Jom ‘Me Time’ di Klinik Aesthetics Dermlaze,
Petaling Jaya, Selangor | Seronoknya! Hi korang! Entry blog kalini sis nak
share berkenaan Aestetics Clinic dan juga merupakan ‘Skin Specialist’ yang
sangat terkenal di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang menarik untuk Sis Gee
kongsi adalah klinik ini adalah one stop centre di mana mereka menawarkan
banyak rawatan kecantikan dan kesihatan untuk semua lapisan umur dan juga
jantina.
Jom kita ketahui apa perkhidmatan yang
ditawarkan di Dermlaze ini! Sudah pasti semua rawatan ini dikendalikan oleh
pakar kecantikan dan mempunyai pensijilan yang sah!
Servis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Dermlaze
· Rawatan
Kulit Berjerawat
Ramai yang tidak yakin sekianya
kulit mengalami masalah jerawat yang kronik. Apa kata korang cuba rawatan kulit
berjerawat di Dermlaze ini. Pakar mereka menggunakan ‘microdermabrasion’ dan
juga rawatan laser untuk merawat masalah jerawat. Korang bukan sahaja boleh
merawat jerawat di wajah sahaja malah, rawatan juga boleh dilakukan ke
bahangian badan lain seperti jerawat di belakang badan, leher ataupun pada
kulit kepala.
Rawatan
Pemutihan Kulit
Ramai yang tidak tahu, rawatan
pemutihan kulit ini bukanlah memutihkan kulit kepada warna putih yang
luarbiasa, tetapi rawatan ini lebih kepada mengsekatakan tona warna kulit yang
tidak sekata dan merawat kulit yang kusam yang menjadikan warna kulit lebih
gelap. Rawatan pemutihan kulit di Dermlaze Petaling jaya ini akan membantu
mengurangkan pengeluaran atau kepekatan melanin, pigmen yang terdapat pada
kulit di mana ianya akan membantu melindungi kulit dari cahaya matahari.
Teknologi
Penyingkiran Lemak ( Vaser Liposuction Malaysia)
Ini yang paling menarik untuk korang
yang mahu kurus nak sedut lemak tapi nak cuba teknologi yang selamat. Sistem
Vaser ini menggunakan teknologi penyingkiran lemak yang paling canggih dan
berkesan. Berbanding kaedah secara tradisional, kaedah ini tidak akan
membuatkan kecederaan dalaman badan. Kaedah Vaser ini hanyalah menggunakan
penguatan getaran tenaga untuk memecahkan sel lemak dalam badan.
Nose
Thread Lift (Non-Surgical)
Yeah! Korang nak mancungkan hidung
pun boleh! Tanpa membuat pembedahan tau!! Cara yang pakar akan lakukan nanti adalah
menggunakan benang yang akan diselitkan pada batang hidung untuk membantu
mendapatkan bentuk hidung yang korang mahukan. Prosedur pun tidak lama, hanya
mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja atau lebih.
Rawatan
Keguguran Rambut
Terdapat banyak factor yang boleh
menyebabkan keguguran rambut. Antaranya factor usia, cuaca, penjagaan harian,
pemilihan produk rambut, tekanan, penyakit dan sebagainya. Rambut diibaratkan
seperti mahkota seseorang wanita. Di Dermlaze, ada beberapa kaedah rawatan
rambut gugur yang ditawarkan iaitu PRP Hair Loss Treatment dan juga Hair
Transplant. Korang boleh cuba nanti!
Ada Lebih 10 Rawatan Di Dermlaze
Medispa, Petaling Jaya
Kalau korang nak tahu, ada lebih 10
rawatan kecantikan dan kesihatan yang ditawarkan di Dermlaze Medispa, Petaling
Jaya. Selain yang sis senaraikan di atas tadi, ada juga rawatan untuk Anti
Aging, mencantikkan bibir, dark eyes circle, stretch marks dan banyak lagi.
Sudah tentu korang akan diteliti dan rundingan akan dibuat bagi mengenalpasti
teknik rawatan yang akan dijalankan.
Tempah Slot Sekarang Untuk Dapatkan
Jadual Konsultansi Daripada Doktor Dermlaze
Untuk memudahkan korang, korang
boleh terus hubungi mereka bagi mendapatkan penerangan dan juga konsultansi
selanjutnya. Korang jangan risau kerana Doktor Pakar di Dermlaze mempunyai
pengalaman sudah hamper 25 tahun dalam bidang ini. Malah, kepakaran mereka juga
mendapat pensijilan di peringkat antarabangsa .
Untuk selanjutnya, korang boleh
terjah website Dermlaze kat bawah ini.
WEBSITE : https://www.dermlaze.com.my/