Assalamualaikum & hi semua!!
Lagi 2 minggu je lagi nak masuk tahun 2018 kan? Tahun 2018 Gee dan incik suami merancang nak bawak anak-anak pergi bercuti memandangkan tahun ni banyak mereput kat rumah je. Hahahah! Kami ni kaki jalan jugak sebenarnya tapi dengan syarat jangan sampai tahap kena ikat perut. Kalau ada budget lebih memang incik suami suka bawak jenjalan luar dari Terengganu.
Pulau Perhentian 2013 |
Snorkelling di Pulau Perhentian 2013 |
Kenangan di Kuching, Sarawak pada September 2013 |
No! No! No!
PULAU REDANG, KUALA TERENGGANU
Sudah ketahui seluruh rakyat Malaysia bahawa Pulau Redang antara pulau tercantik di Malaysia. Gee ni nama je orang Terengganu tapi tak pernah jejak kaki lagi kat sana. Pulau kat Terengganu yang kami pernah pergi hanyalah Pulau Perhentian. So tahun 2018 Gee harap termakbul impian untuk sampai ke Pulau Redang pulak.
Sumber dari google |
sumber dari google |
Terdapat 2 jenis pilihan bilik / chalet yang masih available pada tarikh yang Gee nak pergi nanti. Gee boleh pilih sama ada nak stay di RAINFOREST CHALET dengan pemandangan hijau atau di SEAVIEW CHALET dengan pemandangan biru air laut dari balkoni chalet. Setiap chalet mempunyai kemudahan yang sama antaranya ialah bilik ada penghawa dingin, kipas, kelengkapan mandi, pengering rambut, telefon dan juga 24 jam kemudahan servis bilik. Menariknya kita boleh juga nak request extra bed dan juga tilam untuk bayi. Semuanya dah termasuk dalam harga bilik yang kita bayar! Menarik sungguh!
Selain daripada kemudahan kolam renang, Redang Island Resort pun ada menyediakan pusat fitness dan juga spa. Gee dah bayangkan dah ni ketika anak-anak mandi manda di kolam renang boleh lah ibu ber 'me time' seketika di spa. Hehehe.
BANDAR MELAKA
Ni salah satu tempat bercuti yang Gee idamkan juga untuk tahun 2018. Kenapa pilih Melaka? Gee rasa Melaka banyak sangat daya tarikan untuk pelancong dari luar datang ke Melaka. Antaranya Zoo Melaka, Taman Buaya, Bangunan Bersejarah, Taman Tema Melaka, dan sebagainya. Maka untuk Gee yang ada anak-anak kecil ni rasanya Melaka banyak tempat yang sesuai untuk kami jadikan aktiviti melancong sambil belajar bersama anak-anak.
Bila Gee cari hotel yang sesuai dengan budget, tarikh dan tempat yang ingin di lawati rupanya ada banyak pilihan untuk kami pilih. Adeh! Hahahaha. Bila di bandingkan harga dan tawaran yang di berikan Gee sangat tertarik dengan SWISS GARDEN HOTEL MELAKA. Lokasi hotel yang terletak di pusat bandar Melaka menjadikan hotel ni sangat strategik untuk Gee dan keluarga untuk keluar melakukan aktiviti luar nanti. Kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke tapak bangunan bersejarah, menaiki river cruise, beca berhias dan juga ke kompleks membeli belah.
Kemudahan taman permainan dalam kolam renang sangat menarik perhatian Gee. Boleh bayangkan dah macam mana terujanya anak-anak bila tengok nanti. Hahaha. Itu baru satu aktiviti boleh dibuat di Swiss Garden Hotel Melaka tau! Ada banyak lagi aktiviti yang boleh Gee dan keluarga cuba nanti antaranya fitness centre, spa dan juga bermain tenis.
Wah makin teruja pulak nak bercuti tahun depan ni!
Selain daripada kemudahan kolam renang, Redang Island Resort pun ada menyediakan pusat fitness dan juga spa. Gee dah bayangkan dah ni ketika anak-anak mandi manda di kolam renang boleh lah ibu ber 'me time' seketika di spa. Hehehe.
BANDAR MELAKA
Ni salah satu tempat bercuti yang Gee idamkan juga untuk tahun 2018. Kenapa pilih Melaka? Gee rasa Melaka banyak sangat daya tarikan untuk pelancong dari luar datang ke Melaka. Antaranya Zoo Melaka, Taman Buaya, Bangunan Bersejarah, Taman Tema Melaka, dan sebagainya. Maka untuk Gee yang ada anak-anak kecil ni rasanya Melaka banyak tempat yang sesuai untuk kami jadikan aktiviti melancong sambil belajar bersama anak-anak.
Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel |
Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel |
Sumber gambar : Laman web Swiss Garden Hotel |
Wah makin teruja pulak nak bercuti tahun depan ni!
RANCANG AWAL LAGI MENJIMATKAN
Untuk menjadikan percutian idaman di realisasikan maka Gee perlulah membuat perancangan dari awal. Gee dan suami perlu mengambil kira budget yang diperlukan untuk menginap di hotel idaman dan juga senarai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian kami nanti. Semuanya menjadi mudah untuk Gee apabila terdapat satu laman web dalam talian serta aplikasi ringkas untuk kita merancang percutian idaman kita.
Gee hanya perlu masukkan tarikh, bilangan orang yang bakal menginap dan semestinya lokasi percutian kami nanti. Terdapat pelbagai pilihan yang ada tau! Gee pilih berdasarkan kadar review yang tinggi dari mereka yang telah menginap di hotel berkenaan. Sangat mudah kan?
Jom ho ho ho holiday di Pulau Redang tahun depan dan korang tempahlah Redang Island Resort dengan Traveloka di https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/laguna-redang-island-resort-1000000550940.
Jom rancang percutian idaman kita dengan Traveloka!
Lets ho ho ho holiday!!
12 komen
Nurul nak sangat gi pulau redang.. kena tunggu flight murah dulu.. hehehe :D
ReplyDeletetak penah pegi pulauuuuuu
ReplyDeleteLaa sama.. awa teringin nak ke Redang dr sebelum kawin lagi tau!! Suami dh pernag pergi, awa belum huhu
ReplyDeleteWah, macam dah berjanji plak, saya pun ingat tahun depan nak ke Pulau Redang..
ReplyDeleteSwiss garden melaka memang best. Silalah bersedia anak terjun kolam takmau kuar hahahaa. InsyaAllah jan nanti nak gi sana. Thn ni pegi bulan 8 aritu. Anniversary. Ayra dlm perut masa tu heh hehhh.
ReplyDeletePulau Redang yang tak pernah sampai lagi..bolehla plan bercuti di Pulau Redang pula
ReplyDeletebestnyaaa akk. busyra suka sngt ke pulau. rasa tenang..
ReplyDeleteWah sama laa kak. Dalam list ira jugak Redang tahun depan. Tapi Tioman pun dalam dua aduduu hehe
ReplyDeleteJom gi Redang tahun depan.. Hehee
ReplyDeleteCCL pilih pulau redang , kalau nak bercuti CCL lebih suka bercuti di tempat-tempat yang tenang , macma view tepi pantai dieklilingi alam semulajadi
ReplyDeleteGV pilih pulau redang juga. Best,nyaman,segar dan penuh keindahan alam. hihi.
ReplyDeleteSetuju.. perancangan awal memang menjimatkan..
ReplyDelete