kalau mereka yang solo travel.
Sampai Butterworth jam 1230 tengahari. Next nak naik feri pula ke seberang! Nama pun public transport trip! Semua nak merasa! Hihi. Dari stesen berjalan sikit ke terminal feri. Tambang feri RM1.20 untuk adults 60 sen untuk kanak-kanak riang. Murah sajo! Semua teruja nak naik feri. Ni pengalaman pertama Aqil naik feri. Yang lain tu naik masa kecik lagi so semua dah lupa. Haha!
Sampai pulau waktu luncheon. Semua lapar. Misi food hunting bermula!! Plus haruslah dengan bantuan grab car! Haha
Jumpa next entry pula! Gee kongsikan nasi kandar highly recommended & pasemboq sedap di Penang!
more stories ada di highlight Instagram @hazirahmohd
#sisgeejalanjalan
#sisgeefamilia
#publictransporttrip
Day 1 Public Transport Trip : Aqil's First Flight | Finally! Setelah beberapa bulan booking tiket murah Air Asia ! Al maklumlah Sis Gee anak empat! Bila time promo baru berbaloi-baloi jimatnya!
Idea untuk PUBLIC TRANSPORT TRIP ni berjaya direalisasikan apabila masa promo tiket flight Air Asia serendah RM12 je untuk domestik. Murah gila kot! Tangkas terus bagitau rumet & adik beradik yang lain nak join tak trip guna public transport. Nak lagi best dan disebabkan tiket flight murah gila, kami tambah destinasi ke dua iaitu Pulau Pinang.
Aqil's first flight! 16hb November 2019, flight 1745 dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Flight on time. Aqil sangat excited! Semua excited sebenarnya including ibu! Haha! Cumanya, ni pengalaman Aqil yang pertama. So semua ni baru untuk Aqil. Bila tengok aeroplane besar depan mata, terujalah bongsu tu.
Abang & kakak dah banyak kali travel dengan Air Asia dulu. Destinasi ke Kuala Lumpur & Kuching. Ardini sebelum ni pernah fly dengan Wan ke Kuala Lumpur jugak dengan Air Asia & MAS.
Sepanjang masa dalam flight si Aqil & Ardini bersembang! Drama semestinya ada sebab nak duduk tepi tingkap! Bergegar satu flight dengar suara diaorang. Bertabahlah!
Alhamdulillah, flight sampai awal 10 minit dari jadual. Cuaca hujan bila masuk Kuala Lumpur. Ada jugak rasa bergegar tapi semua okay je.
Nama pun PUBLIC TRANSPORT TRIP! Sampai di KLIA2 terus ke kaunter tiket bas untuk ke KL Sentral pula. Ni memang dalam perancangan sebabnya nak bagi diaorang merasa naik bas juga. Haha!
Tiket bas RM12 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Bas ada banyak je. Lepas beli tiket terus naik bas sebab memang bas dah menunggu. Bas selesa & free seated! So sekali lagi diaorang semua nak duduk tepi tingkap!😂
Nasib baik banyak seat kosong, so ada banyak seat. Bas jalan on time. Kami beli tiket jam 1905 camtu.. Bas jalan 1915 on time seperti dalam tiket.
Bas ke KL Sentral. Kat situ abang ipar pick up. Kalini bukan public transport okay! Haha!
So malam pertama menginap di rumah kakak sebab esok nak travel sekali. Done DAY ONE PUBLIC TRANSPORT TRIP!