Larian Jubli Emas SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu | Dah lama rasanya Sis Gee tak join mana - mana larian atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Fun Run. Gee perasan, sekarang banyak juga badan - badan yang menganjurkan larian beramai - ramai ini. Menariknya, semua yang menyertai akan di berikan sijil penyertaan dan juga medal. Medal pula ada pelbagai bentuk, warna dan design!! Mesti ramai yang join sebab nk kumpul medal kan?
So, untuk korang yang berada di Kuala Terengganu dan sekitarnya, jom join Larian Jubli Emas SMK Seri Budiman! Larian ini berkonsepkan Fun Run bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Seri Budiman.
Pendaftaran kini dah dibuka sehingga 26 Mei 2019 sahaja! Korang boleh join ajak geng - geng ofis, kawan - kawan sekolah dan juga ahli keluarga yang lain juga. Lagi ramai, lagi meriah! Tapi kalau tak dapat daftar sebelum 26hb Mei, korang boleh je contact urusetia untuk daftar selepas tarikh tutup yang dinyatakan tu. No problem! Hehe.
Kat sini, Gee sertakan butiran lanjut acara larian ini :
Tarikh : 3 Ogos 2019 Hari : Sabtu
Masa : 8 Pagi
Lokasi : Sekitar SMK Seri Budiman
Jarak Larian : 5 km
Ada lagi yang best tau! Pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti korang! Setiap penyertaan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang akan dilakukan pada hari larian itu nanti. Antara hadiah cabutan adalah smart phone, powerbank, pelbagai barangan elektrik dan juga hamper.
Trek Larian
Mesti korang nak tahu berapa yuran pendaftaran yang dikenakan pulak. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut :
► RM 30 : Pelajar Sekolah
►RM 35 : Terbuka
Yuran Pendaftaran adalah termasuk T-Shirt, Medal, Sijil dan Goodies.
Kalau dah daftar, korang boleh datang ambil Race Kit Collection ( Baju & Bibs ) pada 30 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 ( jam 8 pagi - 3 petang ) bertempat di Bilik Matematik SMK Seri Budiman.
Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, korang boleh hubungi :
Seminar Motivasi Bersama Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah, Anjuran McDonald's Bersempena Hari Guru 2019 | Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan baru - baru ini, satu seminar motivasi guru telah diadakan bersama Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah di Kuala Terengganu.
Selain itu, wakil - wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turut hadir bagi memberikan sokongan program seminar yang diadakan. Dewan juga dipenuhi dengan wakil - wakil sekolah dan guru - guru yang sudi meluangkan masa memeriahkan lagi program seminar bersama DMFK.
Seminar motivasi bersama DMFK telapun memasuki tahun ke-4 dan ia dianjurkan oleh McDonald’s bersempena sambutan Hari Guru 2019. Seminar motivasi tersebut diberi tajuk “Guru Sebagai Adiwira”. Dengan kerjasama tokoh motivasi terkenal tanah air, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, diharapkan majlis ilmu yang telah diadakan mampu menyuntik semangat baru dan meningkatkan lagi motivasi guru untuk terus komited ke arah membangunkan dan mengembangkan lagi potensi diri pelajar.
Bagi pihak McDonald’s Malaysia, selain menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial, penganjuran seminar motivasi ini adalah tanda penghargaan McDonald's kepada jasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Semoga dengan usaha kecil mereka ini, mampu membantu guru-guru untuk mewujudkan impak yang lebih besar lebih-lebih lagi dalam membentuk generasi muda yang cemerlang, yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kelak.
Untuk pengetahuan semua, tahun ini, seminar motivasi seumpama ini diadakan di 10 lokasi lain di seluruh negara. Bukan itu sahaja, sejumlah lebih 270 restoran McDonald’s di seluruh negara juga turut mengadakan majlis sambutan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan lokasi restoran.
Selain itu, McDonald's juga melaksanakan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia mencalonkan dan berkongsi kisah inspirasi tentang guru kesayangan mereka. Anugerah ini diberikan kepada 25 orang guru bertuah dengan kisah inspirasi paling menarik, dimana mereka bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 manakala pencalonnya pula bakal menerima baucar McDonald’s bernilai RM200. Pemenang Anugerah ini bakal diumumkan pada bulan Mei ini bersempena sambutan Hari Guru.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini merupakan sambutan terbesar yang pernah diadakan oleh McDonald’s. Hal ini kerana, dari 16 hingga 20 Mei 2019, lebih 420,000 guru di Malaysia berpeluang untuk menebus baucar hidangan percuma McDonald’s di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.
McDonald’s amat prihatin terhadap peranan guru-guru di Malaysia dalam membina negara bangsa dan membentuk modal insan masa hadapan.
McDonald's mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Seminar Motivasi bersama DMFK.
#McDonaldsKualaTerengganu
#McDonaldsMalaysia
Jom Sertai Program Usahawan Nak Ubah Hidup Oleh Dr Azizan Osman 2019 | Untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya, ia bukan sesuatu yang mudah. Untuk memulakan perniagaan usahawan juga bukan satu keputusan yang sekadar terluah di bibir. Ia adalah satu langkah awal di mana boleh memberi kesan kepada pendapatan sendiri sama ada menikmati keuntungan yang berlipat ganda, mengalami kerugian atau mendatar sahaja tiada apa perubahan.
Nak menjadi usahawan berjaya, semestinya diri perlu dipersiapkan dengan rapi supaya dapat mengharungi segala cabaran yang mendatang. Salah satu persediaan utama yang penting adalah kesediaan ilmu pada setiap pemilik perniagaan. Jom Gee kongsikan satu program usahawan di mana telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya.
Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.
Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.
Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.
Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.
Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.
Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.
Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.
“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”
Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.
“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”
“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.
Sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan! Mulakan langkah awal dengan mendaftar diri korang di www.nakubahhidup.com sekarang! Pendaftaran dah pun dibuka untuk Program Nak Ubah Hidup dan ramai tak sabar untuk sertai program yang boleh membantu merubah hidup daripada zero kepada jutawan hanya dengan berniaga.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari info di bawah ini :
Bersedia Cepat & Cantik di Pagi Raya Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream | Salam Ramadhan semua! Bila dah masuk Ramadhan, pasti ramai dah mula membuat persiapan raya. Cuba buat list, ada tak list nak shopping barang skin care untuk pakai raya nanti? Haa...kalau ada, korang mesti baca sharing Gee pada artikel ni tau!! Memang ada kaitan rapat sangat dengan barangan skin care recommendation daripada Gee sendiri.
Pagi raya untuk ibu - ibu yang punya anak kecil memang kalut! Termasuklah Gee! Kalut nak siapkan anak - anak, nak kejut diaorang bangun pagi, mandi, pakaikan baju raya, breakfast dan pelbagai lagi lah. Sehinggakan bila turn ibu nak bersiap, masa dah suntuk nak make up sebabnya ahli keluarga dah nak mulakan tradisi bersalaman di pagi raya. Mulalah kalut nak tempek bedak, nak pakai tudung lagi.
Bersedia Cepat & Cantik Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Selama lebih 2 bulan Gee sendiri amalkan rutin memakai Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature ini. Sebelum ni Gee ada buat sharing kat < sini >. Apa yang paling best adalah kulit nampak helokkk je sepanjang hari hanya dengan sapuan Gold Nano CC Cream daripada Brand Hansaegee Nature.
Dah lama sebenarnya mencari Suncream atau CC Cream yang best. Bila jumpa Gold Nano CC Cream dan mencuba lebih 2 bulan, terus Gee jatuh cinta!! Kulit tak jadi putih pelik, terasa ringan, langsung tidak melekit dan mudah untuk sekata di seluruh wajah.
Gold Nano CC Cream Selamat dan Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Nama pun jenama Nature, so sememangnya ramuan Gold Nano CC Cream ini tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang yang boleh merosakkan kulit korang. Malah, ia dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat bebas jerawat, jeragat dan juga masalah kulit yang lain.
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini mengandungi 3 ramuan utama :
◉ Mineral Water : Mengekalkan keseimbangan kelembapan ph kulit wajah serta meningkatkan keanjalan kulit.
◉ Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract : Bertindak sebagai anti bakteria yang menghalang masalah jerawat pada kulit.
◉ Nano Gold : Mencegah masalah penuaan dan membantu kulit menjadi lebih lembut.
Menariknya, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream boleh diamalkan pada semua warna tona kulit. Tekstur krim yang berwarna putih ini akan bertukar menjadi warna tona kulit korang setelah di blend rata hanya menggunakan jari. Ya! Memang sangat mudah apabila hanya guna jari untuk blend Gold Nano CC Cream ini pada kulit wajah korang.
Nak tahu cara pemakaian yang betul, korang boleh lihat video kat bawah ini.
Mudah Travel Hanya Dengan Gold Nano CC Cream
Kalau travel, wajib bawa Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini. Hanya sapuan Gold Nano CC Cream dan lipstick, korang dah ready untuk keluar! Sapuan Gold Nano CC Cream ni pulak tidak memerlukan brush so lagi mudah untuk selit dalam handbag je. Kalau nak solat, hanya basuh dengan air sahaja, mudah hilang dan nak solat tak perlu dah standby make up remover segala bagai. Lepas solat, boleh pakai balik Gold Nano CC Cream dengan cepat dan mudah!!
Korang dah tak perlu pakai sunblock dah sebabnya Gold Nano CC Cream ini mengandungi SPF 50 di mana ia dapat menghalang kulit korang terbakar kesan daripada cuaca luar yang panas terik. Kalau Gee travel, Gee hanya perlu Hansagee Nature Gold Nano CC Cream dan lipstick untuk solekan yang natural dan ringkas sepanjang hari.
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Sememangnya lambakan produk di pasaran akan membuatkan kita pening kan? Buntu untuk membuat keputusan produk yang terbaik untuk kulit wajah. Jom Gee kongsikan kelebihan yang diperolehi daripada amalkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.
⬥ Memudarkan parut jerawat, bintik hitam dan jeragat.
⬥ Memberikan kelembapan kepada kulit wajah.
⬥ Bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer.
⬥ Melicinkan dan mencerahkan kulit.
⬥ Mencegah penuaan pada kulit wajah.
⬥ Memberikan kesan glowing pada kulit wajah.
⬥ Merawat kulit dari dalam.
Nak Cantik Cepat Raya Nanti? Cepat Dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream!!!
Pembelian satu Gold Nano CC Cream boleh bertahan sehingga 3 bulan tau! Memang sangat jimat!! So, kalau siapa - siapa yang suka bersolek simple tapi nak nampak cantik, Gee recommendkan korang guna Gold Nano CC Cream ni. Nak beli? Korang boleh dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream di laman web yang Gee sertakan di bawah ini.
Royal Guest House Kota Bharu, Penginapan Murah Termasuk Sarapan | Negeri Kelantan sangat sesuai untuk korang yang suka Jalan - Jalan Cari Makan. Kalau ke Kelantan, korang mesti spend at least 2 hari 1 malam untuk explore apa yang best di sini. Kalau rasa macam tak sempat, apakata korang cari penginapan hotel yang strategik dengan semua tempat best - best di Kota Bharu, Kelantan. So nanti boleh jimat banyak masa dan tenaga untuk trip JJCM korang nanti!
Nak cari hotel selesa, murah dan strategik di Kota Bharu? Ada ke? Mestilah ada!! Gee sendiri dah menginap 2 hari 1 malam di hotel ini. Royal Guest House Kota Bharu merupakan hotel yang selesa dan murah untuk anda menginap di Kota Bharu, Kelantan. Kenapa murah? Jom Gee kongsikan selanjutnya dalam entry review hotel kali ni.
Royal Guest House Kota Bharu | Murah, Selesa & Strategik
Baru - baru ni Gee dan keluarga ke Kota Bharu. Kebetulan hujung minggu tu blogger Mek Yunie pun free. So, Mek Yunie recommendkan untuk kami stay di Royal Guest House Kota Bharu. Yes! Walaupun Mek Yunie sememangnya orang Kelantan, dia dan family pun nak staycation dengan kitaorang. Best sesekali staycation ni! Boleh lari dari rutin biasa dan bagi mood baru untuk anak - anak. Hehehe.
Seperti biasa, waktu check in adalah jam 2 petang. Memandangkan Gee check in hari khamis dan hari bekerja so Gee & family check in dulu. Mek Yunie & family check in selepas balik kerja. Sampainya di Royal Guest House Kota Bharu, kagum juga dengan senibina hotel ni.
Korang boleh tengok view depan hotel dalam video Gee kat bawah ini.
Bilik Serendah RM98 Sahaja Termasuk Sarapan
Dengan harga bilik serendah RM98 satu malam, korang juga akan diberikan breakfast percuma untuk 2 orang, dan juga wifi percuma di dalam bilik. Kemudahan bilik juga disediakan sejadah, pemanas air, tuala, coffee & tea, kettle, iron serta televisyen.
Harga Murah Sekali Sarapan Percuma Untuk 2 Orang
Bonus kalau dapat staycation dah tak perlu fikirkan tempat untuk sarapan pagi. Bagi setiap penginapan di bilik Royal Guest House Kota Bharu, akan diberikan 2 sarapan percuma. Kalau dah nama Kelantan semestinya sarapannya adalah nasi berlauk!! Jangan risau, menu lain pun ada seperti mee goreng, keropok, roti bakar, fries, nugget, buah, air sejuk dan juga air panas. Keadaan cafe pun selesa dan sesuai juga dijadikan tempat bersua dengan rakan atau bisnes partner.
Tempat Menarik Berhampiran Royal Guest House Kota Bharu
Gee suka cari hotel yang mudah untuk kita tuju seperti tempat makan, tempat menarik serta kemudahan - kemudahan yang lain. Untuk pengetahuan korang, stay di Royal Guest House Kota Bharu, korang boleh berjalan kaki je untuk akses tempat - tempat menarik yang wajib singgah di Kota Bharu. Memang mudah sebab tak perlu keluarkan kereta dan drive pastu nak fikir parking lagi!
◉ Pasar Besar Siti Khadijah
Sumber Gambar : Google
Kalau ke Kelantan, tak pergi Pasar Siti Khadijah memang rugilah kan. Kat Pasar Siti Khadijah ni ada banyak sangat makanan tradisi Kelantan seperti kuih muih, etok, pelbagai jenis kacang rebus, dan pelbagai lagi makanan tradisi di Kelantan. Kalau nak shopping telekung, batik, sutera dan tudung, di sinilah syurga membelah belah di Kelantan! Tapi korang kena pandai tawar menawar baru dapat murah. Hihi.
◉ Restoran Nasi Ulam Cikgu
Sumber Gambar : Google
Hanya terletak berhadapan dengan Royal Guest House Kota Bharu, semestinya memudahkan korang untuk mencari restoran makan tengahari di Kota Bharu. Untuk pengetahuan korang, Restoran Nasi Ulam Cikgu ni antara signature Negeri Kelantan yang mesti singgah. Restoran Nasi Ulam Cikgu memang terkenal dan viral dengan hidangan makan tengahari yang pelbagai jenis pilihan lauk pauk serta semestinya ulam - ulaman yang segar bugar.
◉ Kopitiam Meletop
Nak breakfast atau minum pagi roti canai atau nasi kerabu, korang boleh berjalan kaki je ke Kopitiam Meletop ni. Gee, Mek Yunie dan family sempat minum pagi di Kopitiam Meletop ni dan blogger Along Misuari pun join sama. Bila berjumpa sesama blogger, mestilah nak cari port mengopi yang selesa dan semestinya Kopitiam Meletop adalah port yang paling sesuai dengan size kedai yang besar serta ruang makan yang selesa.
◉ Warung Pak Mat Pulau Pisang
Gee dah dua kali berkunjung ke Warung Pak Mat Pulau Pisang ni. Menu tersohor di sini adalah Teh Tarik Madu yang super duper sedap bangat wei!! Yang Gee dah cuba di Terengganu, masih tak boleh lawan Teh Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang punya. Harga segelas tanpa aiskrim RM5, manakala dengan aiskrim RM10. Macam mahal, tapi bagi Gee berbaloi dengan kesedapan yang tidak dapat merasa di tempat lain. Kalau menginap di Royal Guest House Kota Bharu, perjalanan tak sampai pun 15 minit untuk ke Warung Pak Mat Pulau Pisang ini. Nikmati Percutian di Kota Bharu Dengan Penginapan Selesa di Royal Guest House!!
Recommend ke tak? Semestinya highly recommendation untuk korang yang nak explore Kota Bharu dengan lebih dekat lagi. Ada banyak tempat menarik yang ada di sekeliling Royal Guest House Kota Bharu ni dan korang boleh berjalan kaki sahaja!! Kalau nak info lanjut, korang boleh terjah pada pautan link yang Gee sertakan di bawah ini okey!