BACA SINI :
WELCOME TO LANGKAWI!! Alhamdulillah rombongan cik kiah selamat sampai di Langkawi pada Isnin, 19 Mac 2018. Tiada satu pun ahli rombongan yang mabuk, pening dan muntah sepanjang di dalam feri dan juga sesampainya di Jeti Kuah. Hahahaha! Anak - anak semestinya teruja dan seronok walaupun cuaca dan suhu di Langkawi ketika itu sangat hot and spicy!! Haha!
Untuk pengetahuan korang kami telah deal dengan seorang penduduk tempatan untuk menyewa satu van dan satu homestay untuk malam pertama di Langkawi. Untuk review penuh berkenaan homestay kami untuk malam pertama korang boleh terjah ke blog Mek Yunie.
BACA SINI << Homestay Hj Bahari >>
Penginapan di Homestay Hj Bahari |
Penginapan di Homestay Hj Bahari cukup selesa dengan 3 bilik berhawa dingin, ada peti sejuk dan juga ruang menonton tv. Cuma tandas hanya ada 1 so meriah juga bila time menunggu nak mandi tu. Hahahaha!
Setelah menyimpan beg dan berehat seketika di homestay, kami pun mulakan aktiviti kami di Pulau Langkawi. Mudah juga bila sewa satu van besar sebab nak ke satu tempat guna 1 kenderaan je. Kami menyewa Toyota Hiace yang boleh muatkan 11 ke 15 orang penumpang. Seronok anak-anak boleh naik van yang besar dan selesa. Dengan tiba-tiba incik suamiku dilantik oleh para senat untuk menjadi driver. First time bawa tapi tengok okey jeee laju semacam je tengok! Hahahaha!
Kami menikmati makan tengah hari di Restoran Selera Akmal yang terletak di Jalan Lapangan Terbang. Masuk di restoran ni korang perlu sebut je nak makan masakan apa, semuanya ada di depan mata! Yang menariknya Restoran ini tahap kebersihan 5 bintang u ols!!
Menikmati laksa utara bersama cendol! sedapnyaaa.. |
Setelah semua kekenyangan tersandar, kami pun bergerak menuju ke tempat yang paling anak - anak excited dan asyik bertanya bila nak sampai, bila nak sampai!
Welcome to Wildlife Park Langkawi!! Di sini Gee sarankan korang spend masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk explore. Ada pelbagai kemudahan yang sangat selesa untuk semua pengunjung seperti surau, tandas, cafe, gift shop dan juga tempat parking yang sangat luas! Di dalam Wildlife Park ini pula korang bukan sekadar melihat binatang malah korang boleh pegang, peluk, bagi makan dan juga ada pelbagai animal show yang akan membuatkan pengalaman di sini lebih bermakna untuk anak-anak.
BACA SELANJUTNYA DI SINI << Merasai Pengalaman Mendekati Haiwan di WILDLIFE PARK LANGKAWI >>
Kenangan di Wildlife Park Langkawi! |
Lebih kurang jam 6 petang, kami habis explore Wildlife Park Langkawi. Korang kalau ada plan nak datang Langkawi wajib datang sini tau!! Memang best dan yang penting anak-anak seronok dapat berkenalan dan mendekati haiwan-haiwan di sini.
Kami balik ke homestay untuk bersihkan diri, berehat dan juga solat. Seronok juga sesekali buat trip sesama blogger ni. Anak-anak pun boleh kawan-kawan baru dan kami pun boleh saling mengenali lebih dekat lagi. Kan Sis Hawa? Kan Mek Yunie? Hehehehe.
Selepas solat maghrib, kami keluar dinner. Lokasinya adalah di sekitar Pantai Chenang. Kami makan malam di Restoran D'Muara Chenang yang terletak di Jeti LKIM Chenang. Apa yang korang kena cuba di sini ialah ikan jenahak bakar, ketam berempah kari dan juga tom yam seafood yang mengancam sungguh bau dan rasanya! Haha!
BACA SINI << Syoknya Makan Malam di Tepi Muara Sungai >>
Ketam Berempah Kari di Restoran D'Muara Chenang |
Setelah selesai dinner di Restoran D'Muara Chenang, kami pun pusing-pusing di Pantai Chenang dan Pekan Kuah. Pusing-pusing dalam van je sebab anak-anak semua dah keletihan dan ketidoran seharian berjalan. Haha.
Nak tahu apa cerita hari ke dua? Tunggu next update di PART FIVE pulak!!!
10 komen
Chaiyokk gee 💪🏻💪🏻 Ad yg tk sbar nak tahu ending langkawi kat mane nii
ReplyDeleteselamat bercuti!
ReplyDeletemenarik juga kan.. bolehlah guna homestay tu kalau pergi ramai2
ReplyDeletebanyak part cito dia..hihi
ReplyDeleteKata hubby hujung tahun nie planning nak ke Langkawi, bolehlah ajak ke tempat-tempat yang menarik seperti yang sis Gee tunjukkan..
ReplyDeletememang seronok pergi langkawi
ReplyDeletesaya pun lama xpergi sana
Seronok baca.
ReplyDeleteLangkawi memang ohsem!
Uishhh..Bestnya...Rindu langkawi...Last pergi time form 5...Rindu kuey teow bandung dkt dgn dataran helang tu...Huhu
ReplyDeletelast year ada bercuti di Langkawi..tapi tak pergi pulak wildlife
ReplyDeletelamanya tak p langkawi.. best pulak ni tngok trip akak.. <3
ReplyDelete