Sesekali mengenangkan zaman bergelar blogger syok sendiri suatu ketika dahulu. Yes! I am a blogger yang syok sendiri tau suatu ketika dahulu!! Kalau tengok kat archive blog Sis Gee, blog ni lahir pada Ogos 2017 kan? Sebelum tu Gee dah bergelar blogger since 2009 macam tu. Tapi disebabkan beberapa masalah memandai-mandai edit code template, bila nak make over blog jadi ke problem pulak. Plus bila fikirkan nak start a new life dengan blogging so blog lama simpan je dulu. Sekarang Gee fokus pada blog ni sahaja. Memang sayang, tapi berbaloi lah pulak bila Gee betul-betul focus blogging dengan cara yang betul.
Nak tahu kenapa Gee gelarkan diri sendiri sebagai BLOGGER SYOK SENDIRI? Aku dahulu sangat berbeza dengan sekarang! Kalau nak selamat jangan buat apa yang Gee lakukan suatu ketika dahulu ni ye. Haha!
BLOGGER MESTI JAUHI 5 PERKARA INI
1. TULIS DIARY SETIAP HARI
Seandainya kita ni public figure mesti ramai yang nak tahu apa aktiviti kita sepanjang hari. Silap Gee dulu, Gee suka buat blog macam diary! Macamlah retis kan! Sebab tu macam syok sendiri! Hahaha! Suka berkongsi aktiviti yang takde manfaat untuk pembaca. So orang cuma singgah sekali je baca entry tu. Sebaliknya sekiranya entry seperti diary tapi kita buat seperti berkongsi info, manfaat kepada readers maka orang akan kerap baca entry kita itu.
2. BERKAWAN DENGAN BLOGGER
Sejujurnya dulu Gee lone ranger dalam blogging! Langsung takde contact dengan blogger lain. Rupa-rupanya penting juga untuk kita berkawan dengan blogger kerana dari sini kita dapat tahu pelbagai ilmu blogging yang kita langsung tak tahu!!Owh ruginya kan! Bila ada blogger bagi pendapat tentang blog kita, cuba ubah mana yang elok untuk blog kita. Yang untung blog kita juga nanti. So berkawanlah seramai mana blogger yang boleh ye. Hehehe.
3. TULIS ENTRY PENDEK
Nak jadi blogger yang hebat kena rajin menulis, menaip. Gee dulu suka juga guna short forms, bercerita dengan ringkas, dan pendek! Salah rupanya cara sebegitu! Sepatutnya, apa yang kita tulis perlu mempunyai maklumat yang lengkap, huraian yang padat serta gambaran yang jelas. Biar sampai orang tertarik untuk terus membaca entry kita seterusnya dan seterusnya.
4. BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENDAPAT
Salah satu tugas seorang blogger adalah memberitahu atau menyampaikan maklumat kepada pembaca samada pembaca itu datang dari carian google atau pun daripada media sosial facebook dan instagram. Kesilapan seorang blogger adalah hanya menulis tentang sesuatu tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Setiap entry perlu di kaji juga tau!! Seperti contoh entry kita pergi holiday dengan keluarga di sebuah pulau. Untuk bercerita di blog, kita perlu buat kajian senarai kemudahan yang disediakan, aktiviti di pulau, apa yang perlu di bawa, perancangan kewangan dan sebagainya. Ini akan memberi maklumat kepada mereka yang bakal pergi ke pulau itu juga nanti. Seorang blogger yang hebat bukan sekadar menulis cerita pengalaman sendiri sepanjang di pulau tapi berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna untuk pembaca.
5. MALAS BLOGWALKING
Ini aku dahulu tau!! Jangan ikot perangai Gee ni.. Sebab tu tulis blog, pv tak sampai 50 sehari. Malu wei! Haha.. Tak siapa nak menyinggah kalau dah kita malas nak menjenguk ke rumah orang. Ni kes untuk blogger baru nak up macam Gee ye. Nak orang kenal kita, kita kena perkenalkan diri sendiri dahulu. Ada masa terluang, cuba blogwalking at least ke 5 blog sehari, dari blogwalking ni akan terjalin satu hubungan baik sesama blogger tau!
Gee dapat inspirasi nak kongsi tips ni apabila rakan blogger dari Team Blogger Pantai Timur, Sis Hawa ada berkongsi berkenaan TIPS MENULIS REVIEW DI BLOG. Thank you awa sudi share tips yang bagus dan berguna untuk blogger baru macam Gee!

Apa pendapat korang pasal BLOG SIS GEE? Adakah daku masih blogger syok sendiri?? Gee sedia terima pendapat yang membina tau!! No heart feeling! Haha!