Pada 2 Februari 2022 yang lalu, telah berlangsung acara gilang gemilang dan meriah anjuran Qayra Beauty iaitu QB Grand Million Award di Grand Riverview Hotel, Kelantan. Majlis ini khusus untuk meraikan kejayaan team Qayra Beauty Empire yang berjaya merekodkan jualan jutaan ringgit pada tahun 2021 dan juga majlis perlancaran produk terbaru Qayra Beauty iaitu slimming girdle.
Majlis QB GRAND MILLIONARE AWARD dirasmikan oleh founder Qayra Beauty iaitu Puan Noor Faqirah bin Abdullah yang ayu berbusana putih. Ucapan perasmian yang sangat ringkas dan padat serta membangkitkan semangat team Qayra Beauty untuk terus meroket pada tahun ini.
Perlancaran Produk Terbaharu Slimming Girdle
10 000 unit dikeluarkan pada awal perlancarkannya sudah mendapat sambutan hangat dan sudah habis stok! Maka kena tunggu lah dan booking untuk dapatkan produk terbaharu ini!
Majlis yang meriah ini turut di warnai dengan nyanyian merdu dari finalist AJL, Khai Bahar.
Top 1 Leader Qayra Beauty Empire tahun 2021 dengan jualan sebanyak 2,623, 070.00 . Puan Wan Nor Eziatul Azlin membawa pulang sebuah kereta Myvi sebagai suprise reward dari founder Qayra Beauty Empire.
Tentang Founder Qayra Beauty Empire
Puan Noor faqirah bt Abdullah yang berusia 27 tahun berasal Pasir Tumbuh , Kelantan .Beliau merupakan anak ke 8 dari 10 adik beradik. Mula berniaga sejak tahun 2018 lagi. Sejurus selepas bersalin anak sulung. Dengan nekad ingin ubah nasib hidup kerana selama 9 bulan mengandungkan anak sulung , beliau berniaga di pasar ikut suami di RTC Runjong demi mencari rezeki dengan menjual laksa.
Pada tahun 2019, beliau mulakan keluarkan produk sendiri. Pada peringkat awal memang tiada sambutan. Pada pertengahan tahun 2019 , produk makin dikenali ramai disebabkan feedback founder sendiri yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kg dalam masa hanya dua bulan sahaja!
Pada tahun 2020, Qayra Beauty Empire semakin dikenali dan berjaya kumpulkan agen seramai 500 orang, kemudian semaking berkembang di mana pada tahun lepas 2021, jumlah agen yang berjaya di bawah naungan Qayra Beauty Empire seramai 6,000 orang.
Qayra Beauty bermula dari zero modal, zero ilmu dan terpaksa pinjam duit raya anak untuk mulakan bisnes, sekarang jumlah jualan Qayra Beauty mencecah 17 juta untuk 2021.
Bagaimana Qayra Beauty Bermula?
Inspirasi untuk keluarkan produk selepas
loss 15 kg dari berat 86 kg dalam masa 2 bulan sahaja. Mulakan RnD dan penghasilan produk dalam
kuantiti yang ratusan botol pada awalnya. Selepas feedback yang diterima
memberangsangkan kini penghasilan hingga ratusan ribu botol produk HKT.
Jamu Qayra
Beauty adalah berasal dari akar
kayu yang diperolehi dari ayah beliau. Ayah beliau merupakan penjual akar kayu
di RTC Tunjong dari dulu hingga kini. Pada awalnya tidak percaya dengan jamu
kampung, namun lepas bersalin , cuba dengan herba kampung dan mendapat kesan
yang sangat efektif dalam menguruskan berat badan. Formula jamu kampung telah
di upgrade dan mulakan proses pengilangan produk Herba Kurus Tradisional ( HKT
) Rekod Penjualan HKT untuk 2021 adalah 200,000 ribu botol.
Harapan dan
Impian Qayra Beauty
Harapan dapat luaskan lagi empayar dan membina team lebih ramai lagi dari 6000 orang hari ini kepada 20,000 orang , InshaAllah. Pihak qb juga bercadang melebarkan sayap bisnes ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapore pada masa akan datang.
Target jualah Qayra Beauty pada tahun 2022 adalah 25 Juta berbanding 17 juta pada tahun 2021. Impian Qayra Beauty Empire miliki bangunan Qayra Beauty , disekitar wakaf che yeh.
“ Untuk membeli tanpa tengok harga,
kena bekerja tanpa tengok waktu”
Produk Qayra
Beauty
Berikut adalah rangkaian produk keluaran Qayra Beauty
- Herba Kurus Tradisi
- Slimocha , Slimberry dan Slimnut
- Maajun Premium
Dan produk yang baru sahaja di lancarkan Slimming Girdle.
Ciri keselamatan dan keaslian produk
dari Qayra Beauty
Sistem hologram dan juga tiada jualan
dengan pemborong. Maka jualan hanya boleh dilakukan oleh agen berdaftar sahaja.
Ia memastikan kawalan harga, dan garis panduan penjualan dari HQ dipatuhi oleh
agen-agen.
Untuk maklumat lanjut dan berminat untuk menyertai agen Qayra Beauty Empire hubungi :
Hubungi beli Qayra Beauty : 0136455372
Follow Laman Sosial Qayra Beauty Empire :
Instagram :