Ku gagahkan diri untuk update entry kali ni sebabnya aku nak berkongsi dengan semua betapa sakitnya bila terkena gastrik. Bermula 8 Oct, Isnin aku di duga dengan badan yang tak berapa sihat, kepala pun sakit, disusuli dengan sakit perut. Aku tidaklah demam, selsema atau batuk. Cuma permulaan tu aku rasa tak sedap badan. Macam serba tak kena, tekak pun macam tawar je kurang berselera.
Hari ke 2 esoknya pun sama. Cuma ada sedikit rasa sakit perut beserta loya. Kekadang datang sendawa yang agak kuat termasuk angin dari bawah jugakkk (malu!🙈). Rasa macam orang alahan mengandung!Ngeri bila teringat. Hahaha. Tapi korang jangan excited sangat ye sebab aku tak mengandung pun. Hehe.
Hari ke 3, Selasa sebelah pagi aku okey lagi. Mungkin sebab aku terlalu teruja sebab anak ke duaku Amani ada buat persembahan di sekolah maka aku buat tak tahu je pasal sakit perut. Selepas zohor sakit makin kuat lah pulak. Sekali datang rasa macam contraction kot!Habis satu badan lenguh, sekali pakej loya nak muntah. Kepala berdenyut sekali. Aku banyakkan baring je kalau ada masa terluang. Siap masak, uruskan anak-anak makan & mandi aku baring je dalam bilik. Tapi bila ada anak-anak kecik ni takde istilah nak rehat lama pun. Sekejap-sekejap kena bangun ada je yang nak kena buat. #bertabahlahibu Hahahaha.
Hari ke 4, Rabu, kali ke dua husband aku ajak pergi check up kat klinik. Aku ni bila tak rasa sakit, malas pun ada nak pergi klinik. Tapi bila rasa sakit tu datang menyerang, terasa nak terus pergi ke emergency hospital! Haha! So petang Rabu aku pergi check up kat klinik 1 Malaysia. Doctor cakap aku kena gastrik. Kalau berlarutan, lagi 3 hari aku kena datang balik. Atau semakin teruk mungkin kena refer pada pakar. Hopefully sakit ni cepat-cepatlah baik. Merana sungguh rasanya.
Hari ni, Jumaat 13 Oct masih lagi sakit. Doakan aku cepat sembuh!Banyak review yang aku tertangguh. Bila tulis sikit dah sakit perut. Tak dapat nak fokus langsung!Hadoyaii...
Kat sini aku kongsi tanda-tanda sekiranya terkena GASTRIK. Harap membantu kalian di masa hadapan.
TANDA-TANDA TERKENA GASTRIK
1. Sakit perut antara pusat dan dada. Bila di tekan makin sakit rasanya.
2. Rasa mual, loya dan muntah.
3. Hilang selera makan.
4. Kembung perut, sendawa yang kerap & juga kentut yang kerap.
5. Perut terasa senak, pedih, berangin
Tu semua tanda-tanda yang aku sendiri alami. Kalau sehari tahan lah jugak kan. Tapi sekiranya berlarutan seperti aku sila segera ke klinik ye.
Di entry lain aku akan update lagi berkenaan gastrik ni ye. Tak larat nak menaip panjang lebar. Hehe.
Harap esok tak perlu nak pergi check up lagi dah. Doakan aku!
Thank you korang sudi baca!