Assalamualaikum & hi semua!
Gee nak bagitahu beberapa tips dan rahsia yang sangat berguna untuk para BLOGGER BARU nak up macam gee. Haha. Kebanyakan tips ni gee belajar dari sifu design blog yang semestinya daripada
<< SIS HAWA >> .
Sebenarnya, untuk blogger baru kita perlu fokus untuk tarik follower dan juga pageviewer blog kita terlebih dahulu. Nak tahu kenapa? Sebabnya kebanyakkan sponsor atau brand akan tertarik pada blog yang follower yang ramai serta pageviewer yang tinggi untuk setiap bulan. Bila follower ramai dan pageview tinggi barulah mereka berminat untuk kita review product mereka. Kat sini kita akan dibayar untuk promosikan barang mereka ataupun kita diberi produk dengan percuma. Amacam? Best kan? So, macam mana nak tarik orang datang dan follow blog kita yang baru ni?
1. RAJIN BLOGWALKING
Blogwalking tu apa? Blogwalking tu seperti kita berjalan-jalan ke blog orang lain. Korang perlu singgah ke satu blog kemudian singgah ke blog blogger lain pulak dan seterusnya. Masa yang ada boleh guna untuk blogwalking ke blog lain dan jangan lupa follow mereka serta tinggalkan jejak korang dengan meninggalkan komen di entry mereka. Blogwalking ni perlu tau untuk mengeratkan hubungan sesama blogger apabila kita mengikuti dan membaca entry yang mereka tulis. Korang pun nak blog korang selalu dilawati blogger lain jugak kan, so blogwalking je ke blog mereka, nanti mereka pun akan membalas balik kujungan daripada korang tu.
2. RAJIN KOMEN BLOG ORANG
Tadi dah blogwalking ke blog lain kan, pastu nak tahu blogger itu sedar akan kunjungan korang, so kenalah tinggalkan jejak. Kalau blogger otai yang dah ramai follower, untuk satu entry banyak gila orang komen. Kalau nak mudah blogger itu nampak kewujudan korang dalam dunia blog ni sila merajinkan diri untuk komen di sekurang-kurangnya 3 entry di blog mereka. Korang boleh pilih nak baca dan komen di entry yang terbaru atau entry paling top orang baca atau ada masa banyak boleh lah baca semua entry yang ada. Hihi.
3. FOLLOW BLOG LAIN
Nak orang follow kita, kita kenalah follow orang dulu. Namapun newbies kan, blogger baru nak up, so bila dah singgah ke blog lain sila follow blog mereka ye. Kalau rajin, korang follow je semua media sosial mereka. Ni salah satu tanda kita sebagai blogger saling support antara satu sama lain. Bila kita follow blog orang lain, semua entry terbaru mereka kita dapat tahu daripada dashboard blog kita. So senang kan nanti boleh blogwalking ke blog mereka.
4. TULIS ENTRY BERKUALITI
Yang ni gee pun masih belajar untuk buat entry yang berkualiti. Untuk mengelakkan kita jadi blogger syok sendiri, setiap entry yang kita buat tu haruslah penuh dengan info yang berguna juga untuk pembaca yang lain. Antara sumber kegemaran ramai adalah google. Cari je fakta kat google, semua fakta ada. Tapi jangan lupa korang creditkan sumber mana korang ambil untuk diletakkan dalam blog. Kena saman jadi kes lain pulak nanti sebab copy idea orang. Kikiki. Selain itu, tulis blog ni bukan macam taip whatsapp tau! Jangan guna perkataan yang ringkas yang menampakkan korang pemalas! Nama pun blogger maka kenalah rajin menaip! Antara contoh ringkasan yang biasa kita guna
' sbb = sebab, sy = saya, rmh = rumah, x = tak nak, sklh = sekolah ' . Sekarang gee masih cuba untuk elakkan menulis seringkasnya. Hehe.
5. RAJIN UPDATE BLOG
Untuk mengelakkan blog berhabuk, sila rajin update! Namapun blogger baru, nak tarik orang datang ke blog kita kan, dah kita nk hidang orang dengan apa? Buatlah entry setiap hari kalau boleh. Tak pun seminggu 3 kali update entry baru. Orang takkan follow kalau blog kita sepi diam seribu bahasa. Kalau takde idea nak update boleh juga update rutin aktiviti korang. Selain tu melalui pengalaman-pengalaman yang korang alami sendiri pun boleh dibuat entry di blog. So orang pun akan tengok best je blog kita sebab selalu ada entry yang baru kat blog.
6. RAJIN JOIN SEGMEN, CONTEST & GIVEAWAY
Salah satu cara nak tambah kenalan blogger dan juga follower adalah menyertai segmen yang dibuat oleh blogger yang lain. Otai-otai pun ramai tau join segmen blogger lain sebabnya ni salah satu cara kita tunjuk diri kita pada orang lain. Menang contest adalah bonus untuk blogger tapi bila join dalam masa yang sama boleh membantu untuk naikkan follower kita juga. Kalau ada rezeki, korang pun boleh buat segmen korang sendiri. Gee pun masih dalam perancangan nak buat Giveaway pertama untuk blog gee. Harap-harap ada yang sudi join nanti. Hehe.
APA YANG BEST BILA RAMAI FOLLOWER DAN PAGEVIEW BLOG TINGGI?
Ramai yang belum tahu sebenarnya banyak brand yang bekerjasama dengan blogger untuk mempromosikan produk dan jenama mereka. Cumanya mereka akan cari blogger yang berprestasi tinggi untuk bekerjasama. So blogger-blogger baru macam kita ni kenalah fokus untuk jadikan blog kita menarik dan juga tertarik. Barulah mereka yakin nak bagi kita job. Daripada job inilah blogger dapat menjana pendapatan dalam dunia blogging.
Rasanya itu sahaja perkongsian gee sejak serius dalam blog. Sebelum ni buat blog macam syok sendiri je sebab takde kawan blogger, tak tahu cara buat duit dengan blog. Sekarang rasa best pulak dengan blog sebab ada ramai kawan baru blogger yang tak pernah pun nak kedekut ilmu pasal blogging. Thank you korang!
Nak buat blog tapi tak tahu caranya? Boleh juga contact
<<< WWW.SISHAWA.COM >>> . Awa ada sediakan service buat blog dan juga domain. Harga sangatlah mampu bayar! Hehe.
Done for now! Semoga semua info membantu mereka yang baru dalam blog!!