English Breakfast di Ziq Bakery Kuala Terengganu | Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak update entry santai-santai kat blog. In syaa Allah, 2023 Sis Gee akan update more story mory. Hihi. Rindu sangat kat kawan-kawan zaman rajin blogging dulu. Gi jalan komen kat blog u ols. Sis cuba okeh!!
Entry kalini, Sis Gee nak share tempat breakfast ala-ala omputeh di Kuala Terengganu. Nak share sebab personally, Sis Gee sendiri sangat suka dan dah repeat banyak kali. Siap bawa adik untuk join terjebak sama. Pastu dia pulak yang craving. Haha!
Ziq Bakery Kuala Terengganu Bukan Sekadar Kedai Kek
Untuk pengetahuan para pembaca yang berada di luar Terengganu, Ziq Bakery ni sangatlah terkenal di kalangan warga penduduk Terengganu sebagai sebuah kedai kek dan dessert. Sis Gee sendiri mula-mula kenal Ziq Bakery sebab beli kek birthday. Menariknya, korang boleh beli kek bajet yang cantik dan murah kat Ziq Bakery ni. Gee sendiri biasa beli kek size cute tapi design comel-comel untuk birthday anak-anak kat Ziq Bakery ni. Harga pun murah serendah RM25 camtu. If korang nak kek premium ada je kat sini, pilihan pun banyak.
Repeat Banyak Kali Makan English Breakfast di Ziq Bakery
Tempat cantik, kalau makanan tak menarik tak menjadi juga kan? Hihi.. First time Sis Gee mencuba English breakfast kat Ziq Bakery ni bersama Rumet, Aqil dan Amani. Masa tu, kami tak tahu lagi size portion makanan dia dan bila makanan sampai, semua macam hahhhh!!! Siapa nak habiskan semuanya? Hihi.
Ni menu favourite Sis Gee |
Ya! Portion makanan sangatlah besar untuk sarapan pagi. Dan bagi Gee, sangat berbaloi dengan harga. Range harga set yang Gee selalu order lingkungan RM10-RM15. Pastu boleh mengopi sekali. Tapi untuk korang yang bukan coffee lover, ada banyak je pilihan minuman lain yang non-coffee.
Selain menu English breakfast ini, ada banyak lagi menu dessert dan kek yang ada kat Ziq Bakery ni. Nama pun bakery kan? Kalau lunch, ada pelbagai menu masakan panas dan juga makanan ala barat juga. Setakat ni, semua menu dia portion sangat besar. So sangatlah berbaloi dengan harga.
Sis Gee recommend untuk korang rasa sendiri pula! Kalau datang Kuala Terengganu, boleh lah try! Kat bawah ni Sis Gee share location dan social media Ziq Bakery. Boleh check it out!
Instagram : @ziqbakerycake
Facebook : ZIQ Bakery and Cake
Location : Ziq Bakery Kuala Terengganu
Buka setiap hari : 8 pagi - 11 malam
5 komen
xhajak pun..hihi..miss u gee..:)
ReplyDeletelamanya tak singgah blog akak.. smoga sihat selalu hendaknya.. btw makanan tu nmpak sedap! hehe
ReplyDeleteSuasana cafe yang indah and makanan nampak decent di Ziq Bakery ini. Ingatkan bakery yang menjual kek sahaja! Tapi tak tersangka ada English breakfast dengan coffee arts yang menarik dan nampak sedap. Pasti akan cuba bila singgah terengganu!
ReplyDeleteMmg sedap
ReplyDeleteNice post thank you Shailesh
ReplyDelete