MMSOS Satu Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Dan Mengurangkan Bebanan Rakyat | Korang perasan tak Gee ada kongsikan juga info MMSOS ini di Instagram, Facebook dan juga Twitter. Bila sendiri merasa dan menggunakan aplikasi ni terus rasa wowww!! Mesti war war kan segera supaya korang boleh buat perkara yang sama iaitu menjadikan aplikasi MMSOS ini sebagai persediaan awal di kala menghadapi sebarang kecemasan. Bukan diminta cuma, menyediakan langkah awal sahaja.
Tak Perasan si Aqil Tertekan PANIC BUTTON!
Beberapa hari lepas, sambil berehat dengan suami dan anak - anak, tiba - tiba telefon Gee berbunyi ada panggilan masuk. Masa tu telefon di tangan Aqil si bongsu yang berumur 2 tahun. Risau juga malam - malam nombor tak dikenali telefon. Bila angkat, dia perkenalkan diri sebagai Officer dari MMSOS bertanyakan kecemasan apa. Owh!! Terkejut kot! Gee bagitahu anak tertekan dan minta maaf di atas kesilapan sendiri. Kemudian, Gee diminta untuk cancel case di dalam aplikasi. Tak lama lepas tu ada pulak Officer MMSOS call tanyakan untuk kepastian tiada kecemasan. Mungkin dia risau Gee kena ugut untuk tidak beritahu ke apa ke kan?
Sangat cepat team MMSOS respond tau!! Memang terus Gee fikirkan applikasi ni wajib ada pada setiap orang terutamanya wanita dan pelajar. Bila kita ada hal kecemasan, boleh terus tekan PANIC BUTTON untuk team MMSOS kenalpasti lokasi kita dan hubungkan kita dengan pegawai terdekat. Kecemasan ni termasuklah kemalangan, kes ugut, samun, diekori orang yang tak dikenali, pecah masuk rumah, kerosakan kereta dan sebagainya.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan aplikasi MMSOS? Baca entry ni sampai habis okey!
MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.
Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.
MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna
boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika
mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu
menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan
bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status
anda melalui aplikasi ini.
Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya
klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran
diri.
Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :
• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value
worth 50,000).
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person,
3D2N + Dining).
• ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
• ‘Ambulance fees’.
• Percuma ‘towing’.
Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu
kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan
rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan
pengguna.
Personally, Gee sangat recommed pada korang untuk download dan daftar aplikasi MMSOS ini. Hanya dengan satu butang sahaja, kita mampu bertindak dengan lebih bijak!