Menang Contest Artikel Terbaik Filem Operasi X | Alhamdulillah rezeki berpihak pada Blog Sis Gee kerana dapat memenangi hadiah saguhati RM100 wang tunai. Sebelum ni Gee ada masuk contest untuk buat preview dan review Filem Operasi X. Boleh baca << SINI >> .
Filem Operasi X merupakan filem arahan Sandosh Kesavan yang ditayangkan di pawagam Bulan November 2018 yang lepas. Gee berkesempatan tengok movie ni di panggung dengan incik suami dan anak - anak. Movie ni sesuai je untuk family walaupun nampak poster macam ganas tapi kemain lawak lagi bila part lakonan Dato Awie.
Filem ni gandingan mantap hero malaya Dato Awie dan Dato Aaron Aziz. Dato Awie jadi gangster pakej sekali pelawak dalam filem ni. Dato Aaron Aziz macam biasa dengan watak polis bersahaja yang cool. Hehe.
Rezeki bila diumumkan senarai pemenang Contest Artikel Terbaik Filem Operasi X baru - baru ini. Kalau ikutkan idamkan hadiah utama. Tapi dapat saguhati rasa cukup bersyukur sangat dah. Hehe. Tahniah semua pemenang yang dapat MacBook, Laptop, Smartphone dan saguhati cash RM100.
Entry ni untuk say thank you pada sponsor Dream Picture Productions, profhariz.com dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam contest ini. Harap - harap buat lagi contest macam ni. Best jugak dapat join dan lagi best dapat menang hadiah!! Hehe! Semoga terus sukses dan terus maju!!
#sisgeesaythankyou
Beli Aiskrim Mudah & Jimat Dengan Aplikasi McDonald's | Jaga - jaga entry Sis Gee kali ni. Bukan apa, kot lah korang pun macam Gee penggemar aiskrim McDonald's. Hehe.
Beberapa hari yang lepas, Gee bawa anak - anak outing. Kebetulan adik, wife dan anak dia Ariana ada balik kampung jugak. Aktiviti wajib harus bawa mereka ke playground. Cuaca pun tak berapa nak okey untuk outdoor, so kami ke indoor playground di Giant je. Selesai main sepuasnya di playgorund, bagi upah aiskrim kat McDonald's pulak. Kalini bersyarat aiskrim sahaja sebabnya Wan dah masak banyak lauk dah untuk makan tengahari. Hehe.
Sampai McDonald's keadaan agak kelam kabut. Sebab nak melayan kerenah rakyat jelata. Haha. Nasib baik ada GEL Siti yang dah macam adik Gee sendiri tu. So Siti siap tolong ambilkan order kami. Kenal Siti dah lama sebabnya asyik nampak muka kami je kat McDonald's. Haha!
Jimat Beli Aiskrim Dengan Aplikasi McDonald's!! Korang dah install aplikasi McDonald's? Ada banyak offer menarik tau!! Ada offer untuk menu sarapan pagi, McCafe, desserts, burger, ayam goreng dan banyak lagi offer yang ada.
Kali ni Gee guna aplikasi McDonald's untuk order aiskrim. Jom lihat cara mudah untuk redeem atau menggunakan aplikasi McDonald's ini.
Cara Mudah Menggunakan dan Redeem Aiskrim Daripada Aplikasi McDonald's
1. Buka aplikasi dan klik pada EXCLUSIVE OFFER
2. Boleh pilih menu yang ada dalam exclusive offer. So pilihan Gee adalah aiskrim. Ada banyak combo deal aiskrim yang boleh pilih.
3. Dah pilih, nanti tunjuk dekat kaunter korang nak yang mana. Kemudian tekan REDEEM dan cashier akan ambil no code yang tertera selepas korang redeem.
Kalau nak pilih offer lain lagi pun boleh. Selepas semuanya dipilih, baru cashier akan maklumkan jumlah bayaran yang perlu dibayar.
TOTAL BELANJA AISKRIM GUNA APLIKASI DAN ADD ON TAK SAMPAI RM 25! Nak tahu apa yang Gee beli? Ni list ordernya :
Bagi Gee, kalau kebetulan aiskrim yang kita nak ada dalam OFFER McDonald's Application ni baik redeem offer tu. Sebab harga lagi murah. Lainlah kalau korang nak beli satu McFlurry atau satu Sundae Coklat sahaja. So sebelum beli aiskrim atau apa - apa menu McDonald's, korang tengok OFFER dalam Aplikasi McDonald's terlebih dahulu okey!!
Syukur alhamdulillah. Hari ini sudah 2019. Bila masuk tahun baru, kita akan terfikir, kat mana aku sekarang ni? Adakah sudah tercapai apa yang diimpikan atau sebaliknya?
2018 Gee penuh dengan memories. Suka, duka, tawa, riang, semuanya ada. Dan Gee syukur apa yang Gee ada pada saat ini. Sebelum Gee open mission 2019, korang kena baca dulu mission Gee untuk 2018 lepas kat sini< Impian 2018 >
2018 and my dreams
Alhamdulillah. Allah perkenankan impian Gee nak buat road trip seluruh Malaysia untuk tahun 2018. Dia tak bagi sekali harung semua. Hehe. Dia bagi dengan travel dengan kawan - kawan blogger, family, family in laws. Sedar tak sedar tahun 2018 Gee dah buat road trip hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Melaka dan Negeri Sembilan je tak jejak. Haha.
2018 Gee dapat kenal hati budi rakan - rakan blogger jugak. Ada yang Gee dapat jumpa in person. Ada yang dapat jumpa bila gathering ramai - ramai. Ada yang tak pernah jumpa, tapi sangat rapat di media sosial dan whatsapp. Syukur korang semua terima Gee dan sudi berkawan dengan saya. Hihi.
Something to share here. Tapi tak dapat story lebih details. Cuma sekadar nak meluahkan untuk memories dalam blog. Hujung 2018 Gee ada sesuatu yang sangat membuatkan Gee sedih. Sangat! Tapi keputusan tetap dibuat demi sesuatu yang Gee rasa perlu untuk ambil keputusan tersebut. Gee tahu, pasti ada sebab dan hikmah semua ni terjadi. Semoga keadaan menjadi lebih baik untuk 2019. I need your support. Because i am nobody. eh dah kenapa tetiba tulis omputih. Haha!
2019, please be nice to me. Haha! So apa mission Sis Gee pulak untuk 2019? Gee teringin nak buat public transport trip pulak!! Naik bas, ets, flight..Feri pun!! Grab! Hahahaha! Moga impian yang ini akan terlaksana 2019 ni. Ada yang nak follow tak? Joms! Dengan syarat waktu cuti sekolah sebabnya ada 3 ketul dah masuk sekolah tahun 2019. Cabaran disitu, bila cuti sekolah, harga melambung plus orang ramai. Makanya, tabung kena kasi penuh dulu. Hahaha!
Ada banyak lagi mission untuk 2019. Moga semuanya dipermudahkan oleh Dia.
All the best to all of us!!!
Ladies semua! Kita ada barang best nak dikongsi kat sini. Kalau bukan ladies, yang mana gentleman pun boleh baca dan take note untuk si isteri atau ibu atau girlfriend korang okey. Orang kata, barang baik tak elok disimpan dipendam. Nak kena kongsi sama untuk orang lain. Orang kata lagi, kalau nak beli baju, skirt atau pakaian mesti beli yang kita suka dan selesa untuk dipakai. Bukan dibeli hanya sekadar untuk tujuan #ootd sahaja. Membebel pulak Sis Gee nih!
Baru - baru ni Gee berjalan - jalan di Instagram. Hajat dihati untuk memenuhi waktu terluang untuk scroll baju - baju cantik yang mur mur. Senang cerita nak survey baju raya hajatnya. Eh awalnya nak raya! Haha! Nama pun survey tu kan! Kemudian terjumpalah dengan apa yang Gee jumpa ni.
Terjumpa dan terjatuh cinta dengan koleksi Abyadh Couture!!
Bila jumpa Instagram Abyadh, Gee terus naik syok. Semakin galak tangan ini duk scroll dan scroll dan scroll. Hahahahaha! Dan tiba - tiba..tersampai parcel Abyadh kat rumah. Ceewahhh magic tak? (padahal dipendekkan cerita) haha!
Suka sangat dengan Ironless Bloom Skirt!! Ini skirt baru tau!!! Yang paling best adalah Bloom Skirt ini ironless. Maksudnya tak perlu gosok pun takpe. So, skirt ini akan jadi teman di kala travel nanti. Lipat masuk dalam beg, dan boleh terus pakai!
Jom Gee kongsikan antara keistimewaan Bloom Skirt daripada Abyadh Couture ini :
◉ Skirt tak perlu digosok.
◉ Material prada jacquard yang sangat sejuk dan selesa dipakai.
◉ Free size fit until my size iaitu L. Rasanya boleh pergi ke XL.
◉ Ada banyak warna pilihan untuk dipilih dan dipadankan dengan blouse, kemeja atau t shirt.
◉ Jahitan sangat kemas dan design yang cantik.
I feel so comel dengan Rossa Peplum Kurung! Maafkan saya sebab saya terperasan sekejap bila pakai Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ni. Outfit kedua dari Abyadh Couture yang super duper selesa ini nama dia Rossa Peplum Kurung. Peliknya, peplum ini cutting dia bukan seperti peplum di pasaran yang agak seksi (for me) dan tak berapa sesuai untuk saya. Hehe.
Material Rossa Peplum Kurung adalah cromo crepe dan juga lycra. Cutting tak seksi, tak jarang, dan sangat selesa walaupun Gee pakai ke playground untuk family times bersama anak - anak. Baju Rossa Peplum Kurung ini mesra wuduk kerana dibuat bukaan zip yang terselindung di sebalik jahitan lengan. Gee suka bahagian hujung lengan yang just nice yang tidak terlalu besar. So kalau kita angkat tangan, memang hujung lengan terletak je kat situ tidak jatuh ke siku.
Design baju Rossa Peplum Kurung ni kembang tau!! So kalau preggy pun boleh pakai. Tapi bila pakai kita tak nampak macam pregnant pun. Sebab kain dia akan jatuh cantik je ikut badan korang. Tapi jangan salah faham tau sebab baju ni tak ketat tapi longgar je. Rossa Peplum Kurung ni boleh dikatakan peplum muslimah yang sesuai dipakai untuk ke mana - mana tempat seperti majlis kahwin, riadah di taman, travel, majlis keraian dan sebagainya.
Suka dengan design unik ropol - ropol pada baju dan kain. Nampak lain dari yang lain design Rossa Peplum Kurung ni. Jahitan pun sangat kemas.
Boleh tengok betapa best dan selesanya material Bloom Skirt dan Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ini!
Jom Lihat Lagi Design dan Koleksi Dari Abyadh Couture
Kalau nak tahu, ada banyak lagi tau koleksi dari Abyadh Couture ni. Yang pasti semua design sangat menarik dan rare!! Tapi cantik! Malas cakap banyak, jom Gee kongsikan gambar untuk tatapan korang.
Azura Kurung
Qaira Kurung
Suri Kurung
Princess Skirt
Bubble Blair Skirt
Khadijah Blouse
Sila Rambang Mata!!
Amacam? Menarik tertarik tak koleksi Abyadh Couture tu? Tu baru sikit tau Gee up gambar. Next nak shopping lagi tapi tunggu cik gaji dululah. Hehe. So korang kalau sign up kat website Abyadh Couture, korang akan dapat diskaun RM5 tau!! Sekarang diaorang duk buat sale kaw kaw tu. Baik gi terjah cepat sebab nanti warna dan design yang korang nak kehabisan stock.
Untuk maklumat laman web dan info lanjut, korang boleh klik je pautan kat bawah ini!
No, I think I'll stay in tonight Skip the conversations and the "Oh, I'm fines" No, I'm no stranger to surprise This paper town has let me down too many times Why do I even try? Give me a reason why I thought that I could trust you, never mind Why all the switching sides? Where do I draw the line? I guess I'm too naive to read the signs
I'm just lookin' for some real friends All they ever do is let me down Every time I let somebody in Then I find out what they're all about I'm just lookin' for some real friends Wonder where they're all hidin' out I'm just lookin' for some real friends Gotta get up out of this town
Oh, oh Oh, ah
I stay up, talkin' to the moon Been feelin' so alone in every crowded room Can't help but feel like something's wrong, yeah 'Cause the place I'm livin' in just doesn't feel like home
I'm just lookin' for some real friends All they ever do is let me down Every time I let somebody in Then I find out what they're all about I'm just lookin' for some real friends Wonder where they're all hidin' out I'm just lookin' for some real friends Gotta get up out of this town
Lookin' for some new friends
Oh, oh Oh, ah
I just wanna talk about nothin' With somebody that means somethin' Spell the names of all our dreams and demons For the times that I don't understand Tell me what's the point of a moon like this When I'm alone again Can I run away to somewhere beautiful Where nobody knows my name?
I'm just lookin' for some real friends All they ever do is let me down And I let somebody in But I find out what they're all about I'm just lookin' for some real friends All they ever do is let me down I'm just lookin' for some real friends Gotta get up out of this town, yeah
Oh, oh Oh, ah
Kenapa suka lagu ni? First time dengar lagu ni, muzik dia macam best. Santai je. So kalau bosan - bosan especially time buat housecores, Gee suka dengar lagu ni. Bila menaip entry blog Gee takleh dengar muzik. Haha. Kalau blogwalking takpe. Korang pernah dengar lagu ni? Adakah favourite song kita sama?