'PROUD TO BE MALAYSIAN' merupakan kempen terbaru yang dilancarkan oleh Sunway Lagoon bersempena kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Baru - baru ini, kebetulan Gee holiday dengan family di Kuala Lumpur, Gee sempat menghadiri event pelancaran kempen 'Proud To Be Malaysian' ini. Pada majlis tersebut, Sunway Lagoon juga memperkenalkan 7 patung unik yang diberi nama 'ONE', di cipta oleh Infantino Fernandes.
Bersempena majlis pelancaran ini, Sunway Lagoon menawarkan pelbagai aktiviti yang membuatkan korang teruja dan gembira berganda - ganda apabila datang ke Sunway Lagoon pada 17 Ogos 2018 hingga 16 September 2018. Pelbagai aktiviti menarik bakal mengujakan anda seperti persembahan tarian budaya, silat serta permainan tradisi congkak, sepak raga dan batu seremban. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat sayangkan Malaysia di antara kita.
Gee dan keluarga terutamanya anak - anak teruja sungguh melihat pelbagai jenis tarian daripada penari - penari profesional mereka. Bila persembahan silat dimulakan, bertambah - tambah teruja si sulong Arsyad tu. Kalau korang nak join pun boleh tau! Nanti diaorang ajar step by step macam mana. Hehe.
Untuk 'anak merdeka', korang akan dapat special gift tau daripada Sunway Lagoon kalau korang datang pada 31 Ogos 2018! Cara dia korang hanya perlu buktikan dengan menunjukkan Mykad korang di kaunter pembelian tiket. Gee pun tak tahu apakah hadiah istimewa tersebut sebab tiada antara kami 'baby merdeka'. Hahahahha!
Kalau nak tahu blogger
Kak Limah pun ada sama ketika event tu. Ni kali ke dua kami jumpa selepas beramah mesra di Bukit Gambang Resort. Haha. Kami pun mencuba juga permainan tradisi yang ada dan yang paling best adalah dapat main congkak gergasi! Kenapa congkak gergasi? Sebabnya korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Haha!
Pada 16 September 2018 korang kena datang beramai - ramai tau sebab ada persembahan bonus pada hari tersebut. Korang dapat menyaksikan uniknya persembahan seni Teh Tarik dan Roti Canai. Mesti nanti ada pelbagai aksi menarik cara menarik teh tarik dan aksi - aksi lucu menebar dan melambung roti canai. Haha!
Ada lagi aktiviti menarik yang menunggu korang pada 31 Ogos 2018 dan 16 September 2018 tau! Untuk pengunjung muda mudi korang akan dapat layanan istimewa dengan menerima LIMITED EDITION tatoo 'Proud To Be Malaysian' serta lain - lain goodies yang special. Wah best sangat dah ni kan!
Ada juga aktiviti makan - makan tau!! Bermula 17 Ogos 2018 hingga 9 September 2018, cabaran mingguan 'Man VS Food : 61 sec ' akan menguji ketahanan dan selera makan korang! Kebetulan Gee ke Sunway Lagoon tu ada cabaran makan mee kari. Haa terus Gee paksa adik join sekali sebab yang lain dah kenyang. Haha. Siap dibekalkan sambal lagi tau!! Semangkuk mee kari kena habiskan dalam tempoh masa 61 saat. Pemenang dikira berdasarkan yang mana makan banyak. Haha. Syok juga tengok! Berpeluh - peluh diaorang makan mee kari yang panas + pedas! Agak - agak korang nak join tak? Hehe.
Selain tu, korang boleh juga merasa keenakkan makanan dan minuman istimewa yang terdapat di bazar dan gerai makanan yang ada bagi melengkapkan ' Malaysia Bazaar Bingo Card Game'. Gee pun sempat merasa nasi lemak, ais kacang, ice blended, kuew tiaw goreng, char kuew tiaw, mee kari dan kebab.
“Put on the map as Malaysia’s top theme park destination by visitors from all over the world, we are celebrating Malaysia and unity with our guests through this very special campaign that embodies Malaysia as a whole. We have also incorporated notable and cultural elements of the country into the campaign which makes us proud to be Malaysians,” kata Sean Choo, General Manager Sunway Lagoon.
Beliau juga mengatakan, “What guests will especially be excited to see is the 7 Bison sculptures, entitled “One” which carry a meaningful message which we hope to share. Although these 7 sculptures are all different in sizes and outlook, they are united as one, in relation to Malaysia’s multicultural background. Adding to our long list of accolades, we are looking to get ‘One’ on The Malaysia Book of Records in the “Most Number of Metal Sculptures in a Single Collection by a Solo Artist” category.”
Pengalaman Pertama Yang Sangat Awesome!!!
Kalau korang nak tahu, ni merupakan pengalaman pertama Gee dan anak - anak berkunjung ke Sunway Lagoon. Pertama kali menjejakkan kaki di dalam Sunway Lagoon Gee seakan terlupa hakikatnya aku berada di tengah tengah bandaraya! Terasa seperti lupa kesibukan kota serta rutin harian yang membosankan dan stress! Haha!
Kalau nak datang, datang ramai - ramai baru syok dan meriah. Selepas majlis pelancaran 'Proud To Be Malaysian', Gee dan keluarga terus mulakan eksplorasi kami di Sunway Lagoon. Nak datang sini mesti datang seawal gate Sunway Lagoon buka tau! Nanti tak sempat korang nak pulun semua games!
Pulun Games Dewasa Dahulu!!
Ni tips adik lelaki Gee yang share. Tapi memang ada logiknya! So kalau korang nak pulun games, start main games extreme dulu. Korang jangan risau sebab kat games extreme ada je waterpark playground untuk the kiddos. So memang tak risau nak tinggal anak kat situ sebab untuk extreme games air, ada ketinggian tertentu je yang boleh main. Memandangkan Gee ada baby so haritu adik ipar Gee tolong jagakan semua anak - anak sementara kami pulun games. Nasib baik adik ipar dah biasa masuk Sunway Lagoon. Thank you Mira!!! Kalau dia takde memang tak merasa lah i ols! Haha.
Bila ada peluang yang jarang ada, Gee pulun mana games yang sempat! Haha! Pelampung terbang, masuk terowong, dan semua yang Gee rasa macam best nak buat. Haha. Seriusly release stress!! Anak - anak dah seronok tak ingat kita dah kat playground main air. Jangan risau, air kat kids area sangat cetek dan Aqil yang umur 2 tahun pun boleh dibiarkan bermain sendiri. Cuma perlu pengawasan orang dewasa risau kes culik anak ke, ada yang terlanggar anak kita ke. Kalau risaukan lemas memang tak kot. Hehe.
Dah settle semua games air dewasa baru korang gi kat spongebob punya playground. Kat situ lagi besar tau waterpark untuk anak - anak. Kita yang dewasa pun syok main. Kat situ Gee spend masa lebih sikit bagi kepuasan maxima kat anak - anak. Aqil siap tertido kepenatan. Kerusi dan meja pun banyak so kalau nak makan - makan sambil tengok anak main pun boleh.
Lepas waterpark, kami tukar baju kering untuk balik. Perjalanan keluar tu korang boleh main outdoor games pulak. Gee main juga beberapa outdoor games termasuk roller coaster dan masuk rumah hantu. Memang syok habis!! Siap kena tipu lagi dengan asben dengan adik kata diaorang konon rumah hantu tak seram sebab naik train, rupa - rupanya jalan kaki oiii!!!! Dah lah kena separate into small groups! Adeh! Nasib tak lebam tangan incik suami jadi mangsa pelukan bini dia. Hahahahhahaha!
Korang layankan je lah gambar yang sempat Gee snap kat Sunway Lagoon ni. Hehe.
Promosi Terbaru Sunway Lagoon!!
Bermula 17 Ogos 2018 hingga 16 September 2018, pengunjung dapat menikmati offer diskaun sebanyak RM 61 untuk tiket masuk dengan menunjukkan Mykad apabila membeli tiket secara online. Warga emas dibenarkan masuk secara percuma!!
Untuk lagi promosi dan maklumat lanjut korang boleh ke lawan web
www.sunwaylagoon.com atau hubungi 03 5639 0000.