I is seronok al maklumlah blog tersayang sudah bertukar baju baru!! Belum announced, ramai dah komen kat entry Gee, thank you korang sudi blogwalking blog Gee ni. Kenapa tukar template? Sebab template sebelum ni dah setahun lebih dan Gee rasa nak sesuatu yang baru, mood baru, semangat baru gitewwww. Kalau malas blogging juga tak tahu nak kata apa dah! Haha!
Thank you to designer Zaza Imanyang juga seorang blogger yang agak famous amous sebab designkan baju baru yang sangat menepati apa keinginanku kali ni. Gee nakkan yang simple but nice. Dan nampaknya, nice tu ada pada burung comel tu kan? Hahahaha!
Totally different kalini baju Blog Sis Gee. Gambar profile pun dah tukar, sidebar mana yang tak relevant Gee dah masuk bakul sampah. Mana yang okey, Gee maintainkan je. Hehe.
Owh! Kalau ada idea or cadangan or komen apa yang tak kena dengan template atau isi blog atau cara Gee menulis, mohon bagitahu eh. No heart feeling! Sebabnya kalau korang tak menegur, macam mana nak improvedkan diriku yang serba tak tahu lagi ni kan? Komen je kat ruangan komen tu. Hihi.
Amacam? Okay tak template baru Blog Sis Gee? Kalau nak design template blog atau tempah business kad boleh contact Zaza Iman kan link yang Gee bagi kat bawah ni ye.
Cameron Highlands merupakan lokasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga tidak kira korang bersama suami, anak - anak, malah nak bawa orang tua pun sesuai untuk menghirup udara segar di Cameron Highlands. Cuma bagi Gee, kalau nak bawa orang tua, korang kena stay sekurang - kurangnya 3 hari 2 malam supaya mereka betul - betul dapat menikmati keindahan Cameron Highlands ni dengan lebih dekat.
Perjalanan yang lama pasti membuatkan badan yang penat dan letih. Macam rugi, alang - alang datang tapi tak dapat nak explore keseluruhan Cameron Highlands. Pemilihan homestay memainkan peranan yang sangat penting apabila kita bercuti bersama keluarga yang besar. Walaupun terdapat banyak juga pilihan hotel di sini, namun, kalau untuk keluarga yang besar lagi seronok bila dapat tinggal di dalam sebuah rumah, memasak, bersembang dan melepak menikmati percutian yang indah bersama keluarga.
Kalini, Gee nak share sebuah homestay yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Nak tahu best ke tak homestay ni korang kena baca sampai habis okey.
Hamizah Homestay Apartment Cameron Highlands
Hamizah Homestay Apartment merupakan homestay yang terletak di ground floor di mana sangat sesuai untuk membawa keluarga terutamanya orang tua untuk bermalam di Cameron Highlands. Lokasi pula terletak di Tanah Rata di mana kawasan ini terkenal dengan pilihan kedai makan yang banyak, kemudahan bank, deretan pasaraya dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.
Mempunyai 3 Bilik Tidur Serta 2 Bilik Air
Bilik tidur utama sangat luas dan boleh dihamparkan toto lagi di ruangan sebelah katil. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan juga disertakan kemudahan sejadah, almari pakaian serta dress up table. Terasa seperti berada di rumah sendiri susun atur perabot di dalam bilik tidur utama ini. Bilik tidur utama mempunyai 1 bilik air yang boleh memberikan privasi untuk muslimah - muslimah yang datang bercuti bersama ipar duai.
Bilik tidur ke dua juga mempunyai keluasan bilik yang agak luas sehinggakan boleh memuatkan 2 keluarga kecil di dalam bilik ini. Bercuti bersama keluarga yang besar sememangnya tiada masalah untuk menginap di Hamizah Homestay kerana size bilik sangat luas dan memberikan ruang untuk berkongsi bilik beramai - ramai.
Bilik ke tiga juga mempunyai 1 katil queen di mana korang yang berseorangan tidur pun pasti cukup selesa walaupun korang di bilik yang paling kecil. Walaupun bilik ke tiga ini merupakan bilik terkecil, namun masih terdapat ruangan solat di sebelah katil di mana memberi keselesaan pada penginap beragama muslim di sini.
Ruang Tamu di Hamizah Homestay Luas dan Selesa
Kalau nak mencari homestay untuk percutian keluarga pasti inginkan rumah yang mempunyai keluasan ruang tamu yang dapat memuatkan keseluruhan ahli keluarga nanti. Sesi bercerita, sesi bertanya khabar, sesi melayan movie, sesi membawang pasti menyeronokkan percutian bersama keluarga serta dalam masa yang sama dapat bonding antara satu sama lain.
Bercuti bersama keluarga pasti memerlukan sebuah rumah yang lengkap dengan semua keperluan perabot terutamanya meja makan. Korang yang dah pernah datang Cameron pasti dah membayangkan kat atas meja makan tu nanti akan penuh dengan ubi madu manis yang hangat-hangat baru dibeli, strawberry segar, strawberry kering, buah, sayur, jagung, dan pelbagai lagi makanan yang hanya di Cameron kita boleh menikmati sepuas - puasnya.
Ruang Dapur Yang Luas dan Serba Lengkap
Apabila bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands pasti ada yang suka memasak di homestay untuk menikmati sayur - sayuran segar yang di beli di sini. Tambah pula, bila dapat memasak bolehlah korang jimat sikit budget untuk makan di restoran kan? Ada juga yang suka memasak simple - simple untuk alas perut sebelum keluar makan. Tapi menariknya di Hamizah Homestay ruangan dapur sangat luas dan selesa hokey! Biasa nama je apartment, ruang dapur boleh duduk sorang dua saja kan? Tapi Hamizah Homestay korang boleh masak berjemaah pulak! Hehe.
Keselesaan Keutamaan Bagi Pihak Hamizah Homestay
Udara sejuk di Cameron tak sama tau seperti udara sejuk di tempat kita. Pihak Hamizah Homestay sudah mempersiapkan extra bantal, selimut dan toto bagi keselesaan penginap di sini. Selain itu, keperluan bagi seorang wanita juga disediakan. Yes seketul iron sangat diperlukan ketika travel sebab kalau nak hangkut dari rumah, agak melampau je. Hahahah!
Cepat Booking Hamizah Homestay Apartment Untuk Percutian Keluarga Yang Selesa
Selalunya, kalau musim cuti umum atau cuti sekolah Hamizah Homestay Apartment mesti full booking. Nak selamat korang boleh locked date awal - awal dengan owner homestay. Untuk pertanyaan lanjut korang boleh hubungi info kat bawah ni ye! Happy Holiday korang!
Maps ( Jarak Hamizah Homestay ke Bharat Tea Plantation )
Alamat Homestay :
C2-1, Court C, Carnation Park,
Tanah Rata, 39000
Cameron Highlands, Pahang,
Malaysia.
Hubungi :
0126114815 ( Puan Yana )
Assalamualaikum đź’ś
JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN | Untuk mereka yang mengikuti movie JOHNNY ENGLISH REBORN pasti teruja nak tengok aksi Mr Bean dalam movie Johnny English Strikes Again ni pulak.
Sebenarnya, unplanned pun nak layan movie ni. Last week, Gee ajak husband tengok wayang. And of cos dengan anak - anak sekali. Sebenarnya ada juga usha tiket online tapi rasa macam nak walk in je beli tiket. Lagipun kami pergi hari Rabu, kalau hujung minggu wajib kena beli online sebab malas nak beratur. Kebetulan Khamis anak - anak cuti, so boleh lah outing lama sikit. Korang dah layan movie ni?
Movie : Johnny English Strikes Again
Genre : Aksi, Komedi, Pengembaraan
Sinopsis :
Filem ni mengisahkan tentang serangan siber yang semakin mengganas dan semestinya Johnny English merupakan secret agent yang terbaik untuk jalankan misi untuk menyiasat siapakah dalang disebaliknya. Banyak aksi dan adegan lucu Johnny English yang merupakan seorang yang ketinggalan dalam penggunaan teknologi serta gajet.
Gee tak suka cerita banyak nanti tak feel korang nak layan movie ni. Hehe.
Sis Gee Review Johnny English Strikes Again : Kalau korang tak follow movie sebelum ni iaitu Johnny English Reborn pun syok je layan Johnny English Strikes Again. Takde kaitan pun dengan sequel sebelum ni. Pembantu dia pun orang yang lain dan wataknya semestinya tambahan lawak pada watak Mr Bean sebagai Johnny English dalam movie ni.
Anak - anak pun ketawa bila aksi lucu dan adegan lawak si Johnny English ni. Movie ni clean dan boleh je nak bawa the kiddos layan sama. Hehe. Overall Gee bagi rating 4.5 / 5 stars.
Kalau korang nak tahu, Gee ni suka bawak anak - anak tengok movie bila dah hujung - hujung ditayangkan di pawagam atau boleh dikatakan bila kerusi dah banyak warna hijau. Hahaha! Nampak macam tak up to date tapi kami rasa more privacy! Al maklumlah hakak anak 4, so faham - faham saja lah. Selepas 30minit Johnny English tu mula, si Ardini dah mintak popcorn. Bila dah sunyi sepi, cakap biasa pun dah macam pakai microfon. Nak beli sebelum masuk panggung, baru je lepas lunch. So moral of the story, pasni wajib beli sebelum masuk panggung wayang. Anak Oh Anak!
Korang dah layan movie ni? Berapa rating korang bagi? So next ada suggestion tak, movie apa pulak best?
Assalamualaikum đź’›
Handsock Selesa dan Murah Dari Satu Makna 4U Collection. Handsock ni dikira keperluan jugak untuk seorang muslimah. Tapi nak cari handsock yang colourful, trendy serta murah memang susah nak jumpa. Gee sangat perlukan handsock bila nak pakai t shirt lengan pendek atau bila pakai blouse yang singkat daripada pergelangan tangan.
Tapi sekarang Gee dah jumpa handsock yang menarik dan trendy tau! Design handsocknya memang lain dari yang lain, seolah - olah kita pakai baju atau blouse sekali pakej dengan handsock tu. Jom Gee share dengan korang handsock menarik ni.
Handsock Trendy dan Menarik Daripada Butik Satu Makna 4U
Berita baik untuk korang semua yang masih mencari handsock cantik menawan!! Satu Makna 4U baru je keluarkan handsock terbaru mereka iaitu Ainisha Ruffle 3.0 yang terdiri daripada 3 design terbaru yang sangat eksklusif dan semestinya sangat murah untuk dimiliki. Gee dah lihat semua koleksi Ainisha Ruffle 3.0 ni dan kesemua warna dan design sangat menepati citarasa Gee.
5 Ciri Terbaik Handsock Keluaran Terbaru Ainisha Ruffle 3.0
Ramai followers Satu Makna 4U tertunggu - tunggu keluaran baru handsock mereka. Ini kerana, design yang dikeluarkan sangat unik dan sukar untuk didapati di pasaran. So korang nak tahu tak apa yang bestnya keluaran terbaru Ainisha Ruffle 3.0 ini?
1. Material Moss Crepe
Moss Crepe merupakan material yang sangat hot pada masa kini yang menjadi pilihan kebanyakkan tukang jahit pakaian. Material moss crepe sangat sejuk, selesa dan tidak jarang di mana ianya sangat sesuai untuk dijadikan handsock muslimah.
2. Terdapat 3 Pilihan Yang Berbeza
Keluaran terbaru handsock daripada Ainisha Ruffle 3.0 terdapat 3 pilihan yang menarik iaitu Ainisha Ruffle Basic, Ainisha Ruffle Dwiely dan Ainisha Ruffle Triely. Ketiga - tiga jenis handsock ini mempunyai design yang tersendiri serta mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik.
3. Handsock Ruffle Eksklusif
Semua keluaran Ainisha Ruffle 3.0 mempunyai jahitan ruffle satu curly, 2 curly atau 3 curly. Jahitan ruffle sangat kemas dan nampak eksklusif tanpa perasan yang kita memakai handsock kerana nampak seperti satu set dengan baju yang dipakai.
4. Free Size
Korang jangan risau kalau size lengan yang terlalu kecil atau terlalu besar kerana materialnya akan mengembang mengikut kesesuaian size lengan antara S hingga L. Yang paling best, korang akan rasa selesa dengan handsock Ainisha Ruffle 3.0 ini.
5. Hujung Siku Tanpa Getah
Design handsock Ainisha Ruffle 3.0 ini sangat mementingkan keselesaan kita yang nak memakainya setiap hari walaupun ketika cuaca panas mahupun cuaca sejuk. Bahagian hujung siku tidak diletakkan getah seperti kebanyakkan jenama yang bergetah di siku sehinggakan menimbulkan kesan setelah memakainya selama beberapa jam.
Ainisha Ruffle 3.0 Basic
Ainisha Ruffle 3.0 Basic ni nampak sangat simple dan manis dipakai. Terdapat 1 curly dihujung pergelangan tangan tak nampak seperti memakai handsock. Harga Ainisha Ruffle 3.0 Basic ini hanya RM 10 dan terdapat banyak pilihan warna yang menarik antaranya Black, Blue Black, Maroon dan Dark Purple.
Details size :
Panjang 36cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm
Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely
Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely ini mempunyai 2 curly di hujung pergelangan tangan handsock. 2 curly nampak sangat eksklusif dan kemas buat si pemakai. Harga Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely 2 curly ini hanya RM 12 sahaja untuk sepasang. Murah dan berpatutan untuk sepasang handsock yang design trendy seperti Ainisha Ruffle 3.0 ini. Antara pilihan warna yang ada adalah Black, Choc Cair, Maroon dan Blue Black.
Details size :
Panjang 36cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm
Ainisha Ruffle 3.0 Triely
Ainisha Ruffle 3.0 Triely nampak sangat eksklusif bila memakainya. Hujung tangan nampak lagi cantik bila dipakai dengan blouse. Ainisha Ruffle 3.0 Triely ini mempunyai 3 curly di mana jahitannya sangat kemas dan 3 curly ini memberikan kesan yang sangat unik pada handsock ini. Harganya sangat murah iaitu hanya RM 15 sahaja. Terdapat banyak warna pilihan antaranya ialah Blue Black, Dusty Pink, Sky Blue, Black dan Maroon.
Details size :
Panjang 38cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm
Peluang Tambah Duit Poket Bersama Satu Makna 4U
Wah! Berita gembira lagi ni untuk korang yang nak cuba cari peluang perniagaan tanpa modal. Yes tanpa modal, percuma je! Korang boleh join team Satu Makna 4U untuk menjadi dropship mereka. Antara manfaat yang menarik adalah korang akan dapat reward sekiranya sale bulanan mencapai hanya RM 150 sebulan! Amacam? Best kan?
Lagi Produk Daripada Satu Makna 4U
Bila Gee scroll Instagram dan Facebook Satu Makna 4U, rupa - rupanya bukan handsock comel - comel je tau ada. Ada banyak pilihan corak dan warna stokin untuk muslimah. Harga pun murah - murah je u olls!
Florish Socks RM 10
Soka Sock RM 7
Mysraa Basic Handsock RM 10
Addra Exclusive Handsock RM 15
Addra Premium Handsock RM 25
Cepat Borong Handsock Lawa Daripada Satu Makna 4U
Cepat - cepat grab Handsock Ainisha Ruffle 3.0 daripada Satu Makna 4U ini. Sekarang pakai handsock pun boleh berfesyen. Berfesyen tak salah cuma jangan melebihi batas-batas agama yang sepatutnya. Gee pun nak pilih warna baru ni nak order lagi! Korang nak order atau inginkan maklumat lanjut boleh hubungi info di bawah.
JOHNSON’S® BABY OF THE YEAR CONTEST 2018 KEMBALI LAGI!! Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi Contest Baby Of The Year Johnson’s® Baby nak berakhir. Jenama Johnson’s® ni sememangnya terkenal dan Gee sendiri menjadi pengguna setia sejak zaman remaja sehinggalah kini sudah pun punya 2 putera dan 2 puteri. Bersempena ulangtahun ke 125 Johnson’s®, mereka datangkan kembali peraduan bayi tahunan yang terbesar ini. Jom Gee kongsikan apa yang menarik tentang Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018 ini.
Tampilkan 'pesona diraja' si manja anda untuk memenangi hadiah - hadiah bernilai sehingga RM 80,000
Si manja merupakan buah hati setiap ibu bapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s® mahukan si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah - hadiah yang menarik bernilai sehingga Rm 80,000.
Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu seberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang bermakna iaitu " The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Yours Princes & Princesses ".
Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.
Hadiah - hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema 'diraja'. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur iaitu 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.
10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.
Jom kita lihat Cara - Cara Untuk Menyertai Peraduan Bertemakan DiRaja Ini. Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hanya perlu :
1. Membeli mana - mana produk bayi Johnson’s® bermula 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang korang suka untuk menghias foto si putera dan si puteri korang, kemudian muat naik gambar.
4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan korang.
Itu sahaja!! Si manja korang kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®!
Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang korang mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri korang nanti.
Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan ( 12 penyertaan daripada setiap kategori ) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial Johnson’s® untuk menyemak sama ada si manja korang disenarai pendek.
Jom sertai sekarang! Gunakan masa yang indah bersama si manja korang dengan menyertai Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018!! Hantarkan penyertaan korang di www.johnsonsbaby.com.my/boty2018selewat - lewatnya 31 Oktober 2018.