Kaki wayang mesti dah alert awal November ni ada movie terbaru menunggu korang di pawagam seluruh Malaysia. Gee ni bukanlah kata kaki wayang sangat tapi sejak ada panggung wayang kat Kuala Terengganu ni, Gee gunakan peluang ni untuk quality times dengan anak - anak. So kali ni Gee nak share ada movie terbaru produk Malaysia iaitu Filem Operasi X yang menampilkan barisan pelakon - pelakon yang top di Malaysia.
Filem : Operasi X
Pengarah : Sandosh Kesavan
Terbitan : Dream Pictures Production
Genre : Action
Menariknya, Filem Operasi X ini dibarisi oleh barisan pelakon - pelakon yang pasti membuatkan sesuatu filem itu meletop. Antara barisan pelakonnya adalah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima dan Zaidi Omar.
Kalau lakonan Dato Aaron Aziz tu memang Gee suka tak kisahlah drama atau filem aksi, romantik atau komedi semua menjadi lakonannya. Jangan lupa Dato Awie tu yang boleh tahan juga kalau lakonan genre komedi dan romantik. Pasti pecah panggung!
Sedikit Sinopsis : Mengisahkan bagaimana Operasi X telah menumpaskan kes jenayah yang dilakukan oleh 'Geng Belut' yang semakn berleluasa. Ketua Geng Belut tu mestilah rockers Malaysia Dato Awie manakala Dato Aaron yang akan melakukan misi sebagai watak anggota polis yang akan menumpaskan Geng Belut ini.
Agak - agak macam mana taktik dan cara Dato Aaron nak tumpaskan Geng Belut tu ye? Dan bagaimana pula Dato Awie mengelak dan mempertahankan jenayah yang dilakukan? Eh tapi ada juga tau adegan romantis cinta cintun! Siapa pula yang main cinta? Banyak sungguh persoalan Gee ni kan? Haha!
Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?
Korang agak - agak macam mana hasil gabungan Aaron Aziz dan Awie dalam Filem Operasi X ini ye? Bagi Gee perwatakan keduanya adalah berbeza dan gaya lakonan pun cukup berbeza. Operasi X ni pula merupakan filem ber 'genre' aksi, so apa kata kita gi terjah panggung wayang hari ini jugak untuk tengok macam mana gabungan Awie dan Aaron dalam Filem Operasi X ini.
Bermula 1 November 2018, Filem Operasi X sudah menggegarkan seluruh pawagam tanah air. Korang dah terjah? Jom booked tiket wayang Operasi X dan menonton bersama keluarga!!Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link yang dinyatakan kat bawah ini.
Aktiviti dihujung minggu bersama keluarga salah satunya adalah movie time. Untuk Venom ni Gee booked tiket last minute sebenarnya. 1st choice nak tengok Paskal tapi wayang timing yang nak dah full! So bila tengok trailer Venom rasa macam best pulak! Haha!
Meh Gee share sedikit info pasal Movie Venom ni kot korang pun teringin nak tengok sementara ada lagi ditayangkan kat pawagam sekarang ni.
Filem:
Venom
Pengarah:
Ruben Fleischer
Genre:
Aksi, Seram & Fiksyen
Pelakon :
Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Marcella Bragio,
Woody Harrelson, Jenny Slate, Mac Brandt, Ron Cephas Jones & Etc.
Sinopsis Ringkas : Movie ni mengisahkan si hero Eddie Brock yang bekerja sebagai seorang wartawan. Namun segalanya berubah buat Eddie apabila dia telah terlibat dalam penyiasatan terhadap Carlton Drake, seorang bilionair yang juga seorang pencipta genius dan ketua Life Foundation.
Venom ni merupakan makhluk asing yang menumpang di dalam badan Eddie. Yang bestnya si Venom ni mempunyai watak yang kelakar! Konfliknya bila Venom ni side baik gaduh dengan simbiot atau alien yang jahat.
Overall boleh rating 4/5 stars. Awal-awal sedikit bosan dan krik krik krik. Tapi bila dah nampak si Venom tu memang syok lah sebab skrip venom tu kelakor! Haha!
So, korang yang dah tengok Venom best ke tak?
Assalamualaikum 💛
11.11 Festival Membeli Belah | JUALAN MURAH SEHARI TERBESAR kini bermula! Harga serendah RM1, diskaun sehingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...
Wah! Lazada buat hal lagi ye korang! Tapi hanya sehari je tau festival membeli belah ni. Menariknya bila ada diskaun sehingga 90%!! Memandangkan jualan ni hanya sehari, maka perlu dibuat perancangan awal dengan memilih siap - siap barang apa nak grab nanti. Hehe. Jom Gee kongsikan dengan korang apakah produk yang Gee rancang nak beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival itu nanti.
3 produk yang Gee rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival
1. Telekung Siti Khadijah The Prayer Outfit (TPO) 4.0 (Grey)
Berkenan sungguh dengan Telekung Siti Khadijah ni. Gee suka material Telekung Siti Khadijah yang sangat selesa. So sempena 11.11 Shopping Festival ni, harga Telekung Siti Khadijah pun ada banyak diskaun tau!! Jom grab nanti sebab boleh jimat berbaloi - baloi bila shopping ketika jualan murah ni.
Jom Gee share kenapa Gee pilih Telekung Siti Khadijah The Prayer Outfit (TPO) ini.
✿ TPO ini adalah koleksi berwarna lembut yang dihasilkan menggunakan fabrik Glazes Spun Polyester yang berkualiti, fabrik yang sejuk, ringan dan selesa.
✿ Rekaan yang ringkas namun tetap selesa dengan rekaan pelapik dagu yang memeri.
✿ Sentuhan dan jahitan jelujur yang kemas di sekeliling telekung menyerlahkan ciri-ciri jahitan tangan yang asli.
✿ Kombinasi pemilihan tona warna yang lembut menjadikan TPO sejuk mata memandang dan terus melekat ke hati.
✿ Penggunaan kain mudah renggang dan menampilkan lapisan bawah dagu memberi fleksibiliti untuk wajah dan kelihatan kemas dipakai ketika menunaikan solat.
2. Carlo Rino 0303365-102-21 Top-handle bag (Beige)
Sis Gee ni kan pantang tau nampak handbag! Bila Lazada buat 11.11 Festival Membeli Belah ni maka Gee nak grab satu handbag Carlo Rino ni. Gee suka sangat semua design dan yang paling best adalah kualiti handbagnya yang tahan lasak dan juga trendy. Ada banyak pilihan ada tau! Korang nak beg sandang belakang, tote bag, sling bag? Semua ada di Lazada!
3. Tefal Plancha Malaga Successor Table Top Barbeque Grill (TG3918)
Untuk dapur Sis Gee!! Mudah untuk grill ayam, daging, sotong, ikan! Tefal pulak bukan calang - calang jenama, so bila ada sale 11.11 di Lazada Malaysia ini haruslah manfaatkan peluang yang ada. Lagipun, usia dah meningkat ni nak kena jaga pemakanan juga sebabnya risau hari esok kita semakin berisiko untuk dapat pelbagai penyakit. Untuk langkah awal nak eat healthy, kena amalkan makanan tanpa minyak dan semestinya Tefal Barbeque Grill ni sangat membantu!
Kenapa Perlu Grab Lazada 11.11 Shopping Festival?
Mesti ada yang bertanya kenapa perlu tunggu 11 November untuk shopping di Lazada Malaysia? Kenapa bukan hari ini atau bulan December? Jom Gee kongsikan sebab utama kenapa nak kena grab shopping sempena Kempen 11.11 Shopping Festival ni.
⚉ Crazy Mega Vouchers 12-2am Only!
Ada banyak Mega Vouchers diskaun korang boleh dapat tapi limited time iaitu pada 12 pagi hingga 2 pagi sahaja pada 11 November 2018. 2 jam pertama Kempen 11.11 Shopping Festival ni korang kena siap sedia dah depan laptop, pc atau handphone.
⚉ 11.11 All Day Vouchers
Untuk sepanjang hari 11 November 2018 sahaja ada banyak lagi vouchers yang korang boleh grab untuk setiap minimum pembelian yang dibuat. Memang boleh jimat berganda - ganda shopping ketika 11.11 Shopping Festival ni.
⚉ Crazy Flash Sale As Low As RM 1
Wow serendah RM 1!!! Ada pelbagai produk untuk flash sale ni tau. Ada kelengkapan rumah, pakaian, perabot, peralatan sukan, makanan kucing, dan banyak lagi. Pastikan korang grab crazy flash sale ini wokeh!
⚉ Hot Deals Up To 90% OFF!
Sebab itu Gee ajak korang shopping sempena 11.11 Shopping Festival ni sebabnya ada diskaun kaw kaw sehingga 90% ! Sangat banyak boleh jimat! Korang kena cepat - cepat pilih produk dan masukkan terus dalam shopping troli supaya nanti mudah nak jumpa produk apa yang nak dibeli. Hehe.
Siap Sedia Untuk 11.11 Shopping Festival!
Korang kena get ready tau! Bukan selalu Lazada nak buat sales discount sehingga 90% ni. Lazada 11.11 Shopping Festival ini akan diadakan sehari sahaja iaitu pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia. Untuk persiapan awal, korang dah boleh mula pilih barang apa kemudian terus simpan ke shopping cart . Ada banyak pilihan produk dan jenama korang pilih untuk beli telefon, komputer, barangan bayi, kelengkapan rumah, perabot, perkakas make up, produk kesihatan, produk kecantikan, pakaian, dan pelbagai lagi ada hanya di Lazada Malaysia.
So apa tunggu lagi? Gee dah mula pilih barang ni, korang pun boleh buat perkara yang sama sekarang. Cepat - cepat terjah 11.11 Shopping Festivalhanya di Lazada Malaysia!!
Happy Shopping!!
Assalamualaikum 💙
Pejam celik, pejam celik tahun 2018 dah hampir ke penghujungnya. Amacam dengan tahun 2018 korang? Untuk yang dah berjaya mencapai azam tahun 2018 ni Gee ucapkan tahniah dan bagi mereka yang masih belum capai apa yang diidamkan masih ada lagi baki beberapa minggu untuk tahun 2018. Tak perlu nak stress atau rungsing sebabnya tahun depan korang boleh usaha lagi untuk capai azam yang tidak tercapai itu. Ada yang berazam nak kurus, azam melancong ke luar negara, azam untuk berjaya dalam peperiksaan, dan pelbagai lagilah azam atau matlamat yang ingin dicapai.
Tahun 2019 dah tak lama dah ni! Agak - agak dah ada ke azam tahun baru? Gee dah ada satu misi untuk tahun 2019. Demi pembaca blog yang setia, Gee kongsikan pada korang apa misi Gee itu. Tahun depan Gee teringin nak buat 'Public Transport Trip' dengan incik suami dan anak - anak. Untuk tahun 2018, mision tercapai iaitu nak buat road trip. Hehe. So tahun depan kita buat misi baru pulak. Tapi, kalau nak jayakan misi ni mestilah kena tahu cara-cara untuk capai apa yang diidamkan tu kan?
Ketahui 5 Cara Untuk Lebih Berjaya di Tahun 2019
1. Inspirasi atau Mentor
Sekiranya kita nak capai misi untuk kurus, maka kita haruslah mencari mentor yang lebih arif tentang tips untuk kurus bukan? Atau boleh jadikan mereka yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi supaya kita juga mampu berjaya seperti mereka. Tanpa inspirasi atau mentor, kita tidak akan tahu cara yang betul untuk capai impian kita. Pastikan korang memilih mentor yang sudah berjaya ye!
2. Motivasi Setiap Hari
Pada Gee, motivasi diri ini sangat bagus untuk perkembangan diri kita agar menjadi lebih baik. Motivasi ini boleh berbentuk galakan daripada orang terdekat, positif minda, sokongan daripada mereka yang tersayang serta semangat yang korang dapat daripada pengalaman orang lain. Dengan berfikiran positif setiap hari, korang boleh membawa aura yang baik juga pada mereka yang berada di sekeliling korang. Abaikan kata negatif malah teruskan memberi semangat kepada diri sendiri untuk berjaya.
3. Sentiasa Berkongsi Rezeki
Konsep berkongsi ini bukan merujuk pada harta benda atau wang ringgit. Korang boleh berkongsi ilmu, maklumat atau pengalaman dengan orang lain. Lagi banyak korang berkongsi, lagi banyak yang korang dapat. Untuk menjadi seorang yang lebih berjaya, korang harus menjadi seorang yang lebih terbuka dan sentiasa berkongsi sesama rakan - rakan atau keluarga. Lagi banyak anda memberi, lagi banyak yang korang akan dapat nanti.
4. Tentukan Impian Yang Ingin Dicapai
May Our Dreams Comes True! Kalau nak berjaya, mestilah nak kena senaraikan apa yang ingin dicapai itu. Bila kita tahu apa yang kita inginkan, maka kita akan jadi lebih mudah untuk mencapainya. Impian bukan sekadar di dalam minda sahaja malah perlu di ilustrasikan supaya kita lebih nampak dengan jelas apa yang ingin dicapai.
5. Catatkan Impian dan Azam Tahun 2019 Pada Planner By Aqisbi
Siapa sini suka menulis rutin, jadual atau agenda penting di dalam buku nota? Jom Gee kongsikan sebuah buku nota yang ada segala - galanya. Memperkenalkan Planner By Aqisbi yang berkonsepkan planner islamik dan moden. Planner by Aqisbi ni bukanlah tebal dan berat sangat pun, tapi dalam planner ni ada pelbagai info dan keperluan yang korang idamkan di dalam sebuat diari. Gee memang in love sangat dengan planner ni! Ni merupakan tahun ke dua Gee gunakan planner viral cantik ni. Planner tahun 2018 Gee pilih design bunga, tapi untuk tahun 2019 Gee inginkan kelainan so Gee pilih design abstrak pula.
Personally, Gee suka Planner by Aqisbi ni sebabnya segala info ada di dalam planner ni. Semua mukasurat warna warni tau! Kalau nak cari public holiday 2019 pun ada untuk di setiap negeri di Malaysia. Tapi bukan itu sahaja, public holiday untuk Negara Singapura, Indonesia dan Brunei pun ada. So kalau yang suka travel ke negara jiran tu memang sangat sesuai dengan Planner by Aqisbi ni.
Jom kita lihat apa yang menarik yang ada di dalam Planner by Aqisbi ni :
✿ Yearly Planning Chart
✿ Weekly Plan
✿ Monthly Budget
✿ Weekly schedule
✿ Yearly Review
✿ 30 Days Saving Challenge Every Months
✿ 2019 & 2020 Calendar
✿ Islamic Calendar
✿ Public Holiday for Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia
✿ Monthly Plan
✿ Quran Tracker & Khatam Quran
✿ My Fitness Goals
✿ Travel Plan List
✿ Blank page every Month
✿ Yearly Goals
✿ Books to Read
✿Ramadhan Mission
✿ Sadaqah Checklist
Amacam? Macam - macam ada kan? Mision nak kurus? Mision khatam Quran? Mision puasa sunat? Mision travel? Korang cakap je semua ada di dalam Planner by Aqisbi ni. Yang bestnya, Planner by Aqisbi ini akan memudahkan kita capai apa yang kita nak target. Sangat membantu!
Planner by Aqisbi ni sangat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja korang pergi. Kalau Gee, Gee suka bawa planner setiap kali Gee balik kampung atau travel. Sebabnya dalam planner ada banyak info juga yang boleh membantu ketika Gee travel antaranya senarai semak cash flow ketika travel, peringatan untuk urgent event, jadual aktiviti dan sebagainya.
Antara ciri - ciri yang ada pada Planner by Aqisbi ini adalah :
✽ Setiap muka surat Full colour
✽ Size 21.5cmx15cm ( Size A5 )
✽ Planner di wrap dgn baik
✽ Tebal kertas 80gsm (insyallah warna tidak tembus)
✽ Soft cover , Art card 260 finishing matt dan spot uv
✽ Design yang sangat catchy
✽ 264 muka surat
✽ Ketebalan planner 1.5cm
✽ Sesuai dijadikan hadiah buat insan tersayang
✽ Content semua dalam English
Dapatkan 2 FREE GIFT Dengan Setiap Pembelian 1 Planner by Aqisbi
Baik korang cepat grab Planner by Aqisbi ni sebabnya korang akan dapat 2 FREE GIFT iaitu sebuah buku nota dan juga buku to do list yang sememangnya keperluan juga untuk kita ingatkan apa yang nak dibuat setiap hari.
Dapatkan Planner by Aqisbi Dengan Hanya RM 25 Sahaja!
Ada 12 design kesemuanya! Namun korang kena cepat tau sebab banyak design dah nak sold out. Dengan hanya RM 25 korang bukan sahaja dapat satu planner malah akan dapat 2 extra FREE GIFT. Semua design adalah limited dan cantik - cantik semuanya. Untuk maklumat lanjut atau urusan pembelian, korang boleh hubungi info kat bawah ni.
Finally, sampai entry ke tiga Gee share tentang Restoran Taman Apple Cameron. Sebelum ni Gee prnah share pengalaman Gee dan blogger Mek Yunie menikmati makan tengah hari sotong bakar, kambing bakar serta makan malam steamboat & grill. Kalau korang nak baca boleh klik link kat bawah ni :
Untuk pengetahuan korang, trip kami ke Cameron Highlands kali ni sangat mudah untuk memilih tempat makan best dan selesa. Memang kena sangat dengan tema kehijauan di Cameron Highlands, kami memilih Restoran Taman Apple untuk kami sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Menariknya, menu sangat berbeza dan juga punya daya tarikan yang sendiri di mana korang hanya boleh merasainya hanya di Restoran Taman Apple Cameron sahaja.
Sarapan Pagi Mendamaikan di Restoran Taman Apple Cameron
Restoran Taman Apple Cameron mempunyai dekorasi restoran yang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Korang akan merasa pengalaman seperti makan di dalam taman di sini. Pokok - pokok menjalar, dekorasi setiap penjuru yang sangat unik serta susun atur meja yang pelbagai jenis. Memang sesuai dengan mood bercuti di Cameron sebabnya dapat makan sambil menikmati kehijauan pokok, dengan cuaca yang sejuk, memang terasa nak melepak kat sini je sepanjang hari. Hehe.
Nasi Lemak Serunding Strawberry Daya Tarikan Utama
Pertama kali Gee tahu strawberry juga dijadikan serunding dan di makan dengan nasi lemak. Persepsi pada mulanya macam tak masyuk je sebab strawberry kan masam manis, nasi lemak pulak nak kena sambal yang pedas. Tapi kalau dah tahu menu Nasi Lemak Serunding Strawberry merupakan HERO antara semua menu breakfast kat sini, Gee pun order dan cuba sendiri.
Rupa - rupanya gabungan masam manis pedas memang menjadilah! First time rasa terus in love! Selain serunding strawberry, hidangan nasi lemak masih mengekalkan rasa tradisi selera orang Malaysia iaitu sambal, telur, ayam goreng berempah, ikan bilis beserta kacang dan juga hirisan timun. Nasi lemak sangat unik berwarna hijau dan sangat sesuai dengan suasana restoran seperti dalam taman ini.
Tapi mana nak cari serunding strawberry kalau bukan hanya di Restoran Taman Apple ni? Serunding ni korang boleh juga dapatkan di hadapan Restoran Taman Apple Cameron dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh beli banyak - banyak dan bawa balik bagi buah tangan pada keluarga.
Harga Nasi Lemak Serunding Strawberry
A'la Carte RM 8.90
Set bersama Strawberry Lemonade RM 12.90
Again With Kambing Bakar!!
Kambing bakar for breakfast? Yesza for Mek Yunie! Gee ni tengok kemain dia repeat kambing bakar untuk sarapan pagi pula. Cuma kali ni Mek order a'la carte pula, sebab dah makan set nasi kambing bakar untuk makan tengah hari sebelum ni. Sorang lagi incik suami Gee juga repeat nasi kambing bakar untuk breakfast. Haha! Memang BFF sungguh dua orang ni tau! Hantu kambing! Hahahahaha! Kalau nak breakfast menu bakar - bakar, korang boleh mula order pada jam 10 pagi. Untuk menu sarapan pagi yang lain bermula jam 8 pagi.
Menu bakar - bakar seperti sotong, ayam dan kambing bakar semuanya di bakar sebaik sahaja mereka menerima order daripada pelanggan. Tempat grill pun di penjuru restoran, so korang boleh tengok cara diaorang serve macam mana. No hidden agenda okay! Sebab itu Gee suka restoran ni bukan sahaja cantik dari segi dekorasi malah kebersihan mereka sangat terjaga!
Harga Kambing Bakar
A'la Carte Kambing Bakar RM 15.90
Set Nasi Kambing Bakar Bersama Strawberry Lemonade RM 18.90
Soto Nasi Impit Wajib Cuba!
Juga soto nasi impit Gee repeat untuk anak - anak. Nak tahu kenapa? Sebab soto dia memang mewah dengan isi ayam serta bahan - bahan yang lain serta rasa sup memang sedaplah! Kalau anak tak habis, so ibu siap sedia untuk habiskan soto dengan sedikit sambal kicap yang disertakan sekali. Soto ni banyak tau! So order semangkuk soto boleh dimakan 3 ke 4 orang anak kecik. Korang boleh bayang kan portion nya yang banyak! Serius kalau datang lagi di Restoran Taman Apple, soto nasi impit antara menu yang mesti repeat!
Harga Soto Nasi Impit RM 6.90
Selain soto nasi impit, ada juga menu lain seperti mee rebus, laksa johor, bihun soto, mee soto dan juga set roti bakar. Memang banyak pilihan breakfast yang ada untuk korang cuba. Yang penting rasa tu best!!
Mesti Cuba Tea - Tac Float!
Tea Tac Float ni sedap sungguh! Dah macam root beer float! Tapi ni sebenarnya teh tarik float! Rasa lemak berkrim teh susu dengan aiskrim. Memang menjadi lah! Lagi korang boleh cuba teh o strawberry panas atau sejuk, green tea panas atau sejuk, teh o blackcurrent panas atau sejuk, milk shake yang pelbagai jenis dan pelbagai jenis minuman yang ada Restoran Taman Apple Cameron ini.
Ada Banyak Kek Sedap - Sedap Kat Restoran Taman Apple Cameron
Seperti mana lunch dan dinner, untuk breakfast ni kami juga cuba beberapa jenis kek kat Restoran Taman Apple Cameron ni. I olls is pantang tau tengok deretan kek. So kali ni kami cuba 3 jenis kek iaitu Oreo Cheesecake, Pavlova dan Chocolate Indulgence. Semestinya pilihan Gee Chocolate Indulgence!! Tapi Gee perasan semua kek yang Gee rasa di Restoran Taman Apple ni tak muak dan rasa sangat ringan. So walaupun dah kenyang makan Nasi Lemak Serunding Strawberry, perut still boleh makan dessert kek kat sini.
Chocolate Indulgence
Oreo Cheesecake
Pavlova
Restoran Taman Apple Cameron Very Recommended!
Tak tahu nak cari tempat makan yang selesa untuk bilangan keluarga yang ramai? Datang honeymoon nak cari restoran yang romantik? Hanya di Restoran Taman Apple Cameron korang boleh menikmati suasana makan pagi, tengahari dan makan malam yang mendamaikan di samping pelbagai menu pilihan yang sedap serta berpatutan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik pautan kat bawah ni.