Kunjungan ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan
Kunjungan ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan | Oktober trip yang lepas, aku dan keluarga sempat juga berkunjung ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM di Kubang Kerian. Sebenarnya, dah lama aku teringin untuk melihat sendiri setelah rumah tersebut siap sepenuhnya dan dirasmikan pada bulan Ogos yang lepas oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Rumah Ronald McDonald di HUSM ini merupakan Rumah Ronald McDonald ke dua di Malaysia selepas Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini, maka ia dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit yang datang dari luar Kota Bharu.
Kos Penginapan Hanya RM5 Untuk Satu Malam
Rumah Ronald McDonald ini merupakan program utama Ronald McDonald House Charities (RMHC) di mana misi utama penubuhannya adalah untuk membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik dalam 3 kategori utama iaitu kesihatan, pendidikan dan juga kebajikan.
Kos penginapan bagi keluarga pesakit di Rumah Ronald McDonald ini hanya RM5 untuk satu malam. Dengan harga penginapan yang murah, ia dapat membantu keluarga pesakit sentiasa berada dekat dengan pesakit yang sentiasa memerlukan sokongan emosi dari keluarga.
Sebelumnya, keluarga pesakit perlu menumpang di rumah saudara, berulang alik dari rumah, dan juga menyewa rumah tumpangan atau hotel yang semestinya menelan kos yang besar. Kini, dengan adanya Rumah Ronald McDonald, mereka dapat meluangkan lebih masa bersama anak - anak yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit di Hospital Universiti Sains Malaysia ini.
Kemudahan Penginapan di Rumah Ronald McDonald HUSM
Dengan harga yang murah, keluarga yang menginap di sini boleh dikatakan seperti tidur di rumah sendiri. Rumah Ronald McDonald menyediakan kemudahan penginapan yang serba lengkap di dalam kawasan hospital untuk keluarga pesakit kanak - kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM.
Berikut merupakan antara fasiliti yang disediakan di Rumah Ronald McDonald HUSM :
◈ Bilik Tidur (18 unit)
◈ Ruang Makan
◈ Bilik Dobi
◈ Bilik Mainan
◈ Umur pesakit tidak melebihi 18 tahun.
◈ Hanya ibubapa atau penjaga yang sah layak memohon.
◈ Keutamaan diberikan kepada keluarga yang datang dari luar Kota Bharu.
Rumah Ronald McDonald Menjadi Tempat Sokongan Keluarga Pesakit
Bukan senang untuk berada di tempat keluarga pesakit terutamanya ibu atau bapa kanak - kanak ini. Melihat mereka yang kuat dan tabah sudah terasa beban dibahu kita apatah lagi mereka yang menanggung.
Aku sempat juga bersembang dengan salah satu keluarga yang menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Mendengar si ibu bercerita, aku terasa sebak dan menangis dalam diam. Ya Allah betapa tabahnya ibu ini.
Beliau berkongsi tentang penyakit anaknya yang berumur 2 tahun. Sebelum ini anak ini mengalami demam yang lama, kemudian setelah pelbagai cara dan jalan ikhtiar dilakukan, kini anak mereka menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia untuk jalan ikhtiar terakhir.
Terlalu banyak terma yang disebut oleh si ibu sehinggakan aku merasakan seperti bercakap dengan seorang doktor. Walhal si ibu hanyalah surirumah tangga sahaja. Namun, disebabkan keadaan anak mereka sekarang membuatkan mereka suami isteri perlu membuat kajian juga untuk lebih memahami penyakit anak mereka.
Si ibu meluahkan rasa bersyukur dapat menginap di Rumah Ronald McDonald HUSM ini. Terkadang beliau merasa sangat lemah dan berputus asa, namun apabila berjumpa dengan keluarga lain yang menginap di sini, ia memberi suntikan semangat yang baru untuk terus kuat demi anak kecil yang tersayang.
Aku speechless dan dalam masa yang sama aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan ibu ayah yang hebat ini. Banyak juga aku pelajari tentang nikmat kesyukuran itu.
Sumbangan Anda Sentiasa DiPerlukan di Rumah Ronald McDonald
Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan ini datangnya daripada sumbangan RMHC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan - rakan niaga, serta pelanggan - pelanggan McDonald's yang menyumbang melalui tabung RMHC di kaunter Restoran McDonald's seluruh negara.
Untuk korang yang berminat untuk menyumbang secara peribadi pun boleh juga. Sumbangan boleh di dalam bentuk apa sahaja seperti berupa barangan, duit tunai, makanan atau apa sahaja. Untuk sumbangan atau pertanyaan lanjut berkenaan Rumah Ronald McDonald HUSM ini korang boleh terus hubungi Puan Wahida Harun 016 921 1327 (Pengurus Rumah Ronald McDonald di Hospital USM).
21 komen
Semoga lepas ni bnyk ag rumah ronald mcdonald di negeri2 lain pulak
ReplyDeleteMemang bagus sangat rumah ni. Perlu terus sokong tabung merah di mcdonald.
ReplyDeletebaru ummi tahu ada orang buat penginapan untuk keluarga pesakit.. yela bukan senang nk cari tempat penginapan..selesa dan murah..
ReplyDeleteBaru tau ada rumah macam ni. Haris diperbanyakkan lagi di kawasan hospital agar meringankan beban inu bapa yang dah pun hadapi masalah kesihatan anak, Tak ada ke orang kaya Malaysia nak buat macam ni...
ReplyDeleteHmm,....... I think this is the 10th time i’m Reading review about Rumah Ronald McDonald. But this is the first time I dpt tengok gambar bilik dia. Looks nice and comfortable. Thank you for sharing a good review.
ReplyDeleteSekarang McDonald's pun turut sama berusaha membantu masyarakat dengan menyediakan rumah kebajikan sebegini. Kita sepatutnya menyokong atas usaha mereka. Tahniah McDonald's
ReplyDeleteSemoga dapat meringankan beban ibu bapa menanggung kos. At least ada semangat untuk menjaga ank mereka. Kita yang dengar pon rasa berat dugaan
ReplyDeleteBgus ada rumah Ronald McDonald's ni kan... Rasa2 kan... Kalau ada dekat semua hospital besar pun bagus jugak kan..
ReplyDeleteNampak besar, luas dan kemas rumah Ronald McDonald ni kan. Bagus inisiatif yangbdibuat oleh McDonald ni sebab memberi kemudahan kepada keluarga pesakit supaya selesa.
ReplyDeleteTahniah mcdonald buat usaha macam ni. Dapat ringankan keluarga pesakit
ReplyDeleteI tak pernah dengar anything about this place. This is the first time I know ada macam ni. Apa lagi dengan kos yang begitu rendah. What a good review. Thanks for info.
ReplyDeleteSaya pula pertama kali tahu pasal rumah Ronald Mc Donald ni. Bagus ada rumah seperti ini. Nampak begitu selesa dengan banyak kemudahan ye. Keep it up..
ReplyDeletehaa ni yang baru tu katanya ...tahniah RMCH ...memang banyak membantu memudahkan keluarga pesakit yang memerlukan ...semoga lebih banyak lagi RMCH dapat dibuat dihospital2 seleruh Malaysia
ReplyDeletesangat selesa rumah dia. bagus ada banyak lagi rumah macam ni sebagai tanda sokongan untuk keluarga pesakit :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus ada rumah Ronald Mcdonald ni, sekurangnya membantu mereka yang sangat memerlukan. Harap ada banyak lagi tempat sebegini dibuat diseluruh negara
ReplyDeletenot bad bila ada rumah macam ni. sekurangnya dapat membantu dan mengurangkan beban mereka yang benar2 memerlukan atau didalam kesusahan
ReplyDeletecantik tempatnya... mmg bagus utuk pesakit n fmly
ReplyDeleteWahhh kemas dan bersih rupanya ye. So far tak pernah jejak kaki ke rumah ronald mcdonald lagi. Teringin jugak nak melawat.
ReplyDeletecanti tempatnya, tahniah McD kerana ada inisiatif untuk adakan such home. sesuailah untuk pesakit dan keluarganya jika tiada tempat nak berteduh
ReplyDeleteAnak kepada ummi n abah hebat ini telah pun dijemput Ilahi..al-fatihah buat adik aliff firdaus..
ReplyDeleteTak sangka ada tempat sebegini yang diusahakan demi memberikan sokongan moral kepada keluarga pesakit ya... tahniah untuk pencetus idea juga pelopor kepada Rumah Ronad McDonald ni... sekurang-kurangnya dapat la juga meringankan beban perbelanjaan buat keluarga kan...
ReplyDelete