Salam 1 Ramadhan semua! Macam mana dengan sahur pertama korang? Mesti gempak gempak kan menu sahur? Hehe. Al kisahnya Gee terlupa nak keluarkan ayam malam tadi sebelum tidur, makanya sahur pertama Gee sediakan 1 menu yang mudah, senang dan cepat iaitu TELUR MASAK KICAP!!
Ni menu kalau korang malas sangat dan tak tahu nak masak apa dah untuk sahur kalau terlajak tidur sebab penyediaannya sekejap je tak sampai setengah jam.
RESEPI TELUR MASAK KICAP
BAHAN - BAHANNYA :
1. Telur
2. 3 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Asam keping
7. Gula dan perasa
CARA - CARANYA :
1. Goreng telur terlebih dahulu ( Gee buat 2biji telur mata dan 2 biji telur dadar kosong ). Ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus.
3. Bila bawang dah keperangan tu, masukkan 1 sudu sos tiram dan juga kicap.
4. Masukkan air sebanyak mana untuk korang jadikan kuah.
5. Masukkan asam keping.
6. Masukkan gula dan perasa.
7. Tutup api bila dah didih. Curahkan kuah atas telur goreng tadi.
8. SIAP!
Amacam mudah kan? Kalau nak buat menu berbuka pun sedap! Makan dengan nasi panas- panas. Mau bertambah oi! Hahahaha!
Korang makan apa sahur tadi? Mana tau boleh bagi idea untuk hari-hari esok pulak. Hehe..
Korang makan apa sahur tadi? Mana tau boleh bagi idea untuk hari-hari esok pulak. Hehe..
7 komen
Nasi putih dengan telur masak kicap memang selalu win!
ReplyDeleteSelamat berpuasa Sis Gee...isk3..hari pertama dah lupa yea..nasib baik sempat sahur kan...yes! telur adalah penyelamat dikala kesuntukkan masa.
ReplyDeletesedap plak tengok gee.. hehe
ReplyDeleteyakkk siap ada menu sahur doh dia hahahah
ReplyDeleteini win... salam ramadhan mubarak sis..
ReplyDeleteIni antara menu yang paling sedap di makan semasa bersahur..
ReplyDeletemudah gilos. mek jenis sahur tak mkn nasi. muahahaha
ReplyDelete