Hasil incik suami berendam air lumpur Jumaat yang lepas, maka adalah rezeki kami untuk merasa lokan ni. Gee rasa tak pernah makan lokan sebabnya seingat Gee, kalau kerang, lala. etok-etok pernahlah makan. Lokan? Rasanya ni first time kot dapat merasa.
Di sebabkan stok di dapur tak berapa nak ada, Gee pun cubalah tanya encik google apakah resipi mudah untuk lokan. Encik google tak membantu mana sebab resipi lokan sangatlah sedikit. Banyak resipi memerlukan bahan yang Gee takde stok seperti santan.
Nak tahu macam mana Gee masak lokan ni? Meh Gee kongsi resipi yang mudah dan cepat.
RESIPI LOKAN MASAK HALIA
BAHAN-BAHANNYA :
- Lokan
- Sebiji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Halia muda ( kalau suka banyak, sila bubuh banyak )
- 3 batang serai
- asam keping
- garam secukup rasa
- cili untuk yang suka pedas ( gee tak letak sebab nak bagi anak-anak makan )
CARA-CARANYA :
1. Bersihkan lokan dari segala pasir dan lumpur.
2. Masukkan lokan dalam kuali atau periuk dan masak lokan selama 5 hingga 15 minit. ( TANPA MINYAK ) lokan masih hidup akan terbuka dan digunakan untuk memasak. buang yang tertutup sebab lokan tu dah mati.
3. Matikan api dan asingkan lokan yang hidup. Simpan air dari lokan sebab nanti boleh guna untuk masak lokan.
Air dari lokan itu sendiri digunakan untuk memasak lokan |
Lokan yang hidup akan terbuka |
5. Setelah kekuningan masukkan air lokan.
6. Masukkan serai yang diketuk.
7. Masukkan asam keping, garam kasar dan perisa. ( Gee tak letak gula )
8. Setelah mendidih masukkan lokan tadi.
9. Gaul sebati dan siap!!
** untuk yang suka pedas boleh masukkan cili yang dihiris halus**
TIPS NAK LOKAN TAHAN LAMA
*** lokan boleh bertahan sehari sekiranya beli hari ini dan masak keesokannya sebab lokan ada menyimpan air dalam cengkerangnya.
*** JANGAN simpan lokan dalam peti ais.
*** JANGAN letak di kawasan suhu yang panas.
*** Sekiranya lokan di rendam dalam air paip, nanti lokan tak sedap ( lokan akan bersalin air dari cengkerang dengan air paip yang direndam )
Jangan lupa tau asingkan lokan hidup dan mati sebelom memasak sebab lokan yang mati akan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.
Selamat mencuba semua!!
14 komen
ooo...x bole rendam rupanya..hehee
ReplyDeleteboleh cuma rasa dia kurang sedap orang kata..hehe
DeleteSedapnya lokan..
ReplyDeletesedap tapi gee kena makan sekali kuah..haha
Deletenyum nyum.. sedapnya lokan..
ReplyDeletekan!!anak-anak tu berebut!haha
Deletetak pernah makan gak.. ni baru taw ada lokan sedap air tangan gee masak tu
ReplyDeletesedap ke??hahahahaa...adeiii
Deletesedapnya nmpk...serius cikyan tak pernah makan..hmmm...
ReplyDeletehaa kena cuba pasni!hehe
Deletexpernah makan lagi
ReplyDeleteSiqah tak pernah makan lokan 😅
ReplyDeleteNk try masak sendiri,srlama ni mkn kt luar je. Dah la mahal
ReplyDeleteKalau lokan ni letak dalam peti ais,, pas2 kite masak,, boleh makan x,,
ReplyDelete