Alhamdulillah.. Sambutan hari lahir Amani yang ke 6 berjalan dengan lancar di pra sekolah. Kalini terlebih istimewa sebabnya di sambut bersama kawan baik Amani yang berkongsi tarikh yang sama 7 November dan juga nama yang sama!
SELAMAT HARI LAHIR BUAT NUR QISHA AMANI DAN NUR AMANI! |
Walaupun Gee dan Zu ( mama Qisha ) rancang last minute, namun semuanya berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan daripada Teacher Ramlah dan juga Mummy Su mereka. Majlis dibuat dengan sederhana sahaja tapi meriah sungguh! Mungkin sebab disambut bersama Qisha dan kawan-kawan sekolah lain pun ada jadi terasa sangat meriah. Hehe. Terima kasih Teacher dan Mummy!
AMANI DAN QISHA BERGAMBAR BERSAMA TEACHER RAMLAH (kanan) , MUMMY SU (kiri) DAN JUGA SEMUA RAKAN SEKELAS |
3 KETUL SI KECIL KAT DEPAN TU SIBUK DENGAN PERIHAL MASING-MASING!HAHA |
Terima kasih Zu buatkan kek yang sedap! Macam biasa air tangan Zu tak pernah tak sedap! Bertambah istimewa harijadi Qisha dan Amani bila dapat makan kek dari air tangan mama Qisha sendiri. Amani pun suka tema kek yang comel iaitu tema Hello Kitty.
Majlis harijadi Qisha dan Amani bertambah istimewa dengan menu makanan dari Mummy Su mereka iaitu Nasi Kuning Bersama Gulai Ayam. Sedap sungguh rupanya Mummy Su masak. Patutlah Amani selalu bagitahu dia selalu makan bertambah di sekolah. Berselera sungguh makan air tangan Mummy Su. Hehe. Terima kasih Mummy Su! Gambar lupa nak ambil sebab masa makan sibuk dengan si kecik dua tu, Aqil dan Ardini. Hehe.
Untuk goodies kami bagi kawan-kawan Qisha dan Amani bila nak balik sekolah. Sebab isi goodies semuanya makanan dan mereka semua pun dah kenyang makan kek dan nasi. Hehe. Nak tahu Gee dan Zu bagi goodies apa boleh baca sini : << IDEA GOODIES HARIJADI >>
Happy birthday Qisha! Aunty doakan semoga Qisha jadi anak yang solehah buat mama, papa dan keluarga. Terima kasih sebab Qisha jadi kawan baik dengan Amani. Tahun depan Qisha dan Amani dah masuk darjah 1. Harap-harap dapat duduk sekelas dan teruskan persahabatan sampai bila-bila.
DEAR NUR AMANI, Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Amani. Terima kasih sebab Amani jadi adik yang terbaik untuk Abang Arsyad dan juga kakak yang penyayang untuk Ardini dan Aqil. Hope you enjoy your 6th birthday celebration. We love you so much!
15 komen
Happy birthday amani 😊
ReplyDeletethank you!
DeleteSo comeeeeel. Nak kek sepotong hehe
ReplyDeletedah habisss!haha..thank you ira!
Deleteya allah comelnya kek secomel amani!
ReplyDeletehaha!thank you!
DeleteSelamat Ulang Tahun Amani! Moga Amani menjadi anak solehah dunia dan akhirat!
ReplyDeletebila ntah dapat jumpa sis gee dan anak-anak :(?
kan najah!bila nak jumpa ni!thank you!
Deletecomelnye dorg.. happy birthday amani =)
ReplyDeletethank you!
DeleteSelamat Hari Lahir Amani
ReplyDeleteHappy Bezday untuk Amani dan Qisha ..... moga jadi anak solehah kebanggan mak ayah ye. Alahai comeynya dua dua princess tu. Siap pakai crown lagi. Tetiba teringat zaman hakak ada anak kecik dulu...
ReplyDeletehappy birthday si comel Amani..meriahh
ReplyDeleteseronoknya amani... sambut ngan kwn2...
ReplyDeleteHappy belated birthday Amani..
ReplyDeleteBerseri-seri birthday girl..