Ciri-Ciri Moisturizer / Pelembab Muka Terbaik | Semestinya Jenis Water Based & Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Assalamualaikum
& Hai Korang 💚 Korang sihat? Sis Gee dah lama tak blogwalking,
rindu kat kawan-kawan Blogger. Nanti korang tinggalkan jejak kat ruangan
komen, Sis Gee akan buat kunjungan balas k. Lately agak busy di office,
balik rumah pun dah penat, uruskan Geng4A, uruskan kerja rumah and bla
bla bla, sehinggakan memang takde masa nak buka blog. Tapi kali ni nekad
juga nak update blog sebab nak share dengan korang produk best yang Sis
Gee dah cuba!
Korang
perasan tak, kalau kita busy, tak sempat nak buat skincare rutin yang
betul, kulit kita akan jadi berminyak atau kering. Macam Sis sendiri,
selalu juga rasa kulit berminyak especially time nak datang bulan. Bila
kulit berminyak, mudahlah Miss J datang bertandang. Ishhh!
Baru-baru
ni, Gee sendiri ada cuba satu produk ni tau! Gee tahu, ramai dah pernah
mencuba produk ni sebab rupa-rupanya produk ni dah lama tau ada di
pasaran Malaysia! Standard lah kan, sebelum cuba, mestilah nak cari
review dan amazingly, ramai orang dah review produk ni sangat bagus
untuk kulit kita. Jomlah Gee kongsi lagi dengan korang, kot korang pun
nak cuba juga!
Ciri-Ciri Moisturizer Terbaik
Moisturizer
yang bagus adalah moisturizer yang ringan pada kulit. Ia akan menjadi
krim siang dan malam terbaik untuk kulit kita. Asasnya, memang kita
mesti ada ph kulit yang seimbang, supaya make up lebih tahan lama, dan
kulit terjaga sepanjang hari. Skincare utama untuk kulit berminyak
adalah mempunyai krim muka yang bagus. Sebab itulah pemilihan krim muka
ini sangat penting!
Jom Kenali Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ya
Gee tahu, kat pasaran ada banyak produk pelembab kulit. Namun,
Hansaegee Nature punya rangkaian produk agak lama sudah bertapak di
Malaysia, iaitu sejak dari tahun 2011 lagi. Ia merupakan produk dari
Korea yang sememangnya selamat digunakan. Apa yang Gee paling suka
tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah ia merupakan moisturizer water based di mana ia sangat tidak melekit pada kulit, tidak berbau, dan rasa kulit sangat ringan lepas apply kat muka.
|
Tekstur krim berwarna putih, mudah menyerap dan lembut pada kulit |
Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Ia dapat melembabkan kulit korang dan seimbangkan ph kulit yang terlalu
kering atau terlalu berminyak. Aqua Whitening Cream ini adalah jenis
water-drop akan menjadikan kulit korang kembali sihat dan cerah juga
tau!
Terbentuk Titisan Air (Water Drop) Memberikan Kelembapan Kulit Wajah Dengan Cepat
Cara pemakaian Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature
ini sangat mudah. Korang boleh sapu ke seluruh wajah dengan teknik
urutan wajah yang betul dan secara perlahan-lahan. Korang akan nampak
terhasil titisan-titisan air setelah proses penyapuan cream ke seluruh
permukaan kulit. Seperti gambar kat bawah ini, cream akan mudah meresap
kedalam kulit dan memberi kesan kelembapan yang sempurna pada kulit muka
korang. Pencarian moisturizer untuk kulit berminyak berjaya ditemui!
|
Terbentuk titisan air setelah sapuan di buat. |
Ketahui Kebaikan Kandungan Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebelum mencuba, sudah pasti kita mesti tahu apa ramuan utama produk kan? Antara ramuan utama adalah mengandungi Niacinamide yang
berfungsi membantu melembabkan dan menstabilkan tona kulit wajah. Ini
akan membantu kulit wajah semakin cerah dan berseri. Selain itu,
terdapat juga ramuan Camellia Japonica Seed Oil yang boleh membantu merawat masalah kulit sunburn atau kulit merah disebabkan cuaca panas terik.
|
Mudah dan cepat meresap pada kulit! |
Bagaimana Hansaegee Nature Aqua Whitening Membantu Kulit Yang Berminyak
Apabila
tekstur pelembab itu sendiri berasaskan air, serapan pada kulit wajah
akan menjadi lebih mudah dan cepat. Kulit berminyak ini, kalau tidak
dirawat dengan segera akan mengakibatkan masalah kulit berjerawat, pori
tersumbat, merasa tidak selesa pada kulit dan juga menjadikan tona kulit
tidak sekata. Setelah sapuan dibuat pada kulit, ia menjadikan kulit
terasa lebih sihat. Bila kulit sihat, baru boleh make up dengan lebih
cantik. Apa yang lebih penting pada Gee, kesihatan kulit paling utama.
Make up menjadi lebih sekata setelah Gee menggunakan krim pelembab dari
Hansaegee ni. Korang memang kena cuba juga!
|
Sebelum sapuan pada kulit muka.. |
|
Selepas sapuan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Kulit rasa sangat ringan dan glowing!! |
Beli Secara Online Lagi Mudah dan Cepat!
Menjimatkan
masa dan mudah didapati! Korang boleh terus terjah ke website Hansegee
Nature untuk pembelian. Kalau nak baca review pun boleh terus ke social
media mereka. Kat bawah Gee sertakan link untuk mudahkan korang! Go grab
now okeh! Nanti share review dengan Sis Gee juga 💜
BRAND : HANSAEGEE NATURE
#reviewbysisgeedotcom