Dating Dinner di Thirty House | Assalamualaikum dan Halluu semua! Hai korang! Dah lama rasanya Sis Gee tenggelam di dalam dunia blogging. Aish! Rindu sangat nak blogwalking dan sembang di ruangan komen blog korang. Banyak dah sebenarnya tulis draft tapi itulah semua tak publish. Tulis pun dalam 2 perenggan acaner nak publish kan.. Hiks!
Entry ni pun unplanned untuk buat posting kat blog. So, tak banyak gambar sis snap, pastu gambar pula memang size untuk upload IG Story je. Haha! Ada banyak lagi tempat makan best dan tempat mengopi best kat Kuala Terengganu yang pernah sis pergi, nanti ada kesempatan sis update lagi. Cuma, gambar memang size untuk ig story lah. In syaa Allah lepas ni kita snap gambar yang sesuai untuk blog pula. (Bajet ramai je nak baca kan? Kah!)
Let's start new post dengan kisah makan-makan. Hihi. Yang mana follow Sis Gee di Instagram memang dah tahu Sis Gee memang suka mengopi. Tak kiralah dengan geng office ke, geng travel ke, adik beradik outing pun memang suka mengopi. Ala, kadang-kadang keluar mengopi tak semestinya minum kopi pun, ada je minum air coklat, air lemon, air kosong pun ada. Hihi. Mengopi ni macam terjemahan lepak sembang. Haaa gitu lebih kurang.
Malam tadi, Sis Gee buat pertama kali terjah Cafe yang cantik yang terletak di Gong Badak, Terengganu. Nama Cafe ni Thirty House. Terletak betul-betul hadapan traffic light pasaraya TMG (previously Hock Kee Seng). Orang-orang Ganu mesti familiar dengan lokasi ni, tapi kalau tak dapat nak teka kat mana, korang waze jelah ye nama cafe ni. Hihihi.
Harga Makanan di Thirty House Cafe
First buka menu yang diberi, terus WOW! Agak pricey kebanyakan menu kat sini. Dalam masa Sis gee membelek menu, mata duk tengok suasana cafe yang penuh pelanggan. Hmmm! Apakah istimewa sangat ye?
Sis Gee memilih menu Penang Kway Teow & Chocolate Ice, dan rumet pula Seafood Tomyam served with White Rice & Egg Omelette & Hazelnut Latte Ice. Bila sampai makanan yang di order, rasanya taklah pricey mana bila melihatkan portion yang besar, dan rasanya memang sedap. Udang, kerang semua besar ye, bukan yang size kecik tu. So, berbaloi dengan harga. Kalau kedai biasa portion lagi sedikit, seafood pun asal ada je kan.
Overall bagi kami, harga berbaloi dengan rasa dan portion. Total harga kami makan tak sampai RM60. No wonder lah ramai yang datang makan kat sini. Owh ya! Burger wagyu pun ada tau! Western food, shell out pun ada. Dessert, kek pun ada kalau korang nak buat birthday celebration.
Recommended juga untuk buat private party sebab ada disediakan bilik yang lebih privacy. Korang juga boleh pilih ruang makan berhawa dingin atau open air di luar cafe.
Kalau korang datang Kuala Terengganu boleh cuba singgah di sini! Boleh google sahaja Thirty House Cafe. Till next posting darls!
English Breakfast di Ziq Bakery Kuala Terengganu | Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak update entry santai-santai kat blog. In syaa Allah, 2023 Sis Gee akan update more story mory. Hihi. Rindu sangat kat kawan-kawan zaman rajin blogging dulu. Gi jalan komen kat blog u ols. Sis cuba okeh!!
Entry kalini, Sis Gee nak share tempat breakfast ala-ala omputeh di Kuala Terengganu. Nak share sebab personally, Sis Gee sendiri sangat suka dan dah repeat banyak kali. Siap bawa adik untuk join terjebak sama. Pastu dia pulak yang craving. Haha!
Ziq Bakery Kuala Terengganu Bukan Sekadar Kedai Kek
Untuk pengetahuan para pembaca yang berada di luar Terengganu, Ziq Bakery ni sangatlah terkenal di kalangan warga penduduk Terengganu sebagai sebuah kedai kek dan dessert. Sis Gee sendiri mula-mula kenal Ziq Bakery sebab beli kek birthday. Menariknya, korang boleh beli kek bajet yang cantik dan murah kat Ziq Bakery ni. Gee sendiri biasa beli kek size cute tapi design comel-comel untuk birthday anak-anak kat Ziq Bakery ni. Harga pun murah serendah RM25 camtu. If korang nak kek premium ada je kat sini, pilihan pun banyak.
Ziq Bakery Terkenal Dengan Nama Kedai Pink
Baru beberapa tahun ni, Ziq Bakery ni di renovate semula menjadi cafe yang lebih cantik dan selesa untuk dine in. Bangunan kedai Ziq Bakery berwarna pink sehinggakan dikenali dengan panggilan nama Kedai Pink. Dekorasi dalaman memang sangat improve compare kedai lama. Kalau nak dine in mengopi dengan kawan-kawan memang sangat selesa! Korang boleh pilih nak dine in bahagian dalam kedai yang berhawa dingin atau lepak luar untuk hirup udara segar.
Repeat Banyak Kali Makan English Breakfast di Ziq Bakery
Tempat cantik, kalau makanan tak menarik tak menjadi juga kan? Hihi.. First time Sis Gee mencuba English breakfast kat Ziq Bakery ni bersama Rumet, Aqil dan Amani. Masa tu, kami tak tahu lagi size portion makanan dia dan bila makanan sampai, semua macam hahhhh!!! Siapa nak habiskan semuanya? Hihi.
Ni menu favourite Sis Gee
Ya! Portion makanan sangatlah besar untuk sarapan pagi. Dan bagi Gee, sangat berbaloi dengan harga. Range harga set yang Gee selalu order lingkungan RM10-RM15. Pastu boleh mengopi sekali. Tapi untuk korang yang bukan coffee lover, ada banyak je pilihan minuman lain yang non-coffee.
Selain menu English breakfast ini, ada banyak lagi menu dessert dan kek yang ada kat Ziq Bakery ni. Nama pun bakery kan? Kalau lunch, ada pelbagai menu masakan panas dan juga makanan ala barat juga. Setakat ni, semua menu dia portion sangat besar. So sangatlah berbaloi dengan harga.
Sis Gee recommend untuk korang rasa sendiri pula! Kalau datang Kuala Terengganu, boleh lah try! Kat bawah ni Sis Gee share location dan social media Ziq Bakery. Boleh check it out!
Simple Restoran Makanan Halal di Italy | Wah Italy u ols!! Tak salah kalau sesekali hakak share tempat idaman hakak. Mana tahu one day dimakbulkan untuk jejak kaki di bumi Italy. Apa yang kita sebut, apa yang kita tulis adalah satu doa tau! So, jom baca sharing hakak dalam blog kali ni berkenaan makanan halal yang mudah didapati di Italy.
Itali merupakan salah satu negara yang terletak di benua eropah dan menjadikan Rom sebagai ibu negaranya. Itali sangat terkenal dengan kota yang mempunyai sejarah pada abad pertengahan dan ini boleh dilihat di sekitar Rom. Selain daripada itu, ia juga mempunyai faktor lain sebagai tarikan utama pelancong yang datang, contohnya seperti bola sepak dan fashion. Milan pula merupakan salah satu bandar yang terbesar di Itali dan menjadi pusat ekonomi utama di Itali. Antara jenama yang terkenal di seluruh dunia yang berasal dari Italy ialah Prada, Dolce & Gabana, Armani, Bugatti, Gianni Versace dan banyak lagi jenama yang terkenal. Nak sebut pun berbelit tapi mana tau hakak dapat seketul nanti kan?
Itu lah sedikit sebanyak info mengenai Itali dan sekali imbas korang dapat bayangkan tak macam mana gahnya Itali ni. Satu port untuk seorang kaki shopping barang berjenama. Kalau korang ada yang dah berniat nak ke Italy ni, elok la survey tiket. Hakak suka bab survey ni! Makin kerap kita survey, makin cepat doa dimakbulkan! Sebab asyik terfikir je kan! Hehe.
Sekarang ni banyak dah syarikat penerbangan yang ada untuk korang survey flight ticket. Contohnya kat Traveloka. Sekarang Traveloka pun dah rajin buat promo. Apa lagi, kena la rebut peluang.
Kalau nak ke Itali, hakak sangat sarankan korang untuk dapatkan airlines yang mampu menjaga tubuh badan korang dari keletihan dalam flight, menjaga tekak dan perut supaya tidak kelaparan dan dapat menikmati makanan yang sedap. Airlines apa yang sesuai? Qatar Airwaysadalah jawapannya!
Sebab apa Qatar? Sebab dari segi kualiti dan anugerah - anugerah yang dia dah dapat, menunjukkan dia adalah yang terbaik bagi penerbangan ke Eropah. Tak percaya, korang boleh google sendiri. Banyak anugerah yang dia dah dapat sampai dia pernah jadi top airlines yang terbaik di dunia. Sekali sekala nak berjalan luar negara, of course la nak cari yang best kan? Nama pun percutian idaman!
Tapi andai kata korang taknak cuti jauh - jauh, nak dekat sebelah Malaysia je, korang boleh try cheap promotion for flights to Bali. Boleh la usha - usha. Kot dapat harga yang best, bulan depan dah dapat upload gambar ootd at bali. Gitu.
Oleh sebab korang masih nak bercuti ke Italy, dan makanan salah satu elemen terpenting sepanjang percutian sebab ianya bakal menentukan mood korang utnuk bercuti. Maka hakak akan kongsikan dengan korang beberapa restoran halal yang harga dia agak murah yang korang boleh cuba masa kat sana nanti. Nak tahu? Jom baca senarai kat bawah ini.
Chipstar
Basically, gerai makanan ni banyak menjual makanan yang berasaskan kentang dan antara menu special dia ialah fries yang dipotong tebal dan korang boleh pilih pelbagai topping yang korang nak. Nak sos ke, mayonis ke. Harga bagi setiap hidangan adalah mengikut saiz. Kalau besar korang mintak, besar ler sikit harga yang korang kena bayar. Ianya terkenal jugak dengan street food di Italy.
Istanbul Doner Kebab
Dah kat Italy, tak sah kalau korang tak makan apa yang diaorang makan kan. Makanan apa yang sinonim sangat dengan Italy? Yezza. Pizza!! Tapi kat kedai ni lain sikit pizza dia. Korang dapat rasakan gabungan pizza dengan kebab. Which is bila bergabung, pasti meletup rasanya di dalam mulut. Pilihan pizza yang ada kat sini banyak. Korang siap boleh pilih nak topping apa. Korang vegetarian atau tak, dua dua boleh duduk menjamah makanan kat sini. Korang juga boleh pilih makanan lain seperti kentang goreng. Harga bagi pizza kat sini adalah bergantung kepada berat pizza yang korang pilih tu. Bukan by slice okay. By berat. So nak rasa pizza kebab? Datang la ke Istanbul Doner Kebab!
Pastificio Guerra
Memperkenalkan the very famous take away pasta yang available dekat Rom. Sangat sesuai untuk korang yang nak makan pasta sambil bersiar - siar menikmati pemandangan yang indah. Korang boleh take away pasta kat kedai ni tapi kalau korang datang tengah hari, korang kena get ready untuk beratur yang agak panjang. Tapi kalau korang nak duduk makan kat dalam kedai tu pun boleh je. Sambil - sambil menikmati suasana kedai gaya old school sikit. Korang snap picture depan pintu kedai pun dah lawa dah.
Peri - Peri Halal Grill
Untuk korang yang rasa ketandusan dengan hidangan ala Asia tu, dah tak mampu nak makan western food, korang boleh la singgah ke restoran ni. Kesian bercuti, balik rumah berat turun. Haha. Kat kedai ni korang bakal di sajikan dengan makanan dari Asia dan juga Western. Antaranya ada ayam goreng, burger, nasi briyani, pasta, pizza dan pelbagai pilihan sayur yang segar bugar. So korang tak perlu la risau nak berjalan ke Italy, tapi takut tak dapat survive tanpa hidangan dari tanah air. Hahaha!
Chicken Kebab Tiburtina
Untuk korang yang travel kat Italy menggunakan bas atau train, korang boleh grab simple food dari kedai ni. Take away or dine in, terpulang. Chicken Kebab Tiburtina mejual makanan seperti pizza, burger dan indian food. Siap boleh tambah topping mozzarella lagi kalau korang berminat. Uiiii sedappnyeee. Harga pun mampu beli untuk korang yang nak bajet tapi mengenyangkan.
Begitu la ceritanya untuk beberapa kedai halal yang korang boleh cari kalau korang travel ke Italy. Kalau di ikutkan banyak je lagi kedai yang ada. Tapi a bit pricey la sikit. Yang hakak senaraikan ini adalah antara kedai yang murah, simple dan sedap. So senang korang nak take away sambil bersiar - siar.
Done for now. Sampai sini je dulu entry kali ni. Jumpa lagi gais untuk entry akan datang. Adios amigos. SELAMAT MERANCANG PERCUTIAN IDAMAN YANG INDAH!!
Jalan - Jalan Penang : Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari | Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang. Dari terminal feri, pengembaraan bermula di Pulau Pinang! We are ready to explore! First! Semua lapar bila dah hampir 5 jam belum isi sesuatu makanan yang berat dan mengenyangkan.
Nak baca entry berkaitan trip ini yang aku dah update boleh refer sini :
Sampai seberang memang waktu lunch! Semua kebulur dah. Kami order Grab Car untuk ke Nasi Kandar Deen Maju. Well, datang Penang haruslah makan nasi kandar! Dan Deen Maju antara nasi kandar yang highly recommended!
Aku dan nasi kandar bertemu jodoh masa study kat Kedah dulu. Masa tu memang favourite Nasi Kandar Ayam Berempah Kuah Campoq! Perghhh! Eh jap! Aku lupa ayam berempah ke ayam goreng apa, tapi warna oren terang tuh! Memang sedap gila!
So datang ke Penang, aku dah ada expectation untuk merasa nasi kandar kat sini. First kami cuba Nasi Kandar Deen Maju. Pheww! Beratuq panjang! Tapi okey lagi sebab masa kami sampai restoran baru di buka jam 2 petang. Kalau lambat, selamatlah beratur selang beratus manusia. Haha! Kedai selesa, meja makan banyakkk! So, kalau sampai mesti terus cari meja!
Lapar punya pasal, ini je gambar makanan ada! Haha!
Oh hoi! Patutlah ramai beratuq! Memang berbaloi beratur setengah jam pun. Memang sedap menjilat jari! Hahahaha! Kalau aku memang nak kuah campur. Kalau korang nak request kuah apa, sila maklumkan awal-awal sebelum hujan kuah di atas nasi anda! Haha!
Penang memang syurga makanan! Datang Penang apa yang best? Mesti makanan berada carta teratas! Haha! Petang hari yang sama, kami teruskan lagi food hunting kami. Next buat pertama kali aku makan Pasembur! Dari tempat penginapan kami naik Grab Car ke Gurney Drive. Walaupun baru kul 3 petang tadi dah pekena nasi kandar, ni kul 5 makan lagi pasembur! Korang rase?
Tapi bagus juga bila datang bukan dalam keadaan perut yang berkeroncong. Pemandu grab dah pesan awal, pasembur ni boleh buat kita bayar ratus - ratus ringgit tau! Main semua benda nak, tambah - tambah tengok udang, ketam yang besar - besar! Bila dah nafsu memuncak, time bayar baru rasa ketaq lutut! Hahahah!
Tempat kami tuju Pasembur Disco / Pasembur Menari / Pasembur Joget! Banyak nau nama tetapi kedai yang sama! Lot gerai nombor 9 kalau tak silap. Pasembur Menari ni memang dah viral, masuk tv, masuk surat khabar tau! Cuma aku tak berapa nak alert. 😅
Konsep self service. Pilih je apa yang korang nak! Harga ada siap ditulis tapi kalau korang rasa nak berkira-kira lah. Kalau rasa nak enjoying the food, pejam mata sudahlah! Hahahah!
Lepas pilih-pilih, abang kedai akan potong - potong dan bubuh kuah pasembur. Kata orang, waktu potong dan buh kuah tulah dia akan menari. Tapi kami tak dapat tengok show sebab tak berkebetulan pula.
Sepinggan yang kami ambil dalam harga RM30 ke RM40. Boleh makan sehingga 4 orang. Rasa kuah dia sedap juga manis - manis dan pedas. Kalau korang sejenis suka gigit lada buat ulam tu mungkin tahap kepedasan 3 per 10 je kot. Hahahha! Overall bagi aku, sedap dan terasa nak repeat lagi next time!
Seterusnya!! Datang Penang pasti pekena cendol! Cendol dia sedap wei! Tak sama macam cendol kat Ganu punya sebab kat Ganu extra manis. Hahahaha! Sini, mungkin original so manis - manis gitu je. Aku punya cendol pulut special! Ui tengok gambar pun buat aku meleleh! Hahahha!
Ni baru kisah day one di Penang tau! Ada lagi banyak story mory nak kongsi! Nanti sambung lagi hokey!
Boleh tengok highlight di Instagram @hazirahmohd 😊
#sisgeejalanjalan
#publictransporttrip
Sate Wakaf Bharu Kelantan VS Sate Lanang Jabi Terengganu | Jarang kita dengar mereka yang kurang menggemari sate. Rasa rempah sate pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur baik kita yang dewasa mahupun kanak-kanak. Anak-anak aku sendiri kalau diberitahu nak makan sate semua pakat bersorak riang.
Pada kebiasaannya, sate dijadikan hidangan makan malam, minum petang, juadah sambutan hari lahir atau apa-apa sambutan yang melibatkan tetamu yang ramai. Aku boleh dikatakan penggemar sate juga. Walaupun harga sate sudah semakin mahal namun jika berbaloi dengan rasa sate itu, aku sanggup beratur panjang! Haha!
Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam di Kelantan
Trip Oktober aku pada hari pertama, aku dan keluarga di bawa oleh travel buddy Mek Yunieuntuk merasa kesedapan sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam. Sebelum ini, aku pernah bawa Mek Yunie merasa Sate Jabi. Seperti kunjungan balas, Mek Yunie inginkan aku dan family merasa sate tersohor di Kelantan pula.
Dinner di Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam turut disertai oleh Wahida (travel buddy baru 😜 ) bersama 2 anak beliau. Agak meriah dinner kami sehinggakan gambar pun sempat snap beberapa keping sahaja. Masing-masing asyik pegang lidi sate instead of pegang handphone! Hahahahah!
Harga sate ayam adalah RM1 manakala sate daging RM1.20. Ni harga untuk sate yang kami order sahaja. Ada lagi pilihan sate lain seperti sate daging kambing. Rasa sate kat sini lebih kurang kesedapannya macam Sate Jabi cuma size sate di Wakaf Bharu Hjh Mek Yam ini lebih besar. So, aku kira memang padan dengan harga yang lebih tinggi daripada sate jabi.
Kalau ke Besut, korang wajib singgah di Sate Lanang Jabi ini. Jabi merupakan nama tempat atau kawasan di mana ia sangat terkenal dengan restoran yang menjual sate. Namun, kalau tersalah pilih kedai, rasa menyesal juga! Tapi, kalau korang tak nak menyesal, korang mesti singgah ke Restoran Sate Lanang Jabi ni.
Kemeriahan dalam restoran sangat lain macam. Pekerja - pekerja semuanya friendly seperti rakan baik. Menariknya, sate kat sini sangat murah iaitu hanya 60 sen sebatang. Harga untuk sate ayam dan sate daging adalah sama. Amacam? Murah gila kan?
Part murah memang tersangat murah! Part kesedapan tu, memang tak boleh bawak bincang! Hahahahh! Aku suka sate daging sebab rasa manis daging tu lagi wow! Kuah kacang pula pekat dan sedap juga. Anak - anak pun kalau makan kat sini memang berbaloi-baloi sebab diaorang makan banyak.
Rarenya Sate di Restoran Sate Wakaf Bharu Hjh Mek Yam adalah dihidangkan bersama roti banggali. Rotinya sangat lembut dan gebu tau! Bila tengok memang kebanyakkan orang mesti order sekali roti banggali ini. Cara makannya adalah cicah dengan kuah kacang.
Sedap juga sebenarnya. Cuma agak rare sebabnya aku belum jumpa kedai sate di Terengganu yang hidangkan roti bersama sate. Kebiasaannya, hidangan sate hanya dihidangkan bersama kuah kacang, nasi impit serta timun dan bawang.
Tahap kesedapan kedua - dua restoran sate ini mempunyai resipi rempah sate yang sedap belaka. Cumanya, disebabkan size sate Wakaf Bharu yang agak besar makanya bilangan lidi yang korang makan mungkin akan sedikit berbanding Sate Jabi. Aku makan tak sampai 10 cucuk, dah terasa kenyang! Haha!
So, korang yang travel ke Terengganu dan Kelantan boleh cuba kedua-dua restoran sate ini. Nanti boleh kongsi pengalaman korang pulak!!
#sisgeejalanjalan
#satelanangjabi
#satewakafbharu
Hi Tea Buffet @ Poolside di The Grand Renai Kota Bharu | October Trip kali ni aku dan family ke Kota Bharu memandangkan cuti sekolah agak lama iaitu Jumaat hingga Selasa. Tahun ni cuti bersempena perayaan Depavali 5 hari! Memang best kalau plan holiday. Di sebabkan November Trip nanti agak menggunakan bajet yang besar, maka rumet bersetuju bawak anak - anak bercuti ke negeri jiran sahaja iaitu Kelantan.
Semakin mengenali Negeri Kelantan, semakin aku jatuh cinta! Setiap kali ke Kelantan, pasti akan ada tempat baru menarik untuk di singgah. Bukan tempat menarik sahaja tau, malah Negeri Kelantan sangat mewah dengan makanan yang sedap - sedap! Part paling semua orang suka adalah murah!!!
Minum petang di hotel 5 bintang di Kelantan? Korang rasa, adakah aku mampu dengan anak - anak yang berderet itu? Kalau sedang mengidam pun belum tentu dapat hadap apatah lagi ketika perut aku penuh diisi lelemak ini. Hahahaha!
Hi Tea Buffet Hanya RM28 Sahaja di The Grand Renai Kota Bharu
Andai korang yang suka cuci mata tengok senarai hotel di Kelantan pasti familiar dengan nama hotel ini iaitu The Grand Renai Kota Bharu. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
Melihatkan bangunan dan senibina The Grand Renai Kota Bharu yang cukup gah, tak terjangka pula mereka tawarkan buffet minum petang yang sangat murah. Hidangan buffet Hi Tea hanya RM28 sahaja untuk dewasa manakala RM10 untuk kanak-kanak ( 5 hingga 11 tahun ).
Hari pertama October Trip ke Kelantan terus aku isikan aktiviti Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu bersama keluarga travel buddy Mek Yunie. Alang - alang ke Kelantan, negeri travel buddy, semestinya perancangan travel kali ni bersama beliau dan keluarga. Hehehe!
Hi Tea di Tepi Kolam Bermula Jam 3pm - 6pm
Meet point bersama travel buddy adalah di The Grand Renai Kota Bharu. Anak - anak teruja bila membayangkan dapat mandi kolam. Manakala ibu tak sabar untuk jumpa Aunty Mek diaorang untuk ngopi session. Win win situation bila mana kami dapat menikmati minum petang dengan tenang sambil melihat kegembiraan anak - anak bermandi manda di kolam renang.
Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu ini adalah hidangan secara buffet di tepi kolam renang, tingkat 8. Kami datang seawal 3 petang untuk menikmati pelbagai hidangan makanan. Dah kenyang, anak - anak dah tak sabar untuk bermandi manda di kolam renang.
Sedang bermain air, terasa nak makan boleh ambil makanan lagi dan makan lagi. Mau tak seronok Geng 4A tuh? hahahaha!
Hidangan Hi Tea Buffet Terdiri Daripada 6 Main Course
Menariknya hidangan buffet Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu merangkumi menu - menu tempatan dan juga luar. Korang dapat rasa makanan tradisi Kelantan di samping makanan yang lain. Antara menu yang sempat Gee merasa ketika Hi Tea bersama Mek Yunie adalah nasi goreng kampung, kuew tiaw goreng, mee kari, sandwich, kerabu daging, bubur kacang, salad, ABC, buah, aneka jenis kek dan pelbagai lagi!
Yang bestnya, setiap kek dan kuih yang dikeluarkan sentiasa berubah - ubah. Dah habis kek coklat, nanti dikeluarkan pula kek red velvet. Memang korang akan dapat merasa pelbagai jenis desserts!! Owh i lovee it!!
Kepelbagaian hidangan menu ini adalah supaya dapat memenuhi citarasa tetamu yang hadir bukan sahaja dari dalam Kelantan malah ramai juga pelancong dari luar Kelantan serta negara luar.
Harga Termasuk Penggunaan Jacuzzi dan Sauna
Apabila dah kesejukan di dalam kolam renang, kami sempat ber'jacuzzi' di dalam bilik persalinan. Bilik persalinan wanita dan lelaki siap disediakan jacuzzi bagi menghangatkan badan setelah kesejukan di dalam kolam renang. Malah, korang boleh juga masuk ke bilik sauna di mana ia juga disediakan di dalam bilik persalinan. Menarik bukan?
Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga di The Grand Renai Kota Bharu
Pasti meriah apabila dapat membuat sambutan hari lahir yang tersayang di hotel bertaraf 5 bintang. Pihak hotel boleh menyediakan tempat yang sesuai dengan bilangan tetamu korang bagi mengadakan majlis sambutan hari lahir di The Grand Renai Kota Bharu. Korang boleh juga tempah kek handmade daripada Chef The Grand Renai Kota Bharu. Hidangan buffet serendah RM28 ditambah dengan kek exclusive untuk tersayang semestinya akan menjadi sambutan hari lahir yang paling manis sekali!
Majlis keraian bersama keluarga atau rakan sepejabat juga boleh diadakan dengan mengambil pakej Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Sebagai contoh, sambutan Hari Keluarga. Aktiviti - aktiviti sampingan seperti sukaneka boleh juga dilaksanakan ketika Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Pasti teruja semua tetamu apabila dapat makan dan juga mandi kolam renang dalam masa yang sama.
Semestinya Boleh Repeat Lagi Untuk Aktiviti Bersama Keluarga!!
Kalau ada rezeki lagi untuk ke Kota Bharu, semestinya nak repeat lagi Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Semua hidangan sedap - sedap belaka. Anak - anak pun berselera makan. Dengan harga RM28 dewasa dan RM10 untuk kanak - kanak plus free access swimming pool, jacuzzi dan sauna, aku rasa lebih dari berbaloi - baloi. Mungkin lepas ni nak bermalam pula! Mana tahu ada rezeki lebih dapat la merasa bermalam di hotel 5 bintang ini. Hehehe!
Boleh Walk In Untuk Hi Tea @ Poolside dan Membuat Tempahan Untuk Sebarang Majlis
Kalau nak membuat tempahan sangat dialu-alukan especially korang yang ingin membuat sebarang majlis keraian di The Grand Renai Kota Bharu ini. Ia bagi memudahkan pihak hotel membuat persiapan rapi untuk majlis korang nanti. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, korang boleh hubungi contact di bawah ini dan boleh lihat pelbagai promosi yang diadakan di social media The Grand Renai Kota Bharu.